Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lin.dung] | سليندوڠ

Definisi : ; berselindung 1. bersembunyi, me-nyorok: ia terus lari ~ di balik pohon kelapa; 2. ki tidak terang-terang (perbuatan dll): Jamilah tidak ~ lagi bahkan terus mengaku akan perbuatannya; berselindungkan sl menyembunyikan, me­nyo­­rokkan: segala monyet di dlm hutan itu pun berlarilah mencari tempat ~ dirinya; terselindung tertutup (dr pemandangan), tersorok, tersembunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lin.dung] | سليندوڠ

Definisi : ; berselindung bersembunyi (supaya tidak kelihatan dll): Ketika dikejar, dia telah lari ~ di dlm semak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selindung
Kata Terbitan : berselindung, terselindung,

Puisi
 

Saya tidak memandang bulan,
     Mari selindung sebalik tabir;
Saya tidak memandang tuan,
     Hati beramuk bagai nak hancur.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
selindung; berselindung bersembunyi (supaya tidak kelihatan dll): Ketika dikejar, dia telah lari ~ di dlm semak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selindung; berselindung 1. bersembunyi, me-nyorok: ia terus lari ~ di balik pohon kelapa; 2. ki tidak terang-terang (perbuatan dll): Jamilah tidak ~ lagi bahkan terus mengaku akan perbuatannya; berselindungkan sl menyembunyikan, me­nyo­­rokkan: segala monyet di dlm hutan itu pun berlarilah mencari tempat ~ dirinya; terselindung tertutup (dr pemandangan), tersorok, tersembunyi.Kamus Dewan Edisi Keempat
selindung; berselindungbersembunyi (supaya tidak kelihatan dll): Ketika dikejar dia telah lari ~ di dlm semak.Kamus Pelajar
dgn kartu terbukadgn terang-terang (tidak berselindung-selindung lagi);Kamus Dewan Edisi Keempat
berselindungtidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
berlindung1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), bersembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
lindung I; berlindung 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), ber­sembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja; berlindungkan sl menyelamatkan atau menaungkan (diri), melindungkan: maka Sultan Zainal Abidin pun larilah berperahu kecil lalu ia ke Melaka, ~ dirinya pd Sultan Mansor Shah; melindungi 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama­-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll), menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak disampaikan; lindung-melindungi saling melindungi; melindungkan 1. menaruh sesuatu supaya jangan kelihatan, menyembunyikan, me­nyorokkan: dilindungkannya benda itu di balik semak-semak itu; maka puteri itu pun ~ dirinya di balik pohon kelapa; tiap-tiap orang yg menggunakan perkataan spt ini semata-mata utk ~ perasaan dan fikiran masing-masing; 2. menggunakan utk melin­dungi: jerami itu dilindungkan pd semaian; memperlindungkan menaungkan, memberi pertolongan kpd, menyelamatkan: ia terpaksa berkhidmat ~ Tanah Brunei drpd serangan musuh; terlindung 1. tersorok, tersembunyi: per­buatan yg tidak ikhlas dan jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya; 2. dapat diselamat­kan (drpd bahaya dll), terselamat; lindungan 1. yg terlindung oleh, yg dilindungi: manusia ~ Tuhan; 2. = perlindungan; kelindungan 1. terlindung atau tertutup (tidak kelihatan, terkena sesuatu, dll); 2. ark kelampauan (melampaui, melanggar adat, dll); perlindungan 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan,dll): pemerintahan Ghassan sentiasa men­dapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; pelindungan ark bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~; pelindung 1. sesuatu (atap, dinding, dll) yg melindungi: atap yg tugasnya sbg ~ dr hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya; 2. orang yg memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dll): laki-laki yg sedang ter­kurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan musuhnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kartuId 1. kad; 2. daun terup; main ~ main terup (berjudi dgn daun terup); ~ (tanda) anggota kad ahli; ~ besar daun terup utk permainan bridge dll; ~ kecil (ceki) daun terup utk permainan ceki; ~ pindahan kad yg dikirim utk menyatakan pertukaran alamat; ~ pos kad yg digunakan sbg surat; ~ pos gambar kartu pos yg bergambar; ~ undangan kad jemputan; dgn ~ terbuka dgn terang-terang (tidak berselindung-selindung lagi); membuka ~ menerangkan maksud dgn terang-terang; mengartukan mencatat di atas kad; perkartuan 1. pencatatan di atas kad dan penyusunan kad mengikut abjad; 2. tempat kartu (kad); pengartuan perihal atau perbuatan mengar­tukan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas