semen | /sémen/ ist cecair yg mengandungi sperma, yg dihasilkan oleh orang lelaki atau haiwan jantan; mani. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semen | (sémen) (Bio) cecair beralkali yg mengandungi sperma dan bahan bernutrien, yg dihasilkan oleh lelaki atau haiwan jantan, mani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelampang | Jk pondok (balai, rumah) sementara pd masa kenduri dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berayah | mempunyai ayah: ia tidak ~ semenjak kecil lagi; ~ kpd menyebut (menganggap) ayah kpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minta pinjam | meminta menggunakan sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah tol | tanah yg diberi kebenaran duduk sementara | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pondok | 1. rumah kecil yg didirikan utk sementara (di sawah, di ladang, dll), dangau, gubuk, teratak; 2. rumah (utk merendahkan diri apabila bercakap dgn orang); 3. Jk rumah kecil yg tidak elok (berdinding buluh beratap rumbia dll); 4. Jw madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama dll); ~ telefon bangunan kecil tempat telefon utk kegunaan orang ramai; memondok menumpang tinggal dan makan; memondokkan 1. memberi tempat menumpang (di rumah orang dll), menumpangkan (di rumah orang dll); 2. memberi tempat menumpang; pondokan 1. = pemondokan rumah tumpangan, rumah tempat menginap; 2. tumpangan, penginapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menumpang | 1 diam atau tinggal di sesuatu tempat buat sementara saja: Saya ~ di rumah kakak saya. 2 menaiki kenderaan (utk berpergian): Dr Ipoh, dia telah ~ bas ke Taiping. 3 meminta atau memohon supaya mendapat kebenaran atau keizinan: Boleh saya ~ bertanya, di mana Jalan Semangat? 4 terdapat atau berada di atas sesuatu yg lain: pokok ~ tumbuh-tumbuhan yg hidup pd pokok lain; parasit. ~ hidup tinggal bersama supaya dpt hidup. ~ makan turut makan bersama. ~ mati ikut mati; bersama-sama mati dgn orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tumpang | ; menumpang 1 diam atau tinggal di sesuatu tempat buat sementara saja: Saya ~ di rumah kakak saya. 2 menaiki kenderaan (utk berpergian): Dr Ipoh, dia telah ~ bas ke Taiping. 3 meminta atau memohon supaya mendapat kebenaran atau keizinan: Boleh saya ~ bertanya, di mana Jalan Semangat? 4 terdapat atau berada di atas sesuatu yg lain: pokok ~ tumbuh-tumbuhan yg hidup pd pokok lain; parasit. ~ hidup tinggal bersama supaya dpt hidup. ~ makan turut makan bersama. ~ mati ikut mati; bersama-sama mati dgn orang lain. menumpangi menumpang di atau pd; ikut tinggal di: Dia ~ rumah kakaknya buat sementara waktu. menumpangkan 1 menyuruh (membiarkan) tinggal atau bermalam di sesuatu tempat: Ahmad ~ anaknya di rumah seorang sahabat. 2 membiarkan menumpang sesuatu kenderaan (utk berpergian): Ia ~ barang-barangnya di kereta adiknya. 3 menaruh atau meletakkan sesuatu di atas sesuatu yg lain: Ia ~ tangannya di atas bahu kawannya. 4 menyerahkan sesuatu supaya dijaga atau diurus; mengamanahkan. tumpangan 1 sesuatu yg ditumpangkan utk dibawa, dikirim dll. 2 tempat menumpang utk sementara waktu: rumah ~ rumah tempat menginap atau tempat menumpang. penumpangan perbuatan (hal dsb) menumpang, menumpangi atau menumpangkan. penumpang orang yg menumpang (di rumah tumpangan, kenderaan dll): Para ~ penuh sesak dlm bas itu. kapal ~ kapal yg membawa orang saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teratak | 1 rumah kecil atau pondok di sawah dll (utk tempat tinggal sementara). 2 rumah (biasanya utk merendah diri). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |