selaput | lapisan nipis tisu (pd benda-benda hidup) yg menyaluti sesuatu; ~ dara selaput yg menutup sebahagian bukaan faraj gadis atau wanita (biasanya pecah apabila pertama kali mengadakan hubungan seks); ~ jantung selaput yg membalut jantung; ~ mata selaput pembungkus biji mata; berselaput ada selaput, bersalut dgn kulit tipis, berlapis (bersalut) dgn sesuatu: muka-nya kotor ~ habuk; mata ~ mata yg disalut oleh selaput putih (kerana berpenyakit), mata bular; menyelaputi menyelubungi, melitupi, mem-bungkusi: biji kacang yg kering itu agak keras dan diselaputi kulit biji; bulu susuk yg ~ badan burung; tiap-tiap satu batang logam itu diselaputi lilin; menyelaputkan memberi bersalut (berlapis) dgn, menyalutkan, menyelubungkan; selaputan benda yg menyelaputi (menyelubungi) sesuatu: matanya masih lagi ber-balam kerana ~ air matanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bening | 1. jernih, hening: matanya berkaca ~; selaput ~ Id selaput mata bahagian depan; 2. (bkn suasana) hening, sunyi senyap: suasana menjadi ~ seketika;membeningkan 1. menjadikan bening (jernih, hening), menjernihkan, mengheningkan; 2. menjadikan bening (hening, sunyi senyap), mengheningkan; kebeningan keadaan bening (jernih, hening): ~ malam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selaput mata | selaput pembungkus biji mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selaput jantung | selaput yg membalut jantung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selaput dara | selaput yg menutup sebahagian bukaan faraj gadis atau wanita (biasanya pecah apabila pertama kali mengadakan hubungan seks); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selaput bening | Id selaput mata bahagian depan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bular | putih pd mata (sj selaput); buta ~ buta kerana selaput putih pd mata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selaput mata | kulit tipis yg menyelaputi biji mata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selaput | berselaput bersalut kulit tipis. | Kamus Pelajar |
selaput | kulit tipis yg menyaluti bahagian-bahagian benda hidup: ~ mata kulit tipis yg menyelaputi biji mata. | Kamus Pelajar |