Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.ba.han] | سمبهن

Definisi : yg disembah (Tuhan), yg dipuja-puja atau dihormati, pujaan: berhala yg menjadi ~ penganut agama Buddha; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sembah
Kata Terbitan : menyembah, menyembahkan, mempersembahkan, sembahan, penyembah,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sembahanyg disembah (Tuhan), yg dipuja-puja atau dihormati, pujaan: berhala yg menjadi ~ penganut agama Buddha;Kamus Dewan Edisi Keempat
tayangan1. sesuatu yg ditayangkan; 2. per-sembahan atau pertunjukan (filem dll): hari itu ada ~ pagi cerita Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tayang Imenayang membawa di tapak tangan, menatang, menating;menayang-nayang menunjuk-nunjukkan sesuatu; menayangkan 1. membawa atau menatang sesuatu: Dolah ~ gelasnya yg berbusa; 2. mem­­pertunjukkan, mempersembahkan (filem dll): filem yg ditayangkan di sana kebanyak-annya filem yg tidak sesuai dgn jiwaku; tertayang telah ditayangkan, terbawakan, telah diperlihatkan; tayangan 1. sesuatu yg ditayangkan; 2. per-sembahan atau pertunjukan (filem dll): hari itu ada ~ pagi cerita Melayu; ~ perdana persembahan (pertunjukan) kali yg pertama (filem dll); penayangan perihal menayangkan; penayang 1. orang atau pihak yg mena­yangkan sesuatu (spt filem dsb): nasib filem Melayu bukan sahaja terletak pd pembi­kinan, tetapi juga merangkumi pihak pengedar dan ~; 2. alat utk menayangkan sesuatu (spt filem gambar dsb): skrin ~ filem digital.Kamus Dewan Edisi Keempat
acara I1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan men­yusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau per­sembahan terpenting (biasanya juga yg ter­istimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi; beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id meme­riksa (membicarakan) perkara di mahkamah; mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum; mengacarai 1. mengelolakan atau mengen­dalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu; 2. Id memulai per­cakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa,” aku ~ per­cakapan; mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacara­kan pd malam penghabisan; 2. Id meng­adukan (perkara); pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg me­­ngendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juru­acara.Kamus Dewan Edisi Keempat
sembah1. penghormatan kpd raja dll (dgn menangkupkan kedua-dua tapak tangan serta menyusun jari dan mengangkat ke atas hingga ke paras dagu ataupun hingga ke dahi): mengangkat ~; 2. kata-kata yg ditujukan kpd raja (orang yg dimuliakan): setelah raja China mendengar ~ tabib itu, maka raja China pun menitahkan utusan ke Melaka minta air basuh kaki raja Melaka; berdatang ~ berkata kpd raja (orang yg dimuliakan); ~ salam = ~ dan sujud hormat dan khidmat (dlm surat-menyurat kpd orang yg dihormati dll); ~-simpuh tertib sopan (kelakuan); bersembah berkata dgn hormat dan takzim; bersembahkan sl = mempersembahkan; menyembah 1. memberi hormat dgn meng-angkat sembah: maka sekalian orang yg duduk di bawah itu pun ~; 2. memberi hormat dgn mencium dll pd (lutut dll): anak Pangeran Mas Seri Negara itu ~ lutut paduka ayahandanya; 3. menghormati sesuatu sbg Tuhan atau dewa, memuja: ~ berhala; ~ mata-hari; 4. mengaku diperintah oleh (ditakluki oleh dll), tunduk kpd, mengaku taat kpd: Sultan Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam; ~ bumi tumbang tertiarap di bumi, roboh: dia tersungkur ~ bumi dgn kepalanya berlumuran darah di hadapan orang ramai yg kegemparan; kondominium yg sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi; menyembahkan, mempersembahkan 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara; sembahan yg disembah (Tuhan), yg dipuja-puja atau dihormati, pujaan: berhala yg menjadi ~ penganut agama Buddha; persembahan 1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan yg diselingi lagu-lagu; penyembahan 1. perihal menyembah atau memuja; 2. pemujaan; penyembah orang yg menyembah, pemuja: ~ berhala.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas