selintas | tidak berapa lama; sebentar; sekejap: ~ lalu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selintas | tidak berapa lama, sebentar, sekejap: ~ lalu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selayang | sambil lalu (pandangan, perhatian, dll), selintas, sepintas: ~ pandang (lalu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layang I | terbang; baju (kain) ~ sl baju (kain) yg membolehkan orang terbang; surat ~ surat yg tidak dibubuh nama pengirimnya, surat terbang; selayang sambil lalu (pandangan, perhatian, dll), selintas, sepintas: ~ pandang (lalu); layang-layang 1. = layangan Jk sj rangka drpd kayu dan dibaluti kertas yg boleh diterbangkan ke udara dgn tali, wau; 2. bahagian rumah antara bumbung dgn dinding yg berbentuk segi tiga; ~ putus talinya prb sudah putus harapan (bergantung pd nasib); ke mana hendak pergi ~ itu, talinya di tangan kita prb orang yg lemah itu tidak akan lepas drpd hukuman orang yg berkuasa (orang yg berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pd kita); macam memegang tali ~ prb perihal orang yg berkuasa ke atas orang lain; berlayangan berterbangan (spt bulu ditiup angin); melayang, berlayang ark 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll), lenyap, tidak tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati; melayangkan 1. membuat supaya terbang atau melayang, menerbangkan: yg bulat digolekkan, yg pipih dilayangkan; 2. mengarahkan (pandangan dll), menghalakan, mengirimkan (surat dll): sesudah bersalam-salaman, Rosli ~ matanya ke kiri dan ke kanan; ~ surat mengirimkan surat; terlayang, terlayang-layang 1. dlm keadaan melayang(-layang), berterbangan: tiap-tiap biji spora itu akan terlayang-layang di udara sehingga jatuh di suatu tempat lalu bercambah; 2. = mata(nya) ~ tertidur, terlena: sudah berkokok ayam tanda hari akan siang, barulah matanya terlayang-layang hendak tidur; pelayangan ark baju (kain) layang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lintas | 1. lalu dgn cepat; 2. ark bahagian dr jalan kereta api (dr satu tempat ke tempat lain); ~ akal masuk akal, boleh diterima oleh akal; ~ pintas selalu pergi datang (keluar masuk dll), lalu-lalang; selintas tidak berapa lama, sebentar, sekejap: ~ lalu; melintas 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; melintasi 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. menghindarkan (kesulitan dll), mengatasi; terlintas 1. telah dilintasi, telah dilangkaui, telah diselesaikan; 2. teringat dlm hati, terkenang, tergerak (di hati): ~ juga di hatinya hendak mengadu kpd ayahnya perihal ia kena marah itu; lintasan 1. gerakan melintas: kena ~ hantu; 2. sesuatu yg melintas: setiap ~ fikiran dirakamkannya dgn tidak membuat pilihan secara teliti; 3. = pelintas tempat melintas (menyeberang), jalan yg dilalui; ~ belang bahagian jalan yg berjalur-jalur putih atau kuning sbg isyarat supaya kenderaan berhenti utk membolehkan pejalan kaki melintas; ~ zebra lintasan belang; kelintasan 1. telah dilalui atau dilampaui, kelampauan; pantang ~ a) tidak mahu dilalui;b) selalu hendak menang drpd orang lain; 2.Kl dirasuk hantu dll; perlintasan 1. perihal beralihnya (masa, pemerintahan, dll); 2. hadiah utk saudara tua yg didahului (khas drpd adik perempuan yg berkahwin dahulu drpd kakaknya); pelintas orang yg melintas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lintas | ; melintas 1 pergi ke seberang; menyeberang (jalan dsb): Baik-baik ~ jalan. 2 lalu dgn cepat: Ketika dia bermenung-menung itu, ~ seorang gadis di hadapannya. 3 mengikut jalan yg terdekat; merentas. 4 tampak (teringat, terkenang) sekejap: Kadang-kadang wajah arwah ibuku ~ dlm kepalaku. melintasi 1 melintas di; menyeberangi: Dgn susah payah, mereka ~ sungai itu. 2 mengharungi atau melalui; lalu di: ~ Lautan Atlantik. terlintas terbayang atau terkenang dlm hati atau dlm fikiran; teringat. lintasan 1 gerakan melintas. 2 tempat melintas atau tempat menyeberang. selintas tidak berapa lama; sebentar; sekejap: ~ lalu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |