semalam suntuk | sepanjang malam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semalam-malaman | sepanjang malam: Saya tidak dpt tidur ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semalam | 1 satu malam: Dlm perjalanan saya ke Kota Bharu, saya singgah ~ di Kuantan. 2 hari sebelum hari ini: Mengapa kamu tidak bersekolah ~? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semalam suntuk | sepanjang malam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semalam | ® malam I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semalam suntuk | sepanjang malam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semalam | 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari sebelum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi ber-kelah ke Port Dickson; 4. malam sebelum malam ini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di panggung Rex; ~ suntuk sepanjang malam; ~ di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut prb hendaklah kita menurut adat istiadat negeri yg kita tumpangi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semalam-malaman | , semalaman sepanjang malam, semalam suntuk: maka belayar-lah juga ~ itu; semalaman itu kami tidak tidur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petang semalam | waktu petang pd hari semalam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelmarin | 1. sehari sebelum hari ini, semalam: hari ini hari Khamis, ~ hari Rabu; 2. dua hari sebelum hari ini, sehari sebelum semalam: hari ini hari Khamis, jadi ~ hari Selasa; 3. beberapa hari (minggu) yg lepas: dia sedang dirawat di rumah sakit kerana dilanggar kereta ~; ~ dulu Kd, Pn dua hari sebelum hari ini; ~ dulu balik sana Kd tiga hari sebelum hari ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |