kekitaan | ; semangat ~ semangat bekerjasama (bantu-membantu) dlm sesuatu kumpulan (masyarakat dsb), semangat persaudaraan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juang | ; semangat ~ semangat utk berjuang demi mencapai, mendapatkan atau memperoleh sesuatu (kejayaan, kemenangan dsb): semangat ~ yg tinggi dapat membantu mengatasi halangan itu; berjuang 1. berlaga antara satu dgn lain (bkn binatang yg besar-besar), berlanggaran, berlawan; 2. hendak mencapai atau mengatasi sesuatu dgn jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dsb) dgn pihak atau unsur yg menentangnya atau boleh memudaratkannya: rakyat Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian utk merebut kemerdekaan drpd penjajah; gajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah prb kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga yg mendapat susah; berjuangkan sl melagakan, melanggarkan: segala orang yg bergajah, ~ gajahnya dan segala yg berkuda, bergigitkan kudanya; menjuang sl melanggar, menyerang: musuh mana akan datang, mana tebing akan runtuh, atau kubu akan dijuang; memperjuangkan hendak memperoleh sesuatu dgn berjuang: mereka mogok kerana hendak ~ gaji yg lebih tinggi; perjuangan perihal berjuang utk merebut (mencapai, mempertahankan) sesuatu: kita semestinya tidak lupa akan peranan guru Melayu dlm ~ kebangsaan sejak sebelum merdeka dahulu; seperjuangan sama-sama berjuang: kawan ~; pejuang orang yg berjuang (utk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu): ia seorang ~ bangsa yg senantiasa dicurigai oleh pihak Inggeris; ~ kebebasan orang yg berjuang utk membebaskan diri, tanah air dsb drpd belenggu, cengkaman, penindasan dsb penjajah atau kuasa asing; ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelora | 1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergelora | 1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
waja | 1. = besi ~ sj besi yg keras dan kuat, baja; hati ~ ki hati yg keras: semangat ~ ki semangat yg kuat; 2. (bkn semangat, cita-cita, dsb) kuat: Afifi berani dan punya cita-cita ~; berwaja menjadi teguh: keyakinan ~ di hatinya; kewajaan sifat atau keadaan waja, kekuatan: yg penting ialah ~ semangat kaum tani dlm menghasilkan tuaian mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
waja | , = besi ~ besi yg kuat dan keras; baja. hati ~ ki hati yg keras. semangat ~ ki semangat yg kuat. kewajaan keadaan atau sifat waja: ~ semangat telah membuat mereka berjaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bergejolak | 1 menyala dgn besar atau dgn hebat (ttg api); berkobar-kobar: Ahli-ahli bomba sedang bertungkus lumus memadamkan api yg ~ itu. 2 ki berasa sangat gelisah, tidak tenang (ttg perasaan); berkobar-kobar; berapi-api; bernyala-nyala (ttg semangat): Semangat perjuangan utk negara ~ dlm jiwanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semangat kekitaan | semangat bekerjasama (bantu-membantu) dlm sesuatu kumpulan (masyarakat dsb), semangat persaudaraan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelora | 1. ombak yg melambung hebat, air laut yg bergelora dgn hebat, banjir besar; 2. = musim ~ musim hujan dan badai, musim air bah; 3. perasaan yg bergolak (tidak tenang); ~ hati perasaan hati yg bergolak-golak; bergelora, menggelora 1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~; menggelorakan membangkitkan, mengobarkan (semangat dll), menaikkan perasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gejolak | nyala api yg besar (berkobar-kobar). bergejolak 1 menyala dgn besar atau dgn hebat (ttg api); berkobar-kobar: Ahli-ahli bomba sedang bertungkus lumus memadamkan api yg ~ itu. 2 ki berasa sangat gelisah, tidak tenang (ttg perasaan); berkobar-kobar; berapi-api; bernyala-nyala (ttg semangat): Semangat perjuangan utk negara ~ dlm jiwanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |