sensasi | /sénsasi/ 1 sesuatu kejadian, keadaan dsb yg menggemparkan atau yg menarik perhatian ramai, menimbulkan rasa ingin tahu dsb: Kisah itu menjadi satu ~ dan ramai yg memperkatakannya. 2 dpt menimbulkan kegemparan, menarik perhatian, menimbulkan rasa ingin tahu dsb: Berita yg ~ itu tersiar dlm beberapa buah majalah dan menjadi tajuk perbualan. mensensasikan menjadikan, menyiarkan dsb sesuatu (berita, kisah dll) dlm bentuk sensasi: Akhbar memang pandai ~ berita-berita begitu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sensasi | (sénsasi) 1. sesuatu (kejadian, keadaan, dll) yg menggemparkan atau yg membangkit-kan perasaan (menarik perhatian ramai, menimbulkan rasa ingin tahu yg kuat, dsb): ~ dicarinya, ~ dilakukannya dan disebarkan-nya ke seluruh masyarakat; 2. menimbulkan kegemparan (menjolok atau membangkitkan perasaan dll): berita-berita itu kebanyakan-nya tersiar di kota Medan oleh beberapa buah majalah yg ingin menyiarkan berita-berita ~; mensensasikan menyebabkan sesuatu per-kara (keadaan, peristiwa dsb) terutama laporan akhbar menjadi sensasi: akhbar memang gemar ~ tajuk sesuatu berita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehonaran | kegemparan, kerusuhan, kekacauan, sensasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mensensasikan | menjadikan, menyiarkan dsb sesuatu (berita, kisah dll) dlm bentuk sensasi: Akhbar memang pandai ~ berita-berita begitu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perapian | proses merapikan sesuatu: dgn kesan ~, Kao Merit baru meninggalkan suatu sensasi yg menyegarkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mensensasikan | menyebabkan sesuatu per-kara (keadaan, peristiwa dsb) terutama laporan akhbar menjadi sensasi: akhbar memang gemar ~ tajuk sesuatu berita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melodrama | (mélodrama) pementasan atau persembahan drama (sandiwara dll) yg banyak menunjukkan ciri atau episod penuh sensasi (sentimental, romantik, merawan hati, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
honar I | gempar, kacau, rusuh: suatu berita yg menimbulkan ~; menghonarkan menggemparkan, mengacaukan; kehonaran kegemparan, kerusuhan, kekacauan, sensasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabloid | surat khabar yg kecil sedikit saiz halamannya drpd surat khabar biasa (30 cm × 40 cm), yg lazimnya banyak menyiarkan gambar dgn beritanya tersiar secara sensasi utk menarik minat pembaca. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menonjol | 1. merupakan tonjol, berbenjol, berjendul: kelihatan jelas tulang-tulang ~ keluar; 2. menganjur (menjorok) keluar, menjenguk keluar, menjengul, menyembul: tiba-tiba kepalanya ~ keluar dr tingkap; ia ~ keluar tingkap melihat-lihat kalau-kalau ada orang datang; 3. kelihatan jelas mencolok mata, sangat nyata: yg segera ~ ialah sifat sensasi pengarang; nasihatnya tidak begitu ~ spt pengarang-pengarang Melayu; kesalahan-kesalahan yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |