sendirian | seorang diri: Saya lebih suka tinggal ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sendirian | 1. seorang diri, tidak berteman: pd suatu petang aku berjalan-jalan ~ di sekitar danau; ia tersenyum ~; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain: pondok kecil itu roboh ~ dan terus tidak dibaiki lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sendirian | seorang diri: Saya lebih suka tinggal ~. | Kamus Pelajar |
sendiri | sendirian seorang diri: Saya lebih suka tinggal ~. | Kamus Pelajar |
Sdn. Bhd. | kep Sendirian Berhad: Syarikat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teman | 1. kawan, handai, sahabat, taulan: mengapa sendirian pula, tiada ~, tiada rakan; 2. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu, lawan bercakap-cakap (bermain dsb): ~ bercakap; 3. sesuatu sbg pelengkap, jodoh, kawan: buah pinang dimakan orang jadi ~ sirih; 4. Pr ganti diri yg pertama, saya, aku;~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (isteri atau suami); ~ lelaki lelaki yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang wanita; ~ sejawat kawan sekerja; ~ tetangga jiran; ~ tidur orang yg dijadikan kawan tidur; ~ wanita wanita yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang lelaki; usahlah ~ dimandikan pagi prb janganlah terlalu memuji-muji; berteman 1. berkawan, bersahabat: sebenarnya kedua-dua orang itu ~ baik; 2. tidak se-orang diri, ada kawannya: ke mana pun pergi jarang-jarang aku ~; bertemankan mempunyai (seseorang, sesuatu) sbg teman; menemani 1. turut serta, mengawani, mengiringi, menyertai: dia senang melihat kawannya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawankan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng; peneman seseorang (sesuatu) yg menjadi teman kpd: hanya linangan air mata ~ duka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ringkikan | bunyi kuda meringkik, ringkik: beliau berangkat sendirian sambil menajamkan pendengaran kalau-kalau terdengar bunyi ~ kuda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
yatim(orphan) | Baris terakhir dalam perenggan yang berada sendirian di bahagian atas halaman teks. Baris ini kelihatan janggal dan dianggap sebagai tidak baik dalam gaya pemformatan dokumen sistem penerbitan meja. | Kamus Komputer |
tetaguk | ark burung pungguk; spt ~ di rumah tinggal prb orang yg bekerja sendirian tetapi riuh bunyinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kumat-kamit | bergerak-gerak bibir (spt orang membaca doa dgn tidak bersuara, bercakap sendirian, dsb: bibirnya ~ mengucap berulang kali; berkumat-kamit kumat-kamit: Pak Utih mengangguk sambil mulutnya ~ menyebut nama Tuhan; mengumat-ngamitkan menggerak-gerakkan bibir (spt orang bercakap dgn tidak mengeluarkan suara): mulutnya dikumat-kamitkan bagaikan membaca doa pelias mengelak drpd ular bisa; terkumat-kamit tergerak-gerak bibir: mulut Ramlan ~ membaca isi surat itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |