Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nang.lé.nang] | سنڠ-لينڠ

Definisi : berbahagia sekali, tiada satu pun yg kurang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senang-lenang


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
senang- lenangserba-serbinya cukup; bahagia dan mewah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
senang-lenangberbahagia sekali, tiada satu pun yg kurang.Kamus Dewan Edisi Keempat
senang -lenangberbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang;Kamus Dewan Edisi Keempat
lenang/lénang/ tenang (bkn air). senang-~ serba-serbinya cukup; bahagia dan mewah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tubuh1. = ~ badan keseluruhan jasad manusia atau binatang yg kelihatan (terdiri drpd kepala, badan dan anggota): makanan yg banyak mengandungi zat perlu utk membina dan menjaga kesihatan ~; direbahkan ~nya; bekas ~ pakaian yg sudah dipakai; 2. badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota): peluru itu kena ~nya terus ke jantung; ber­peluk (memeluk) ~; batang ~ a) = tubuh badan keseluruhan jasad; b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota); c) diri (sendiri); 3. = batang ~ diri (sendiri), peribadi; tuan ~ tuan sendiri (bukan wakil dll); 4. baha­gian sesuatu yg terpenting, awak: ~ perahu; ~ kapal terbang; 5. ark = pertubuhan; 6. jisim, jasad benda; ~ halus roh, jiwa (lwn jasad); ~ kasar jasad; tolak tangan berayun kaki peluk ~ mengajar diri prb membuang kehidupan yg senang-lenang; setubuh 1. satu badan, sebadan; 2. ark se-cocok, sejodoh benar, seia sekata; 3. = persetubuhan seketiduran, jimak, sanggama; bersetubuh melakukan perhubungan jenis, berjimak, bersanggama, berseketiduran; menyetubuhi melakukan perhubungan jenis (hubungan seks) dgn, menjimak, meniduri; bertubuh bp berbadan sihat, gemuk, tambun: anak dia itu ~ benar; menubuhkan 1. mendirikan (persatuan dll), membentuk (jawatankuasa, badan, dll): beliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pd tahun hadapan; 2. mewujudkan, mengada­kan, menjelmakan, menyatukan (dgn): bagi keperluan mereka yg tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ per­pustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil; tertubuh sudah ditubuh­kan (diwujudkan dll), terwujud, terbentuk: dgn ~nya Universiti Kebangsaan maka kesem­patan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih luas kpd rakyat bumiputera; pertubuhan badan yg ditubuhkan utk me­nger­jakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu badan antara­bangsa yg bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia; ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergiat dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu; ~ sukarela pertubuhan yg diwujudkan dgn kehendak atau kerelaan anggota-anggotanya utk berkhidmat kpd masyarakat (bukan kerana mata pencarian atau utk memperoleh keuntungan dsb); penubuhan perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dll): ~ syarikat ini memberi peluang kpd orang Melayu utk memiliki rumah sendiri melalui syarikat ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
lenang(lénang) tenang (air dll): apabila Datuk Selampit itu telah mengaku kalah maka air laut itu pun ~ semula; senang-~ berbahagia sekali, tiada satu pun yg kurang.Kamus Dewan Edisi Keempat
senang1. (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yg susah-susah), tidak ada yg me-nyusahkan: kerja mereka ~ dan mudah; makanan yg murah dan ~ mendapatnya utk memberikan tenaga ialah karbohidrat; 2. suka, mesra: kalau begitu, saya tidak ~ kpd engkau lagi; 3. berasa puas (enak, nyaman, gembira, dll), rehat: sehari-hari disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~; belum pernah dia tidur tengah hari, atau berbaring-baring dgn ~nya melainkan sentiasa dlm pekerjaannya; 4. bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat: susah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi peng-halang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. ki bersahaja (percakapan dll), tenang: Lili meneruskan kata-katanya dgn tenang dan ~;~ cakap mudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya (mengusahakannya) belum tentu; ~ hati berasa puas (gembira); ~-lenang berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang; ~ sentosa sentiasa dlm aman bahagia; bersenang; ~ diri = bersenang-senang ber-buat sesuatu dgn senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka: kasihan, sepatut-nya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; kita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang sentiasa; bersenangkan, bersenang-senangkan; ~ diri bersenang-senang; ~ lelah sl melepaskan lelah, berehat; menyenangi berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai: dlm memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan; saya lebih ~ teater; tidak ada suatu pun yg kusenangi; menyenangkan 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (per­jalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyuka­kan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; kesenangan perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas