sembul | ; menyembul menonjol hujungnya dr sesuatu; menganjur atau mencuar ke luar: Ular ~ dr lubang itu. tersembul tertonjol ke luar: Sebiji bisul ~ di pangkal pahanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sembul | ; menyembul, tersembul 1. menganjur atau menonjol keluar (hujung atau kepala sesuatu drpd lubang, liang, permukaan, dll): mata yg tersembul spt mata buaya; 2. menampakkan diri, menjongol, timbul: kepala buaya yg tersembul di tepi air; sebelum sedan itu meluncur, lelaki segak itu ~ keluar; menyembulkan 1. menonjolkan atau menge-luarkan hujung (kepala dll): Dollah ~ biji mata-nya; 2. = ~ diri menampakkan (menjongol-kan) diri, memperlihatkan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sembul; menyembul | tersembul tertonjol ke luar: Sebiji bisul ~ di pangkal pahanya. | Kamus Pelajar |
sembul; menyembul | menonjol hujungnya dr sesuatu; menganjur atau mencuar ke luar: Ular ~ dr lubang itu. | Kamus Pelajar |
sembor | Mn sembul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjongolan | tersembul-sembul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumbul II | Mn sembul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jongol | ; berjongolan tersembul-sembul; menjongol menyembul: kepalanya saja yg nampak ~ di atas permukaan air; menjongolkan menyembulkan, mengeluarkan (kepala dll dr lubang dll); terjongol timbul atau tertonjol keluar sedikit: kepalanya ~ sedikit dr mulut jendela; jengul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyumbur | keluar menonjol, menyembul; ®sembul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjojol | menonjol keluar, tersembul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |