Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pemproses selari(parallel processor)1. Komputer yang mempunyai kemampuan melaksanakan beberapa proses secara selari dalam satu masa. 2. Komputer yang dijalankan secara selari dengan pemproses lain.Kamus Komputer
pengendalian selari(parallel operation)1. Pengerjaan beberapa tugas komputer secara serentak melalui penggunaan beberapa pemproses. 2. Pengendalian data yang berbentuk selari.Kamus Komputer
pengendalian siri selari(serial-parallel operation)1. Pengendalian yang menggabungkan ciri pengendalian siri dan pengendalian selari dalam pemprosesan. 2. Pengendalian yang mengendalikan data bersiri pada satu bahagian dan kemudian mengendalikan data selari pada bahagian yang satu lagi.Kamus Komputer
selari1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar: garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa; garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun dipanjangkan); 2. = selarian se­imbang dgn, sesuai dgn: terdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah; sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya selarian dan sesuai dgn darjatmu; 3. tidak putus-putus, terus-menerus: ulasan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
lari1. = berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; lumba ~ 100 meter; 2. menyelamatkan atau melepas­kan diri (drpd bahaya, tahanan, dll): kesemua pencuri itu telah dapat ~ drpd serbuan polis; maka tuan Puteri Bongsu pun hendak ~lah, malu akan tuanku Malim Deman; 3. me­ninggalkan (sesuatu tempat, pekerjaan, dll) tanpa kebenaran, (dan biasanya pergi ke mana­mana supaya tidak dapat dikesan): kedua­-dua orang pemuda yg ~ masuk hutan itu akan dihukum; 4. bebas (terlepas, tersisih, dsb) drpd sesuatu atau drpd terpaksa melaku­kan sesuatu: ini ialah pembicaraan forma­listik yg tidak ~ drpd konsepnya; kita tidak dapat ~ drpd membandingkan kedua-dua bahasa kerana dua sebab; 5. bp perginya, arah, hala, haluan: ke mana ~nya wang tadi? 6. kecepatan, kelajuan: kuat sungguh ~nya kereta itu; 7. Jk panjang (sesuatu bidang); ~ celebu Kl, Tr lari dgn pantas; ~ pecut larian pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; selari 1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar: garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa; garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun dipanjangkan); 2. = selarian se­imbang dgn, sesuai dgn: terdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah; sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya selarian dan sesuai dgn darjatmu; 3. tidak putus-putus, terus-menerus: ulasan ~; berselari dlm keadaan yg selari: ketiga-tiga banjaran itu kira-kira ~ antara satu dgn lain; menyelarikan menjadikan sesuatu selari (sejajar): persediaan tersebut hendaklah diselarikan dgn program pembangunan; keselarian keadaan selari: ~ sinar itu; perselarian persamaan: imej-imej dlm kedua­-dua satira tersebut ada ~nya; berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~(-lari) anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik; berlarian, berlari-larian, berkelarian ark 1. berlari atau berkejar tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinya; kedua-dua anaknya berlari-larian datang mendapatkan dia; 3. berlari, berjalan cepat-cepat: berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang; melarikan 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa laju­laju (kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~ skuternya ke pejabat; 3. = ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan, dll), menghilangkan diri: beberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari perlindungan; ketika patah perang pd minggu yg lalu, ia telah ~ diri; 4. mengalihkan (pandangan dll): Zaini telah ~ mukanya ke arah lain; memperlarikan 1. melarikan (memandu kereta dll) dgn laju; 2. lari melalui; terlari-lari berlari-lari kerana: ~ ketakutan; larian 1. perlumbaan (kuda dll); 2. perbuatan (pergerakan) lari: ~ mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api; ~ kuda tempat perlumbaan (kuda dll); 3. jalan kecil sebelah dalam kubu (kota dll); pelarian 1. perihal berlari dgn cepat: mata­nya liar memerhatikan sekeliling spt mata pencuri dlm ~; 2. = orang ~ orang yg melari­kan diri, pengungsi; sepelarian sejauh (yg terdaya) berlari; ~ kuda sejauh kuda berlari; pelari orang yg berlari (dlm sukan dll), orang yg melarikan diri; ~ pecut orang yg berlumba lari pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; binatang ~ binatang yg kuat berlari.Kamus Dewan Edisi Keempat
sedatar1. sama rata: garisan-garisan lurus ~ yg selari dgn satu garisan yg sama adalah selari sama sendiri; 2. tidak mendalam (bkn pengetahuan dsb); ~ saja lurah dgn bukit prb tidak membezakan antara kaya dgn miskin;Kamus Dewan Edisi Keempat
pantai1. tebing atau tepi laut (tasik, dsb) yg diliputi pasir (batu-batu kecil atau besar): kereta mereka sudah sampai di ~ Songkhla; ~ menganjur isi pantai yg memotong urat tanah; ~ selari (Geog) pantai yg selari dgn urat tanah; 2. menurun sedikit, landai; berpantai mempunyai pantai; memantai 1. menuju ke arah pantai; 2. turun (matahari).Kamus Dewan Edisi Keempat
selari(parallel)1. Sifat pengendalian secara serentak semua unsur pada suatu kata atau pesanan. 2. Sifat unsur, garis, permukaan, atau satah yang setiap titiknya berada pada jarak yang sama dengan titik pada unsur, garis, permukaan, atau satah satu lagi.Kamus Komputer
prisma1. hablur yg mempunyai tiga atau lebih permukaan yg selari dgn paksi hablur dan digunakan dlm peralatan optik spt teropong dan periskop; 2. (Mat) polihedron atau blok geometri yg dibatasi oleh sekurang-kurangnya dua permukaan bersegi atau poligon yg selari.Kamus Dewan Edisi Keempat
jalanan selari(parallel run)1. Pemeriksaan dan pengujian sistem yang baru dibina dengan menjalankan sistem baru dan sistem lama secara serentak sebagai langkah terakhir menyahpepijatkan sistem baru. 2. Pelaksanaan dua sistem secara serentak.Kamus Komputer
123456

Kembali ke atas