sukacita | 1 perasaan senang hati; kegirangan: Dgn ~nya dimaklumkan bahawa anakanda telah pun lulus dlm peperiksaan yg lalu. 2 girang hati; gembira; senang hati: Tatkala Taj-ul-Muluk dilahirkan, ayahandanya sangatlah ~. bersukacita berasa sukacita; beriang hati; bergirang hati. menyukacitakan menjadikan sukacita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesal | 1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; mengesali berasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi; mengesalkan menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal: hal itu sangat ~ hati mereka berdua; kesalan rasa kesal: raut mukanya yg berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yg telah berlaku; kekesalan perihal (perasaan) kesal, kekecewaan, kesebalan, kejengkelan: mereka yg tidak berjaya kembali dgn penuh ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkenan | 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesal hati | 1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenan I | ; berkenan 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu; memperkenankan mengizinkan, meluluskan, menyetujui, memakbulkan (bkn Tuhan): tidaklah dapat ia ~ permintaan Wirja; semoga doamu itu akan diperkenankan Tuhan; perkenanan perkenan; perkenan izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesal | , = ~ hati berasa tidak senang hati atau berasa kecewa kerana sesuatu perkara atau perbuatan; berasa sebal; berasa kecewa bercampur marah; masyghul: Dia ~ kerana permohonannya utk masuk ke universiti ditolak. mengesali berasa kesal atau berasa kecewa akan: Beliau ~ tindakan pemuda-pemuda liar itu. mengesalkan menimbulkan rasa kesal; menyebalkan: Perbuatan mereka yg tidak sopan itu sangat ~nya. kekesalan perasaan tidak senang hati atau perasaan kecewa; kesebalan: Tindakan guru yg membabi buta itu telah menimbulkan ~ di hati murid-murid. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senang hati | berasa puas (gembira); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suka | 1. perasaan girang dlm hati: maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkannya ~nya itu; 2. girang hati, senang hati: semua orang ~ melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi: aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~; 4. gemar akan: orang di sini tidak ~ memakan daging; 5. setuju (dgn), cocok, sesuai: ayahku tidak ~ duduk di sini; 6. kehendak (kemahuan) hati: mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air;7. menaruh kasih (kpd), cinta (akan), sayang (akan): dia tidak ~ pd budak-budak; 8. berkenan akan, mahu akan: aku tak ~ engkau mengganggu mereka; 9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali: kereta ini ~ rosak; ~ hati a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; ~ ramai (yg) digemari ramai, popular: lagu-lagu (majalahmajalah) ~ ramai; ~ duka kegembiraan dan kesedihan; sesuka = ~ hati = sesuka-suka (dgn) sekehendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; suka-suka seronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~; bersuka = ~ hati = ~ ria bersenang-senang, bergembira; bersuka-suka bersenang-senang, bergembira, berfoya-foya: tua muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~; bersuka-sukaan 1. bersuka-suka: setelah duduk lalu turun pula memetik bunga mengarang kuntum ~; 2. bh bercinta-cintaan, berseronok-seronok (berkendak dll): dia pun memimpin tangan isterinya masuk ke dlm pelaminan ~; menyukai 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka; menyukakan 1. menjadikan suka, menggembirakan, menggirangkan: berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku; 2. bp menyukai: ibu tidak memaksa kau beristeri dgn orang yg tidak kausukakan; sukaan bp 1. segala apa yg disukai, sesuatu yg menyukakan; 2. orang yg dikasihi, kekasih, kendak; kesukaan 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (disayangi, dicintai, dikehendaki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anteng | Jw senang (hati), senyap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berenak-enak | melakukan sesuatu dgn senang hati; bersenang-senang; berseronok-seronok: Keluarga itu ~ mandi di pantai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |