semasa-masa | sewaktu-waktu;; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketika | 1 waktu yg pendek atau waktu tertentu; saat: ~ itu, saya sedang duduk berbual-bual dgn kawan-kawan di halaman rumah. 2 pd waktu (masa); semasa; tatkala: Dia sedang beristirahat ~ kami sampai di rumahnya. seketika sebentar; sekejap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masa I | 1. waktu, ketika: ~ dan tempat per-undangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; semasa 1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diperkatakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian ~; semasa-masa sewaktu-waktu; pemasaan perihal atau proses menentukan (mengatur atau mengawal) masa bagi sesuatu operasi dsb: ~ yg tidak betul juga boleh me-nyebabkan salah satu kebuk pembakaran dimasuki pelincir; pemasa alat utk mengatur dan mengawal masa operasi sesuatu mesin, peranti dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketika | 1. waktu yg pendek atau waktu tertentu; saat: ~ itu, saya sedang duduk berbual-bual dgn kawan-kawan di halaman rumah. 2. pd waktu (masa); semasa; tatkala:Dia sedang beristirahat ~ kami sampai di rumahnya. seketika sebentar; sekejap. | Kamus Pelajar |
kontemporari | (kontémporari) pd masa yg sama, semasa atau sesama (dgn seseorang atau sesuatu), (pd) masa kini: sandiwara yg mengambil perbahanannya drpd lembaran-lembaran sejarah yg penting dan beralih kpd penimbaan peristiwa-peristiwa semasa dan ~; aspirasi rakyat ~; penyair ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semasa | 1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diperkatakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sewaktu | dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hampir segerak(plesiochronous) | Sifat pengendalian jam rujukan bagi dua sistem berlainan yang jamnya sepatutnya mempunyai masa yang sama tetapi terdapat sedikit selisihan. Pembetulan perlu dibuat dari semasa ke semasa untuk menyegerakkan semula kedua-dua sistem itu. | Kamus Komputer |
petikan(snapshot) | Cetakan kandungan ingatan kawasan simpanan tertentu atau kandungan daftar tertentu yang dibuat pada masa tertentu semasa perjalanan rutin atau atur cara. Pencetakan petikan keadaan ingatan atau daftar ini dapat memberi maklumat tentang taraf sistem sewaktu petikan ini dibuat. Ini dapat membantu pengatur cara atau penyenggara sistem mencari kesilapan atau punca kegagalan sistem. | Kamus Komputer |
waktu | 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; sewaktu dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan; sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat ditangkap; berwaktu mempunyai waktu yg tertentu, memakai waktu; sembahyang diberi ~, janji diberi berketika prb sesuatu pekerjaan hendaklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |