perbezaan | 1. beza, kelainan, ketidaksamaan: ada ~ antara negeri-negeri Melayu yg bersekutu dgn negeri-negeri yg tidak bersekutu; 2. selisih; ~ upah selisih bayaran antara seorang (segolongan) buruh dgn buruh (golongan) lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selisih | 1 tidak sama jumlahnya dll; berbeza; berlainan: Jumlahnya ~ 50 sen. | Kamus Pelajar |
selisih | 1. beza, perbezaan, kelainan: tidak jauh ~ umurnya dgn umur kakaknya; 2. tidak sama (pendapat, fikiran, dll), berbeza atau berlainan (pendapat dll); ~ basah simpang-siur (perahu dll); ~ faham (pendapat) berlainan faham (pendapat); berselisih 1. tidak sama (jumlah dll), berbeza: isi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm padu; 2. berlainan pendapat (fikiran dll), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dgn yg lain): siapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham; mendamaikan orang-orang yg ~; ~ semat Mn salah faham; 3. bertemu di jalan dll (tetapi berlainan hala), berpapasan: sekali-sekala kereta kami ~ dgn kereta kenalan; menyelisihkan, memperselisihkan 1. menimbulkan pendapat dll yg berlainan mengenai, memperbantahkan, mempertikaikan: ~ kan-dungan surat; 2. menjadikan bertikai atau berlawan, memperlawankan; selisihan sesuatu (angka, jumlah, data, dsb) yg berselisih: tugas yg asas ialah menyediakan standard dan arahan bagi menghitung dan membuat ~ jadual data tersebut; perselisihan 1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham antara Dato’ Temenggung dgn Dato’ Perpatih; 2. perbalahan, persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beza | (béza) 1. = perbezaan keadaan atau sifat yg tidak sama antara satu drpd yg lain, kelainan, ketidaksamaan: banyak sekali ~ antara kedua-dua orang tua itu; 2. selisih (pd ukuran dll): satu ela dgn satu meter tidak jauh ~nya; ~ keupayaan (Fiz) kerja melawan daya elektrik yg dilakukan utk menggerakkan satu unit cas dr satu titik ke titik yg lain;berbeza berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan;berbeza-beza, berbezaan berlain-lain, berlainan: adat itu mempunyai tafsiran yg ~ antara ahli-ahli penganutnya;membeza mengkhusus dr segi bentuk, ciri atau fungsi (bkn sel); membezakan 1. menunjukkan atau menyatakan apa yg berbeza antara beberapa perkara: tahu ~ yg buruk drpd yg baik; 2. mengesan perbezaan yg terdapat antara dua atau beberapa perkara, mengenali: pd waktu malam, dia tidak dapat ~ warna hijau dgn warna biru; tidak dapat ~ yg mana karya asli dan yg mana karya tiruan; 3. = membeza-bezakan memberi layanan yg tidak sama antara satu sama yg lain: dia tidak pernah ~ kasih sayangnya terhadap anak-anaknya; memperbezakan menjadikan dua unsur (benda, perkara) berbeza antara satu sama lain;perbezaan 1. beza, kelainan, ketidaksamaan: ada ~ antara negeri-negeri Melayu yg bersekutu dgn negeri-negeri yg tidak bersekutu; 2. selisih; ~ upah selisih bayaran antara seorang (segolongan) buruh dgn buruh (golongan) lain;pembezaan 1. perihal (perbuatan dsb) membezakan: ~ gaji laki-laki dan perempuan;pemerhati politik biasanya membuat ~ antara kuasa gergasi dan kuasa kecil; 2. (Bio) perkembangan sel bukan khusus (spt sel embrio haiwan) menjadi sel khusus (spt sel pd organ tertentu); pembeza (orang, benda) yg membezakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersanggit | 1. bergeser atau bergesel (kereta dgn kereta, dahan dgn dahan, dll); 2. ki bertentang (pendapat, fikiran, dll), ber-selisih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanggit | ; bersanggit 1. bergeser atau bergesel (kereta dgn kereta, dahan dgn dahan, dll); 2. ki bertentang (pendapat, fikiran, dll), ber-selisih; menyanggit = ~ gigi menggesekkan (mengerit-kan, mengetap) gigi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selisih | apa-apa yg menjadikan sesuatu berbeza drpd yg lain; beza: Umurnya dgn umur saya tidak jauh ~nya. ~ faham berlainan faham; salah faham. berselisih 1 tidak sama jumlahnya dll; berbeza; berlainan: Jumlahnya ~ 50 sen. 2 berlainan pendapat dll; tidak bermuafakat antara satu dgn yg lain: Mereka dpt bekerjasama dgn baik dan tidak pernah ~. 3 bertemu di jalan dlm keadaan bergerak tetapi menuju arah yg berlainan; berpapasan: Lorong itu dijadikan jalan sehala kerana sempit dan kenderaan tidak dpt ~. perselisihan perbezaan pendapat dll; perbalahan; pertikaian: Tidak berapa lama kemudian, berlakulah ~ antara orang Riau dgn orang Belanda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersilang | 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, motokar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ruang | 1. sela-sela di antara dua deret (banjar) tiang atau di antara empat tiang (di bawah kolong rumah): besarnya rumah itu tujuh belas ~, ~nya tiga-tiga depa; 2. bahagian yg (dibiarkan) kosong atau terbuka dlm sesebuah bangunan; 3. lubang yg terdapat dlm sesuatu benda, rongga: ~ hidung; ~ dada; 4. rongga yg dibatasi oleh bidang; ilmu ukur ~ pengetahuan utk mengira isi (besar) sesuatu benda (kiub, kon, dll); 5. (dlm ilmu falsafah) tempat atau rongga yg tidak ada batasnya, tempat segala yg ada: namun secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ~ mahupun waktu; 6. = ~ waktu (masa) jarak antara satu waktu dan waktu lain; ~ waktu yg sempit jarak waktu yg pendek (terhad); 7. = ruangan tempat yg lapang, bilik (bilik dlm rumah, bilik darjah, dll): ~ duduk kami menghadap ke beranda; matanya menyeluruhi ~ bilik darjah itu; 8. petak-petak dlm buah, pangsa; durian lima ~ durian lima pangsa; 9. = ruangan tempat yg lapang dlm kapal (perahu), tempat memuat barang-barang, palka: perahu itu bocor, ~nya berisi air; air ~ air dlm ruang kapal (perahu); 10. = ruangan petak atau kolum dlm surat khabar dll, lajur: satu hal yg baru bagi idea majalah ini ialah dibukanya ruangan-ruangan spt sorotan, cerita pendek, dll; 11. = ruangan petak atau kolum utk angka: sifar di ruangan ratus tidak dikehendaki kerana 076 serupa sahaja dgn 76; ~ se (puluh, ratus, dll); 12. = ruangan kalangan, lapangan, lingkungan; mencari ruang(an) hidup baharu; tiba-tiba Rosita terbayang di ~ matanya nampak di lingkungan pandangan mata; 13. peluang atau skop: Islam memberi ~ kpd akal manusia menyingkap rahsia alam tabii; ~ angkasa angkasa lepas; ~ badan rongga pd badan; ~ dalam (tengah) bilik dalam (tengah) dlm rumah; ~ dapur bahagian dapur rumah; ~ depan (muka) bahagian depan rumah; ~ lakon ruang (di pentas dsb) tempat dipersembahkan lakonan (tempat dilakonkan babak-babak cerita); ~ legar ruang yg agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dsb, lobi, foyer; ~ lingkup = ~ liput(an) = ~ litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu pengetahuan atau yg diliputi oleh sesuatu perbincangan (penulisan dsb); ~ mulut rongga mulut; ~ niaga ruang utk menjadi tempat berniaga (dlm kompleks perniagaan dsb); ~ rias (hias) bilik atau tempat berhias; ruang(an) selisih kolum (petak) yg menunjukkan angka selisih (dlm matematik); ~ tamu bilik atau ruang utk menerima tamu; ~ udara a) ruang terhad tempat udara wujud; b) angkasa; c) bahagian atmosfera bumi di atas sesebuah negara, yg dr segi undang-undang terletak di bawah bidang kuasa negara berkenaan: ~ udara Malaysia; bawah ~ Br bahagian di antara penyokong dgn lantai perahu; merajukkan air di ~, hendak karam ditimba juga prb marah yg tiada sampai, apabila ia kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kpd kita; beruang mempunyai atau ada ruang yg kosong atau lapang: bilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung utk berbaring merehatkan badan; meruang mengeluarkan kotoran dr dlm perut mayat, menyucikan mayat; ~ senjata membersihkan senjata; ruangan ruang; ~ pojok ruangan dlm akhbar atau majalah yg dikhaskan utk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lantai | 1. dasar rumah (yg dibuat drpd papan dll); 2. geladak perahu; ~ bilah = ~ pelupuh dasar (rumah dll) yg dibuat drpd belahan buluh; ~ selisih lantai sesebuah rumah yg sebahagiannya kira-kira setengah tingkat di atas atau di bawah aras lantai yg bersebelahan; besi ~ kepingan besi yg pipih lebar; datar bak ~ papan, licin bak dinding cermin prb sesuatu hukuman yg adil atau fikiran (pertimbangan) yg baik; mencari ~ terjungkit prb suka mencari kesalahan orang bawahan supaya dapat disengsarakan; menjungkit-jungkit bagai bilah ~ prb hal kelakuan yg mengada-ngada akan sesuatu yg baru diperoleh (spt kekayaan, kebesaran, dll); berlantaikan menggunakan sbg lantai: bangunan lama itu beratapkan rumbia, ~ dan berdindingkan papan; melantai 1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |