semilang | bp ® sembilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buluh sembilang (semilang) | sj buluh, Dendrocalamus giganteus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buluh | sj tumbuhan yg batangnya keras (berongga dan beruas), bambu, aur; jenis-jenisnya: ~ akar a) sj buluh, Dendrocalamus pendulus; b) sj buluh, Dinochloa scandens; ~ batu = ~ tumpat sj buluh, Dendrocalamus strictus; ~ betung sj buluh, Dendrocalamus asper; ~ cina sj buluh, Bambusa nana; ~ gading sj buluh, Bambusa vulgaris; ~ kasap sj buluh, Ochlandra ridleyi; ~ peleting buluh tempat pupul benang (pd alat tenun); ~ perindu a) sj buluh, Bambusa magica; b) sj seruling; ~ sembilang (semilang) sj buluh, Dendrocalamus giganteus; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai besar), Thysanolaena maxima;berniaga ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb mengerjakan sesuatu dgn tidak mengetahui caranya (mendatangkan kerugian sahaja); menebas ~ serumpun prb merosakkan nama seluruh keluarga; spt ~ perindu ditiup angin tatkala dinihari prb bunyi suara yg sangat sedih; spt pohon ~ ditiup angin prb perihal orang yg lemah lembut, tetapi keras kemahuannya;buluh-buluh sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran;pembuluh 1. buluh-buluh; 2. = ~ darah saluran darah; ~ agung saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava; ~ labuhan hati saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; ~ paru-paru saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |