Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.men.ta.ra] | سمنتارا

Definisi : 1. utk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal: utk ~; bantuan ~; 2. = sementaraan sl selama, selagi: telah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja; marilah cucuku yg kedua ini kududukkan sai-sainya semen-taraan aku lagi hayat; 3. sedang (berlakunya sesuatu dll): pengetahuan orang pd masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~ keper-cayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun; 4. = ~ itu pd ketika itu, dlm pd itu: ~ itu kapal belayar juga, makin lama makin laju; 5. di samping: ~ bertindak sbg Timbalan Perdana Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya; ingat ~ belum kena, jimat ~ belum habis prb hendak-lah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dll); kesementaraan perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal: kesedaran ter-hadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta. sementelah = sementelahan sl lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi: sudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam; aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.men.ta.ra] | سمنتارا

Definisi : 1 tidak tetap selama-lama­nya; tidak utk selama-lamanya; utk beberapa ketika saja: Sebuah bangunan ~ telah didirikan sehingga bangunan yg baru selesai dibina. 2 dlm tempoh atau dlm waktu tertentu; selama; selagi: Lebih baik berjagung-jagung, ~ menanti padi masak. ~ tidak berduit, janganlah membeli-belah. 3 dlm pd itu; pd ketika itu: ~ ibu memasak, saya membasuh pinggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sementara (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak kekal: beberapa ketika, sekejap, seketika,
Berantonim dengan kekal

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan selama, selagi, senyampang, ketika, sepanjang waktu,

3. Bersinonim dengan dalam pada itu: ketika itu, manakala,

4. Bersinonim dengan di samping: dan, serta, sambil, seraya, sembari, juga, dengan, bersama, pula,

Kata Terbitan : kesementaraan,

Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sementara mendapat rotan,
     akar-akar pun jadilah.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
paltusl pembantu (penolong, wakil) utk sementara: ~ syahbandar; ~ dol tiang layar sementara; ikat ~ ikat yg sementara sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
jelujur sementarasj jahitan sementara utk menetapkan kelim di tempatnya sebelum kelim itu dijahit (dibuat sebelah dalam atau luar);Kamus Dewan Edisi Keempat
jelujur Ijahitan tangan yg jarang dan tidak dimatikan, jahitan sementara; ~ halus sj jahitan yg digunakan apabila membuat kelim panjang pd kain lembut (dibuat sebelah dalam atau luar); ~ sementara sj jahitan sementara utk menetapkan kelim di tempatnya sebelum kelim itu dijahit (dibuat sebelah dalam atau luar); menjelujur membuat jelujur, menjahit jarang-jarang (dgn tidak mematikan jahitan).Kamus Dewan Edisi Keempat
menumpang1. terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yg lain; 2. diam (tinggal, bermalam) di rumah orang, singgah (utk bermalam, tinggal) buat sementara sahaja: buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu; 3. naik dan berpergian (dgn kereta, kapal, dll): dr Singkarak ia ~ kereta api ke Padang dgn selamat; 4. turut berpergian dgn kenaikan orang (dgn percuma), membon­ceng: apabila dilihatnya saya mahu belayar juga maka pergilah ia hendak ~; 5. bersama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta; 6. meminta atau memohon supaya mendapat keizinan (kebenaran dll): boleh saya ~ bertanya, apa nama kampung ini?;Kamus Dewan Edisi Keempat
sementara1 tidak tetap selama-lama­nya; tidak utk selama-lamanya; utk beberapa ketika saja: Sebuah bangunan ~ telah didirikan sehingga bangunan yg baru selesai dibina. 2 dlm tempoh atau dlm waktu tertentu; selama; selagi: Lebih baik berjagung-jagung, ~ menanti padi masak. ~ tidak berduit, janganlah membeli-belah. 3 dlm pd itu; pd ketika itu: ~ ibu memasak, saya membasuh pinggan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sementara3 dlm pd itu; pd ketika itu: ~ ibu memasak saya membasuh pinggan.Kamus Pelajar
sementara1 tidak tetap selama-lamanya; tidak utk selama-lamanya; utk beberapa ketika saja: Sebuah bangunan ~ telah didirikan sehingga bangunan yg baru selesai 2 dlm tempoh atau dlm waktu tertentu; selama; selagi: Lebih baik berjagung-jagung ~ mKamus Pelajar
berjagung-jagung; baik ~ sementara padi belum masak prb sementara menunggu se­suatu yg lebih baik, yg kurang baik pun boleh dipakai dahulu;Kamus Dewan Edisi Keempat
diskors1. dihentikan utk sementara sahaja (mesyuarat, perjumpaan, dll); 2. di­gantung (jawatan, pangkat, dll) utk sementara.Kamus Dewan Edisi Keempat
pinjam; memberi ~ memberikan sesuatu utk dipakai buat sementara waktu (sesudah itu dikembalikan). meminjam memakai barang orang utk sementara dan sesudah dipakai, dikembalikan kpd tuannya: ~ buku dr perpustakaan. meminjami memberi pinjam kpd: Kakak ~ saya jam tangannya. meminjamkan memberikan sesuatu utk dipinjam: Dia telah ~ sebuah buku hadis kpd saya. pinjaman 1 apa-apa yg dipinjam atau dipinjamkan: buku ~. 2 hutang. peminjaman hal (perbuatan dsb) meminjam, meminjami atau meminjamkan. peminjam orang yg meminjam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas