seli | ® selang-seli. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silang-seli | selang-seli; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selang-seling | ® selang-seli. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selang-seli | ; berselang-seli 1. berganti-ganti, celah-mencelah, sela-menyela: soljar India dan British yg ~ di atas kereta kebal melambai-lambaikan tangan sambil gelak ketawa; 2. tidak ada antaranya, terus-menerus: dgn seketika itu juga ~ suara paluan gendang dan irama serunai memenuhi suasana; menyelang-nyeli,menyelang-nyelikan, menyelang-nyelingi menjadikan (mengaturkan, mendudukkan, membuat, dll) berselang-seli: kicau murai riuh-rendah di atas pohon kerian, diselang-seling oleh bunyi burung kelicap yg berdecit-decit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silang | 1. bentuk spt salib (pangkah, palang) yg miring letaknya, bentuk spt tanda darab; 2. = kayu ~ kayu palang, salib; ~ empat simpang empat (jalan); ~ gunting bentuk atau rajah yg bersengkelang; ~ kata sj teka-teki utk mencari perkataan (dgn mengisi huruf-huruf dlm petak-petak yg disediakan); ~ keris bahagian hujung ganja (keris) yg tajam, kepit; ~ pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang; ~-seli selang-seli; ~ selimpat kusut tidak menentu, kacau sekali; ~ selisih a) = ~ sengketa tidak sesuai (fikiran, pendapat, dll), bertikaian; b) berlawanan arah, simpang-menyimpang; ~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ berpangkal, kerakap berjumpa junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat; bersilang 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, motokar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; menyilangkan, mempersilangkan menjadikan atau meletakkan bersilang: ia pergi berbaring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dll), bersimpang siur, berpapasan: awan di langit ~; tersilang disilangkan: ia berjalan mundar-mandir dgn tangan ~ ke belakang; silangan sesuatu yg letaknya (bentuknya dll) bersilang, silang: mereka bersandar pd ~-~ papan yg sedang dikeringkan; persilangan 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersela-sela | berselang-seli, selang-menyelang: pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yg rendang yg ~ dgn pohon kerambil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sela | 1. = sela-sela ruang di antara dua benda, celah: dr ~ daun-daun, dipandangnya pemuda itu dgn terharu; 2. sesuatu yg terletak (terselit dll) di antara dua benda; tanaman ~ tanaman (spt jagung, kacang, dll) yg ditanam di antara pokok-pokok lain; bersela 1. mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang: maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi; 2. berseling dgn, bersambut dgn (bunyi dll), bertingkah dgn: bunyi katil berkeriutan, ~ keluhan yg panjang; bersela-sela berselang-seli, selang-menyelang: pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yg rendang yg ~ dgn pohon kerambil; menyela 1. terletak di antara dua benda (rumah, kerusi, dll), tersisip, terselit; 2. me-letakkan sesuatu di antara dua benda, menyelit-kan, menyisipkan: gerak irama yg teratur rapi itu kadang-kadang disela oleh beberapa baris syair; 3. mencelah atau menyampuk (per-cakapan orang): ia mendiamkan dirinya juga tidak sepatah pun ia ~ perkataan ibunya itu; sela-menyela saling menyela (mencelah), berselang-seli; menyelakan meletakkan di celah-celah (di antara dua benda, disela), menyelitkan, menyi-sipkan; selaan sesuatu yg menyela (diselakan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |