sendaan | sesuatu (bahan dsb) yg diper-sendakan: ibu tidak mahu kau jadi ~ orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perolok-olokan | main-main: unsur-unsur sendaan, ~ dan sihir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senda I | = ~ gurau = gurau ~ kelakar, jenaka, olok-olok, seloroh: sajak dan ulangan suara banyak dipakai baik dlm ~ mahupun dlm percakapan; bersenda = ~ gurau = bersenda-senda 1. berkelakar, berseloroh, berjenaka: mengapa-kah pula tuan hendak ~-senda dgn ayah-anda spt ini? 2. bergurau-gurau, bercumbu-cumbu: maka tuanku Malim Deman pun lalu santap beradat serta ~ kedua-dua laki isteri; menyenda-nyendakan mempermain-mainkan: mereka tidak lagi menghormati prinsip keagamaan, sebaliknya ~ kewujudan neraka dan syurga; mempersendakan mempermainkan (dgn gurau senda), memperolok-olokkan, mengejek-ejekkan: terasa oleh Aini yg Kamal sengaja hendak ~nya; sendaan sesuatu (bahan dsb) yg diper-sendakan: ibu tidak mahu kau jadi ~ orang; persendaan hal yg berkaitan dgn perbuatan bersenda: bahan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olok | ; olok-olok main-main, lawak-lawak: bangkangannya itu hanya ~ sahaja; bukan ~ bukan main-main, sungguh-sungguh; gambar ~ gambar sindiran, karikatur; masak ~ Mn selalu dipermainkan orang; berolok-olok bermain-main, berlawak-lawak: ~ boleh, tak ada halangannya, asal berketika dan pd tempatnya; mengolok-olokkan, memperolok-olok, memperolok-olokkan, memperolokkan mempermainkan dgn perkataan atau perbuatan (spt mengejek dll): selalu orang ~ Pak Dolah; aku tidak suka diperolok-olokkan spt ini; saudara telah memperolok-olok saya; olok-olokan, olokan olok-olok; perolok-olokan main-main: unsur-unsur sendaan, ~ dan sihir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |