sengatan | hasil (akibat) drpd perbuatan menyengat: tekanan darah mangsa ~ menurun secara mendadak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bisa I | 1. bahan beracun yg terdapat pd sesetengah jenis binatang (spt ular, kala, labah-labah, dsb), yg dipindahkan kpd mangsanya dgn cara mematuk (menggigit, menyengat, dsb); 2. kesan yg menyebabkan kesakitan yg amat sangat (drpd senjata spt keris, tombak, peluru, dsb): ~ keris Taming Sari; 3. kesan yg menyakitkan atau membahayakan yg diakibatkan oleh benda-benda tajam (spt paku, kuku, taring, buluh, dsb): ~ paku berkarat; 4. terlalu sakit sehingga tidak tertahan (bkn sengatan, patukan, tikaman, penyakit, dsb): aduh, ~nya penyakitku ini! 5. ki menyakitkan hati atau perasaan (bkn kata-kata), pedas: mulutnya memang ~; ~ kawi kekuatan ghaib (spt tulah dsb) yg menimpa orang kerana melanggar adat dsb; adakah hilang ~ ular menyusup di bawah akar prb orang besar itu tidak hilang martabatnya kalau ia merendahkan diri; alah ~ tegal biasa prb bahaya hilang kerana kebiasaan; pisau senjata tiada ~, ~ lagi mulut manusia prb lebih sakit lagi dilukai dgn kata-kata drpd dgn senjata;berbisa mengandungi bisa;kebisaan kena bisa, menderita kerana kena bisa: Dang Suala pun sangatlah kesakitan ~ bedil itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sengat | sj alat yg tajam lagi berbisa yg terdapat pd beberapa jenis serangga dan binatang-binatang lain (labah-labah, lipan, kala, ikan keli, dsb), antup; spt lebah, mulut membawa madu, pantat membawa ~ prb perempuan yg elok parasnya dan manis tutur bahasanya tetapi buruk dan jahat kelakuannya; bersengat 1. ada sengatnya; 2. ki disegani (ditakuti dll) orang; menyengat 1. menikam dgn sengat (lipan dll), mengetip dgn sengat: seekor kala jeng-king tanah ~ tapak tanganku; 2. ki tajam (bkn kata-kata, sindiran, dsb), berbisa: kata-katanya ~; sengatan hasil (akibat) drpd perbuatan menyengat: tekanan darah mangsa ~ menurun secara mendadak; penyengat sj serangga yg bersengat; jenis-jenis: Ropalidia spp., Vespa auraria, Provespa anomala dll; memelihara ~ dlm baju prb menaruh musuh dlm rumah tangga sendiri akhirnya tentu akan mendapat kecelakaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |