tersabung | 1. selesai diadu, sudah diadu; 2. tidak sengaja diadu; ~ akan itik (induk ayam) prb tidak tepat dgn dugaan semula (kecewa); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selesai | 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penulisan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. | Kamus Pelajar |
usai I | 1 sudah selesai (bkn perhimpunan, pertunjukan dsb); berakhir; selesai; bubar: Pertunjukan itu telah lama ~. 2 habis: Wangnya ~. mengusai menjadi usai: Sekalian hadirin pun ~lah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
usai I | 1 sudah selesai (bkn perhimpunan, pertunjukan dsb); berakhir; selesai; bubar: Pertunjukan itu telah lama ~. | Kamus Pelajar |
usai | 1. sudah selesai (perayaan dll), berakhir, bubar: orang yg berjalan di jalan-jalan raya hanya seorang-seorang sahaja, panggung-panggung wayang sudah ~; 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut dll): dia membetul-betulkan rambutnya yg ~ dan sudah banyak putihnya; 3. sudah selesai (dikerjakan), beres, siap: Saufi meneruskan kerjanya hingga ~ lantas terus baring dgn melurus-luruskan kaki; 4. sudah lampau, sudah berlalu: suara auto tidak terdengar lagi dan pacu kuda sudah lama ~; mengusai 1. menjadi usai (perkumpulan dll), bercerai, bersurai, bubar: sekalian hadirin pun ~; 2. = mengusaikan menjadikan bercerai-berai (berselerak, bersepah-sepah), membongkar, mencerai-ceraikan, menguraikan (rambut dll): dibukanya almari itu, ia ~ baju-baju yg ada di dalamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedia | 1 selesai dibuat; sudah jadi; siap: Makanan sudah ~ di meja. Rumahnya sudah ~, tetapi pagarnya belum. 2 sanggup dan cekap melakukan sesuatu dll: Jika tuan-tuan memerlukan sebarang bantuan, kami ~ membantu. 3 memang ada sejak dr mula atau sejak dahulu. 4 memang begitulah keadaannya dll; memang selalu demikian halnya: Yg hidup ~ akan mati juga sudahnya. bersedia 1 bersiap utk melakukan sesuatu atau menanti sesuatu: Tentera kita sudah ~ menghadapi musuh. 2 sanggup dan rela berbuat sesuatu: Kami ~ menolong saudara. menyediakan 1 mengadakan sesuatu utk tujuan tertentu: ~ wang utk pelajaran anak-anaknya; ~ kereta utk tetamu. 2 membuat sesuatu supaya siap; menyiapkan: Ibu sedang ~ makanan di dapur. sediaan bahan atau sesuatu yg disediakan khas, terutamanya ubat atau makanan: Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan sebarang ~ nikotin kerana boleh memberikan kesan pd janin. kesediaan hal atau keadaan sedia; kesanggupan: ~ tuan utk membantu sangatlah kami hargai. persediaan 1 perbuatan atau hal bersedia; persiapan. 2 apa-apa yg disediakan atau yg sudah sedia: Mereka membuat ~ selama beberapa bulan utk perjalanan ke Kutub Utara. penyediaan perbuatan atau hal menyediakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selesai | 1 sudah dikerjakan; sudah jadi (bkn sesuatu yg dibuat): Pembinaan masjid itu memakan masa setahun baru ~. 2 sudah habis; tidak berbaki atau tidak berlebih lagi: Segala hutangnya di kedai itu telah ~. 3 sudah mencapai persetujuan (bkn sesuatu perbincangan, mesyuarat dll): Perbicaraan ttg pembunuhan itu masih belum ~. menyelesaikan 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penyusunan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. 2 membayar hutang sehingga habis; menjelaskan: Dia telah dituntut supaya ~ segala hutang arwah ayahnya. 3 mencari jawab utk sesuatu masalah (hitungan dsb) dlm ilmu matematik; menghuraikan. 4 mencari persetujuan atau kesimpulan terhadap sesuatu masalah dll; memutuskan sesuatu perkara: Kerajaan terpaksa campur tangan utk ~ masalah pemogokan itu. penyelesaian 1 perbuatan atau hal menyelesaikan: ~ politik dgn menubuhkan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu. 2 cara atau kaedah dlm ilmu matematik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selesai | 1. sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat): setelah ~ kota dan paritnya baginda pun berangkat ke sana; 2. berakhir, habis, tamat: setelah ~ drpd sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat kediaman masing-masing; 3. tidak berbaki lagi (wang dll), habis, jelas (hutang), langsai: dia tidak percaya wang-nya telah ~ di meja judi; 4. Mn tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur kata); berselesai mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; menyelesaikan 1. menyudahkan, menyiapkan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (persengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. memecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; terselesai dapat diselesaikan: masalah yg semakin ~ menerusi dasar kebangsaan kita; keselesaian perihal selesai, keputusan; penyelesaian perbuatan menyelesaikan (mem-bereskan dll) sesuatu: mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan; penyelesai orang atau sesuatu yg menyelesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jadi | 1 selesai dikerjakan; berlaku; berjaya: ~ juga penganan yg saya buat itu. boleh ~ mungkin; barangkali; tidak ~ gagal; tidak berhasil. 2 lahir, dilahirkan: hari ~. 3 = jadinya oleh sebab itu; akibatnya: Hari hujan, ~ tidak dapatlah kita menjemur padi. 4 bersetuju: Dia ~ membeli rumah itu. menjadi 1 dipilih atau diangkat sbg; bekerja atau bertindak sbg: Ia ~ juruacara pd malam itu. 2 berubah kpd rupa (keadaan, bentuk dll) yg lain: Dgn galakan itu, ia ~ lebih rajin sekarang. 3 hidup (tumbuh) dgn suburnya; mendatangkan hasil yg banyak: Sawahnya ~ tahun ini. menjadi-jadi bertambah-tambah (banyak, besar dll); makin bertambah: Kerana angin kencang, kebakaran itu pun ~. menjadikan 1 menggunakan sbg; membuat: Mereka telah ~ gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: Guru Besar telah ~ dia ketua murid. 3 menyebabkan; menimbulkan: Kematian anaknya yg sulung itu ~ dia selalu termenung. 4 mencipta; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ kita semua. terjadi sudah berlaku: Pembunuhan itu ~ di sebuah kedai kopi yg berhampiran dgn rumah saya. jadi-jadian 1 manusia yg dpt menjelma sbg binatang (terutama menjadi harimau): harimau ~ orang yg menjelma menjadi harimau. 2 bukan keadaan atau bukan rupa yg sebenarnya; kelihatan saja: bunga ~. kejadian 1 perkara yg berlaku; peristiwa: ~ itu sangat mengerikan. 2 keadaan menjadi; perihal jadi atau dijadikan: ~ manusia; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan atau hidup-hidupan. 3 sudah berlaku; terjadi: Perkara rasuah ~ di mana-mana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selesai | 1 perbuatan atau hal menyelesaikan: ~ politik dgn menubuhkan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu. | Kamus Pelajar |