Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seluruh (kata tugas)
Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,
Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sidang plenosidang lengkap (drpd seluruh ahli);Kamus Dewan Edisi Keempat
sidang I1. seluruh ahli (majlis, badan, dewan mesyuarat, dll), sekalian anggota: ~ me­syuarat; ~ majlis semua orang yg hadir dlm majlis; 2. sekalian, para, segala (utk me­nyatakan banyak): ~ pendengar; 3. = persidangan perjumpaan (utk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yg hadir dlm ~ tersebut mempunyai tafsir­annya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yg sedang membahaskan krisis di Timur Tengah; 4. ark dewan, majlis; ~ perang majlis perang; ~ (persidangan) akhbar penerangan atau penjelasan yg diberi oleh seseorang (menteri, pegawai kerajaan, dll) kpd pemberita akhbar; ~ jemaah a) = ~ Jumaat orang yg ber­sembahyang Jumaat; b) Id segolongan drpd masyarakat Kristian; ~ kemuncak persidangan atau mesyuarat yg diadakan pd peringkat ter­tinggi (oleh ketua-ketua negara dll); ~ pem­baca segala orang yg membaca, para pembaca; ~ pengarang setiap anggota pengarang (pd sesebuah penerbitan dll), anggota redaksi; ~ pengurus a) badan atau majlis yg mengurus sesuatu perniagaan (penerbitan dll); b) setiap anggota pengurus; ~ pleno sidang lengkap (drpd seluruh ahli); ~ ramai orang ramai, masyarakat seluruhnya; ~ tergempar mesyua­rat yg diadakan secara tergempar (utk me­nyelesaikan sesuatu); ~ tertutup sidang utk para ahli sahaja; ~ video perbincangan dsb yg menggunakan alat komunikasi yg memboleh­kan dua individu atau lebih dr tempat yg ber­lainan berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain; bersidang mengadakan sidang atau per­sidangan, bertemu utk berunding, berme­syuarat: pahlawan-pahlawan Melayu sedang ~ utk menyusun langkah menyerang musuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
memungut suaramengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua;Kamus Dewan Edisi Keempat
memungut1. mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau me­metik (karangan dll), mengambil atau memin­jam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, meng­ambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, meng­ambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua;Kamus Dewan Edisi Keempat
pungut; anak ~ anak orang lain yg dipelihara dr kecil (anak angkat); mak ~ mak kpd anak pungut; saudara ~ orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang, saudara angkat; memungut 1. mengambil atau mengutip se­suatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau me­metik (karangan dll), mengambil atau memin­jam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, meng­ambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, meng­ambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua; memunguti memungut (mengambil) berkali­-kali; memungutkan memungut (mengambil) se­suatu utk orang lain; pungutan sesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat; pemungutan perbuatan memungut: ~ hasil (cukai dll); ~ suara; pemungut 1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2. orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~ hasil setem.Kamus Dewan Edisi Keempat
Islam1 tunduk dan patuh pd perintah Allah. 2 = agama ~ agama yg diredai Allah; agama yg mempunyai beberapa rukun dan ajaran-ajaran tertentu yg secara khusus diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk disampaikan kpd seluruh manusia: masuk ~ menganut agama Islam; orang ~ orang yg menganut agama Islam. mengislamkan menjadikan sbg penganut agama Islam; menjadikan beragama Islam: Fakir Muhammad telah ~ orang-orang Perlak. pengislaman perbuatan atau hal mengislamkan seseorang, sekumpulan masyarakat dsb: Ahli-ahli sejarah masih menganggap ~ penduduk di pulau itu sbg kejayaan yg besar dlm penyebaran agama Islam di Asia Tenggara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rumah I1. binaan utk tempat tinggal; ahli (orang) ~ a) isteri; b) ahli keluarga yg tinggal di rumah; anjung ~ bahagian depan rumah yg menganjur; elaun ~ elaun sewa rumah utk pegawai; nyonya ~ Id isteri; perkakas ~ a) bahan utk membuat rumah; b) perabot; tuan ~ pemilik rumah; 2. (biasanya dipakai apabila memberi nama kpd sesuatu bangunan dgn erti) bangunan, gedung: R~ Persekutuan; 3. ki pasukan atau kumpulan dlm olahraga (di sekolah dll): sebuah sekolah selalunya di­bahagikan kpd empat ~ dan ~-~ itu diberi nama warna misalnya ~ merah, ~ biru, dll; 4. = ~ angka bahagian dlm susunan angka, ruang, kolum: ~ se; ~ puluh; ~ ratus; ~ adat balairung; ~ Allah a) bangunan khas tempat umat Islam mengerjakan solat dan ibadat-ibadat lain, iaitu masjid dan surau; b) Kaabah; ~ api menara api (mercu suar); ~ asap bangunan atau tempat khas utk menge­ringkan atau mengawet sesuatu (spt getah, tembakau, ikan dsb) dgn mengasapinya; ~ bandar a) rumah bertingkat yg sama bentuk­nya dan dibina bercantum dlm satu deretan, biasanya setiap tingkat merupakan satu unit rumah; b) rumah teres satu atau dua setengah tingkat yg kelihatan tinggi dan agak sempit, terletak di kawasan bandar atau pinggir bandar, bereka bentuk moden, biasanya mem­punyai anjung kereta di tingkat bawah serta ruang tamu di tingkat satu; ~ batu rumah yg berdinding batu-bata; ~ berhala kuil (tempat memuja berhala); ~ besar a) rumah yg besar; b) rumah yg pokok (sbg ibu atau induk); ~ bicara Id bangunan tempat bermesyuarat; ~ bola Id rumah tempat bermain biliard, rumah kelab; ~ butang (kancing) lubang tempat me­masukkan butang (buah kancing) baju; ~ dansa Id rumah tempat berdansa (menari), kabaret; ~ dapur bahagian rumah yg di bela­kang (tempat memasak); ~ gadai (pajak) rumah tempat menggadaikan barang-barang; ~ gedang Mn rumah ibu (induk) sbg tempat tinggal kaum keluarga; ~ gila rumah tempat merawat orang gila; ~ hantu tempat per­temuan ahli persatuan Freemason; ~ haram rumah yg didirikan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (tuan punya tanah dll); ~ hijau rumah kaca; ~ ibadat (ibadah) rumah tempat beribadat (masjid, gereja, kuil); ~ ibu bahagian yg utama rumah Melayu, rumah induk, rumah gedang; ~ instansi Id rumah utk pegawai kerajaan; ~ jaga pondok tempat berkawal (tempat pengawal berteduh), gardu; ~ judi tempat berjudi, petopan; ~ kaca bangunan khas yg bumbung dan dindingnya drpd kaca, digunakan utk melindungi tanaman tertentu dlm keadaan yg terkawal; ~ kampung bp (biasanya) rumah yg diperbuat drpd kayu yg berlantai tinggi dan beratapkan rumbia (nipah dll); ~ kedai rumah dan kedai sekali (biasanya rumah deret di bandar), bangunan utk kedai; ~ kembar rumah yg dua serangkai (se­ban­dung); ~ kilat bp rumah haram yg didirikan dgn cepat (biasanya pd waktu malam); ~ kit tempat menghisap candu; ~ komedi Id pang­gung sandiwara; ~ kutai sj rumah tradisional Melayu Perak; ~ ladang tempat kediaman yg didirikan di kawasan ladang yg meng­usahakan tanaman atau ternakan, biasa­nya secara komersial; ~ lelang Id rumah tempat melelong barang-barang; ~ liar bp rumah haram; ~ limas = ~ bumbung lima rumah yg mempunyai lima tulang bumbung (satu ruang atau bilik menganjung ke hadapan); ~ loteng (berloteng) rumah yg bertingkat; ~ makan kedai tempat makan; ~ minum kedai tempat minum (menjual minuman); ~ miskin rumah tempat merawat orang miskin; ~ monyet rumah jaga (gardu kecil); ~ murah rumah yg murah harganya (dibangunkan oleh kerajaan utk dijual kpd orang ramai yg berpendapatan rendah); ~ panggung rumah yg tinggi lantai­nya; ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak (tempat kediaman banyak keluarga); ~ panjang a) rumah kediaman orang Iban, Bidayuh dsb di Borneo; b) rumah pelacuran; ~ pasang siap rumah yg dibina dgn beberapa bahagiannya telah tersedia utk dipasang dan disiapkan di tapak binaan; ~ pasung a) balai polis; b) rumah tempat me­nahan orang salah; ~ pelacuran rumah tempat sundal; ~ penginapan (pemalaman ark) rumah tempat bermalam (hotel, motel, dll); ~ pen­jelasan (Eko) a) pusat pertukaran cek antara bank utk tujuan menjelaskan cek; b) pusat yg menguruskan penjelasan bagi urus niaga yg dijalankan di pasaran sekuriti atau komoditi; ~ perdeo (perai) Id, bp penjara; ~ perhentian rumah tempat berhenti (berehat, bermalam, biasanya kepunyaan kerajaan); ~ pesang­garahan Id = ~ persinggahan rumah per­hentian; ~ petak rumah deret; ~ piatu rumah yg menempatkan anak-anak yatim piatu; ~ potong = ~ sembelih tempat me­nyem­­belih (lembu, kerbau, dll), pembantaian, pejagalan; R~ Putih nama bangunan tempat kediaman Presiden Amerika Syarikat; ~ rehat bangunan (yg disediakan oleh kerajaan) yg memberi kemudahan penginapan (spt hotel) ter­utama­nya utk kakitangan kerajaan; ~ sakit tempat merawat orang sakit, hospital; ~ setinggan rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan (orang lain) secara haram atau tanpa ke­be­naran, biasanya di kawasan bandar dan tidak sempurna kemudahan asasnya; ~ sewa rumah utk disewakan; ~ siput kulit siput; ~ tanaman rumah kaca; ~ tengah bahagian rumah Melayu yg di tengah; ~ terbuka majlis makan dan ramah mesra di rumah seseorang yg terbuka kpd sahabat handai dsb (biasanya semasa musim perayaan, spt perayaan Aidil­fitri); ~ teres rumah yg dibina yg satu di sisi yg lain (sehingga menjadi deretan yg terdiri drpd beberapa buah atau unit rumah); ~ tetamu rumah yg memberi penginapan; ~ tumpang­an rumah tempat menumpang makan dan tidur, hotel kecil (lazimnya menyediakan penginapan pd kadar murah); ~ turutan rumah samping (bukan rumah induk); ~ ubat Id kedai tempat menjual ubat-ubatan; ~ urut a) rumah tempat berurut; b) rumah pelacuran; ~ buruk disapu cat prb orang tua yg suka bersolek; ~ gedang ketirisan prb perihal seorang perempuan yg kurang membawa bahagia kpd suami; ~ gedang bersendi perak prb orang bangsawan dan kaya pula; ~ sudah, tukul (pahat) berbunyi prb mengemukakan pendapat dll sesudah perkara diputuskan; dalam ~ membuat ~ prb mencari keuntungan utk diri sendiri ketika bekerja dgn orang lain; diseluduki bawah ~ orang berluluk kepala = masuk ke bawah ~ orang kotor kepala prb kalau tinggal di tempat orang tentu diisi adat lembaganya atau kalau beristeri ke sebuah rumah, tentu ditanggung susah senang dll di rumah itu; memperlihatkan ~ buruk kpd orang maling prb mempertontonkan rahsia sendiri kpd orang; tiada berorang di ~ prb perihal seorang perempuan yg belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi; serumah 1. seisi rumah, seluruh rumah; 2. tinggal dlm satu rumah: kedua-dua pe­rem­puan itu hiduplah ~, seorang di atas loteng dan seorang di bawah; 3. sudah kahwin (ber­isteri atau bersuami); menyerumahkan meletakkan (menaruh­kan) dlm satu rumah: apakah dia akan diserumahkan dgn madunya? rumah-rumah 1. banyak rumah; 2. = rumah-rumahan sesuatu yg menyerupai rumah atau boleh disamakan dgn rumah, tiruan drpd rumah; berumah 1. mempunyai (memiliki) rumah: seorang muda yg berkedudukan tinggi, ber­budi bahasa, dan ~ besar; 2. = ~ tinggal diam (tinggal) di: ia lebih suka ~ di Ulu Langat; 3. = berumah tangga; bagai ~ di tepi tebing prb selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dll); berumahkan menjadikan sbg rumah: orang Arab yg hidup ~ khemah yg dibuat drpd kulit unta; memperumahkan mengahwinkan (mem­peristerikan, mempersuamikan): lebih lekas anakanda diperumahkan lebih elok; perumahan 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal: Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~ syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk dijual); 2. perihal pe­ngurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai ke­rajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk men­diri­kan rumah: kawasan ~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut); 5. Mn ark pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini; perumah (Bio) tumbuhan atau haiwan yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggalnya, serta sbg sumber makanan dan perlindungan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rakyat1. seluruh penduduk sesebuah negara (sbg syarat mendirikan sesuatu pemerintahan): ~ Malaysia terdiri drpd berbagai-bagai kaum; dewan ~ dewan yg mewakili suara rakyat dlm sistem pemerintahan demokrasi; wakil ~ ahli dewan rakyat; 2. anak buah, orang-orang sebawahan: setahun sekali peng­hulu menjamu ~nya; 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa: padang permainan utk ~; ia keturunan ~, bukan keturunan raja; cerita ~ cerita yg diceritakan utk orang biasa; 4. pasukan perang, bala tentera: maka bagin­da pun berangkat diiringi oleh seluruh ~ lengkap dgn senjatanya; 5. Ph, bp orang asli; ~ jelata (jembel, marhaen, murba) orang kebanyakan (bukan golongan bangsa­wan); merakyat tersebar luas kpd rakyat: budaya ilmu dan tradisi pengajian telah meluas dan ~, lalu dgn itu pecahlah monopoli pujangga istana sbg elit ilmuwan; merakyatkan menyebarluaskan ilmu, amal­an dsb kpd rakyat: ilmu kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata; kerakyatan 1. perihal rakyat; 2. demokrasi; 3. ark kewarganegaraan: ~ akan diberikan kpd orang dagang di negeri ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
Islam1. tunduk dan patuh pd perintah Allah. 2. = agama ~ agama yg diredai Allah; agama yg mempunyai beberapa rukun dan ajaran-ajaran tertentu yg secara khusus diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad s.a.w. utk disampaikan kpd seluruh manusia:masuk ~ menganut agama Islam; orang ~ orang yg menganut agama Islam. mengislamkan menjadikan sbg penganut agama Islam; menjadikan beragama Islam: Fakir Muhammad telah ~ orang-orang Perlak. pengislaman perbuatan atau hal mengislamkan seseorang, sekumpulan masyarakat dsb: Ahli-ahli sejarah masih menganggap ~ penduduk di pulau itu sbg kejayaan yg besar dlm penyebaran agama Islam di Asia Tenggara.Kamus Pelajar
antarabangsa1. antara atau di kalangan negara-negara, melibatkan dua atau lebih negara: meng-galakkan persefahaman ~; perhubungan ~; perdagangan ~; 2. bkn atau berkaitan dgn dua atau lebih negara atau warga­negaranya: maha-siswa kita cenderung terhadap perkara-perkara ~; 3. ditubuhkan oleh dan dikawal atau digubal utk beberapa negara: mahkamah ~; undang-undang ~; 4. dimiliki atau dikaitkan dgn pertubuhan dsb yg mempunyai ahli-ahli dlm dua atau lebih negara: pertubuhan ~; pergerakan ~; 5. boleh digunakan oleh semua negara: perairan ~; 6. diterima oleh beberapa negara besar sbg tinggi tarafnya: hotel ber-taraf ~; mengantarabangsakan menjadikan se­suatu (hak, isu, dsb) bersifat antarabangsa: ada pihak-pihak tertentu yg cuba ~ per­golakan politik negara itu; keantarabangsaan keadaan sesuatu yg bersifat antarabangsa: sikap ~ pucuk pimpin­an Malaysia telah menarik minat seluruh dunia; pengantarabangsaan perbuatan (proses) mengantarabangsakan: wujudnya peluang ekonomi yg semakin banyak akibat pemba­n­gunan dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas