sungging I | lukisan atau perhiasan (berwarna-warni); juru~ pelukis sungging; seni ~ seni membuat gambar perhiasan; menyungging melukis dgn warna-warni (cat dll), mewarnai (lukisan dll); tersungging 1. sudah disungging (lukisan); 2. ki terlukis (senyuman): akhirnya ~lah di bibirnya sebuah senyuman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ukir | hiasan atau lukisan pd sesuatu yg dibuat dgn memahat (menoreh, menggores dll). seni ~ seni membuat perhiasan atau lukisan dgn pahat. berukir mempunyai hiasan yg dibuat dgn cara memahat (menggores, menarah dll): kerusi ~. mengukir membuat hiasan pd sesuatu dgn cara memahat (menggores, menoreh dll): Di samping melukis, beliau juga pandai ~. ukir-mengukir segala hal yg berkaitan dgn mengukir. mengukirkan melukis sesuatu dgn memahat (menggores, menoreh dll): Beliaulah yg telah ~ awan larat pd pintu gedung itu. ukiran 1 hasil mengukir: ~nya sangat halus. 2 sesuatu yg diukirkan; lukisan dll yg diukirkan: ~ pd pintu rumahnya sangat menarik. pengukiran perbuatan (cara dsb) mengukir. pengukir 1 orang yg (pandai) mengukir; tukang ukir. 2 alat yg digunakan utk mengukir (spt pahat, pisau). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seni murni | seni mengenai penciptaan barang yg indah-indah (seni lukis, seni pahat, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesusasteraan | hasil seni (karya tulisan) dlm bentuk prosa atau puisi yg mempunyai ciri-ciri keistimewa-an yg tertentu; ahli ~ (orang yg) pakar dlm hal kesusasteraan; seni ~ seni karang-mengarang (prosa, puisi, dll); 3. ark kitab suci Hindu; 4. sl kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yg mengandungi ramalan (perhitungan dll); 5. sl tulisan, huruf; ~ bandingan kajian dan huraian tentang pertalian antara pelbagai sastera dr berbagai-bagai negara dan bangsa; ~ hiburan bentuk sastera yg bertujuan memberikan keseronokan atau hiburan, mis yg bertemakan percintaan dsb; ~ lisan sastera rakyat; ~ rakyat sastera yg berkembang di kalangan rakyat dan disebarkan melalui pertuturan drpd satu generasi kpd satu generasi yg lain, mis mitos, legenda dan mantera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ukir | lukisan yg dibuat dgn memahat (menggores, menoreh, dll) pd barang-barang per-hiasan dll; ~ benam lukisan tenggelam (pd barang-barang perhiasan dll); ~ kencana lukisan pd barang emas; seni ~ seni membuat gambar dll dgn pahat, seni pahat; tukang (juru, pandai) ~ orang yg pandai membuat (membentuk dll) sesuatu dgn pahat; berukir 1. berhiaskan lukisan-lukisan dll yg dibuat dgn cara memahat (menggores, menoreh, dll): kerusi yg ~; 2. bergambar pd kulit tubuh dll (digores-gores dan diwarnai), bercacah; mukanya ~ mukanya bercacah; mengukir 1. membuat lukisan dll dgn cara memahat (menggores, menoreh, dll): dia asyik menarah dan ~ papan cengal tebal; 2. ki membentuk (senyuman), memperlihatkan, menampakkan (senyum dll): mulutnya ~ senyuman; ukir-mengukir perbuatan (kerja dsb) mengukir; mengukirkan 1. melukiskan sesuatu dgn memahat (menggores, menoreh, dll), melukis-kan dgn mengukir: dia sedang ~ lambang negara pd pintu besar bangunan itu; 2. meng-gambarkan sesuatu (peristiwa dsb) dgn indah: sejarah telah ~ kisah-kisah penting apabila masyarakat Islam mula dibangunkan di Madinah; 3. ki melekatkan (menyimpan) dlm hati: kenang-kenangan manis itu akan diukirkan dlm hati; terukir 1. sudah diukirkan: gambar pagoda Siam ~ di situ; 2. ki terbentuk, nampak, ter-dapat: di mukanya ~ senyum lebar menyambut kedatangan Mak Siti; ukiran 1. = ukir-ukiran sesuatu yg telah diukirkan, lukisan dll yg terukir: bangunan itu agak muram, dihiasi dgn ~ timbul yg tidak teratur letaknya; 2. hasil drpd mengukir, cara mengukir: bangsa Melayu mempunyai keseniannya sendiri spt ghazal, dondang sayang, barang-barang ~ emas, perak, tembaga, dan kayu; pengukiran perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengukir; pengukir 1. orang yg mengukir, juruukir; 2. alat yg digunakan utk mengukir (pahat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
eksperimentasi | (ékspérimentasi) perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) membuat atau melakukan eksperimen, biasanya dlm bidang seni spt seni lukis, seni teater dsb: fesyen ini merupakan ~ terhadap keupayaan pereka fesyen tempatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
drama | 1. karya yg dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau TV, sandiwara: mereka akan mengadakan pementasan ~ bersempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia; seni ~ seni mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas, dsb); 2. Id lakonan yg mengharukan (sedih); 3. ki situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora: suatu ~ tembak-menembak telah berlaku antara anggota polis dgn perompak-perompak itu; ~ bacaan drama yg lebih sesuai utk dibaca drpd dilakonkan; ~ komedi drama yg lucu; ~ muzikal drama dgn iringan muzik (nyanyian dan tarian); ~ pentas drama yg dilakonkan di atas pentas; ~ radio drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk menimbulkan kesan pd cerita; ~ rakyat drama yg mengisahkan cerita-cerita rakyat; ~ satira drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran; ~ televisyen drama yg dilakonkan utk ditayangkan di kaca televisyen; ~ wira drama yg mengisahkan keperwiraan atau keberanian seseorang pahlawan; berdrama 1. mengadakan pementasan drama (sandiwara), bersandiwara: mereka ~ utk mengutip derma bagi tabung persatuan; 2. ki bertutur atau bertingkah laku dgn agak berlebihan: apabila ramai orang di situ, mulailah dia ~; mendramakan menjadikan drama, mempersembahkan dlm bentuk drama: boleh juga diadakan acara-acara spt ~ sebahagian drpd kandungan buku, mendeklamasikan puisi, mengadakan peraduan bercerita, dsb; pendramaan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mendramakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesenian | segala sesuatu yg berkaitan dgn seni: ilmu ~ (seni) pengetahuan ttg seni secara umum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seni II | 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yg dicipta dgn bakat (kecekapan), hasil drpd sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan ~ tidak akan menarik perhatian orang yg paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yg indah-indah; ~ bahasa keindahan (susunan kata-kata) bahasa; ~ bina = ~ bangunan Id seni mengenai bangunan (penyediaan reka bentuk dan pe-nyeliaan pembinaan bangunan dsb); ~ drama seni mengenai lakonan pentas (sandiwara); ~ foto seni tentang pengambilan gambar dgn kamera dan penghasilan gambar; ~ halus cabang dan karya seni yg mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kpd peminatnya, spt lukisan, muzik, puisi dan ukiran; ~ jarum kecekapan atau seni tekat-menekat (sulam-menyulam, jahit-men-jahit); ~ kata susunan kata-kata yg indah (utk lagu dll); ~ khat seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau tulisan Jawi dgn gaya yg khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan yg indah-indah; ~ kraf tangan seni kemahiran pekerjaan tangan (spt ukir-mengukir, mem-buat barang-barang dgn kemahiran tangan, dsb); ~ kreatif apa sahaja seni yg dapat men-cipta sesuatu; ~ lakon seni drama; ~ lukis seni mengenai lukis-melukis; ~ murni seni mengenai penciptaan barang yg indah-indah (seni lukis, seni pahat, dll); ~ muzik seni mengenai muzik termasuk lagu; ~ pahat (ukir) seni mengenai pahat-memahat (spt membuat patung dll), kemahiran menghasilkan (mencipta) sesuatu dgn pahat; ~ rupa seni pahat dan seni lukis; ~ sastera seni mengenai karang-mengarang (prosa dan puisi); ~ silat seni mengenai bersilat atau berpencak; ~ suara seni mengenai suara atau bunyi (nyanyian, muzik, dll); ~ tari seni mengenai tari-menari; ~ ukir(an) seni atau kemahiran ukir-mengukir; berseni mempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni: tidak pula bermakna ia menghargai tulisan yg tidak ~; kesenian perihal seni, yg berkaitan dgn seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seni-man yg tahu menikmati ~ alam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seni rupa | seni pahat dan seni lukis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |