selesema | 1 = demam ~ penyakit mudah berjangkit yg menyebabkan penghidapnya demam serta berhingus. 2 hingus sentiasa keluar dr hidung; berhingus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selesema | 1. sakit sejuk: demam ~; 2. berhingus, sentiasa keluar hingus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selesema | 1 = demam ~ penyakit mudah berjangkit yg menyebabkan penghidapnya demam serta berhingus. | Kamus Pelajar |
bermula | 1. mempunyai mula (awal): penya-kit ini ~ dgn selesema; 2. berpunca, berpangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertamatama: bermula-mula yg masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan berpandang-pan-dangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb), pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjalari | 1. menjalar di: ular-ular ~ peti-peti kaca itu; rumpai telah ~ timbunan kayu itu; 2. merebak (melarat) ke: api telah ~ keseluruhan kawasan itu; 3. menulari, merebak ke, menjangkiti: demam selesema ~ ramai pelajar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serak I | 1. parau atau garau (suara): makin lama suaranya makin ~ dan akhirnya hilang antara beberapa patah perkataan yg akhir; ~-~ basah agak serak suaranya (tetapi sedap didengar); 2. tersendat jalan pernafasannya (spt orang kena selesema, berdahak, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meleraikan | 1. menceraikan, memisahkan (orang berkelahi dll): Cikgu Majid berkejar keluar hendak ~ budak yg sedang bertumbuk; penyakit jiwa susah hendak dileraikan drpd batin seseorang; 2. ki menjauhkan, menghindarkan (penyakit dll): ubat ini akan ~ penyakit selesema; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demam | 1 keadaan badan (manusia) yg bersuhu lebih tinggi drpd biasa: Apabila saya ~, tekak saya berasa pahit. 2 penyakit yg menyebabkan suhu badan lebih tinggi drpd biasa: ~ kuning; ~ panas. 3 bp ghairah atau terlalu suka (gemar) akan sesuatu; tergila-gila akan: Sekarang ini, anak-anak muda ~ tarian “Breakdance”. ~ denggi (penyakit) demam yg berjangkit yg dibawa oleh nyamuk aedes. ~ kepialu demam yg berterusan selama lebih drpd tiga hari dan biasanya kerana penyakit usus. ~ kuning demam yg menyebabkan badan menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pd hempedu). ~ kura a. demam malaria. b. demam kerana limpa penghidapnya bengkak. ~ malaria demam yg disebabkan oleh kuman yg dibawa oleh nyamuk tiruk melalui gigitannya. ~ panas a. demam kerana suhu badan yg tinggi. b. demam malaria ketika panasnya. ~ puyuh demam (yg) pura-pura. ~ sejuk (dingin, gigil, ketar) demam malaria ketika sejuknya. ~ selesema demam kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus; influenza. ~ tifoid demam yg berjangkit yg menyerang usus oleh sebab kuman dlm makanan atau minuman. mendemamkan menyebabkan seseorang itu demam (kerana ketakutan, terperanjat dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lemah I | 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menyebabkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan kekurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demam | 1. penyakit yg menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa; 2. kenaikan suhu tubuh yg melebihi suhu biasa: semalam saya ~, saya tidak pergi kerja; 3. ki keghairahan utk sementara waktu: ~ pop enam puluhan; ~ berselang (berlat, berganti hari) demam yg tidak terus-menerus; ~ cupak Kl demam tubuh tetapi pesakit masih berselera utk makan; ~ denggi demam akibat virus yg disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yg berbahaya (boleh membawa maut); ~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana penyakit malaria (menyebabkan badan terasa sejuk dan menggigil); ~ kepialu demam kerana sj penyakit yg disebabkan oleh kuman dlm makanan atau air yg kotor; ~ ketulangan demam yg disertai oleh rasa sengal-sengal tulang; ~ kuning sj penyakit berjangkit yg menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pd hempedu); ~ merah sj penyakit berjangkit yg disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pd kulit; ~ panas demam dgn suhu badan yg tinggi; ~ puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya demam); ~ reumatik penyakit yg menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pd sendi; ~ selesema (sesa-sesa) demam yg menyerang saluran-saluran pd paru-paru dan menyebabkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza; ~ skarlet demam merah; mendemamkan menyebabkan (menjadikan) demam, membuat (seseorang) demam: esoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yg memandang; terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam: kanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |