kemudian | 1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (sesudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (menaruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menangguhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulat | hari selepas lusa (tiga hari selepas hari ini). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tubin I | sl hari keempat selepas hari ini (selepas tulat), tonggeng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahanan reman | a. tindakan menahan seseorang bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan: Dia dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat. b. orang yg ditahan bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
reman | /réman/; tahanan ~ a. tindakan menahan seseorang bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan: Dia dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat. b. orang yg ditahan bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan. mereman menahan seseorang yg dituduh melakukan kesalahan jenayah, atau menghantar balik seseorang ke dlm tahanan (penjara atau lokap) utk siasatan lanjut sementara menunggu perbicaraan: Mereka tidak dibenarkan ikat jamin dan direman hingga kes mereka disebut semula di mahkamah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selepas | setelah selesai; sesudah: ~ mandi-manda di sungai itu, kami pun membuka bekalan lalu makan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selepas-lepas | sehabis-habis (jauh, kuat, dll), sejauh-jauh, sekuat-kuat: ~ seluang melaut; ~ tupai melompat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selepas | sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahanan reman | a) tindakan menahan seseorang selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu: sebelum ini dia pernah ditahan utk siasatan berhubung dgn pembunuhan itu tetapi dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat; b) seseorang yg ditahan selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemudian | 1 selepas atau sesudah itu; akhirnya; kesudahannya: ~ mereka pun pulang ke rumah masing-masing. 2 sesudahnya; selepasnya: Adiknya berkahwin dahulu, dia ~. 3 pd masa yg akan datang; kelak: ~ hari masa yg akan datang. mengemudiankan melakukan sesuatu selepas (sesuatu) yg lain; menempatkan (meletakkan) sesuatu di belakang atau selepas yg lain: Dia mendahulukan kerja-kerja yg penting dan ~ kerja yg kurang penting. terkemudian di belakang sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di garisan penamat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |