berseorang | dgn cara seorang-seorang; seorang diri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berseorangan | dgn cara seorang-seorang; seorang diri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berseorang | 1. dgn cara seorang-seorang; pengajaran ~ pengajaran dgn cara seorang-seorang; 2. seorang diri: soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berseorangan | , berseorang 1. dgn cara seorang-seorang; pengajaran ~ pengajaran dgn cara seorang-seorang; 2. seorang diri: soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlarah-larahan | sl bertukar ganti (lepas seorang, seorang), berturut-turut: mereka minum beramai-ramai, bersulang-sulangan dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
larah I | ; berlarah-larahan sl bertukar ganti (lepas seorang, seorang), berturut-turut: mereka minum beramai-ramai, bersulang-sulangan dan ~; melarah mengambil giliran (utk menari dll); dilarah menari diajak menari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masing-masing | tiap-tiap orang tidak berhubungan dgn yg lain; seorang-seorang; sendiri-sendiri: Mereka sibuk dgn pekerjaan ~. ~ tidak mahu mengalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masing | ; masing-masing tiap-tiap orang tidak berhubungan dgn yg lain; seorang-seorang; sendiri-sendiri: Mereka sibuk dgn pekerjaan ~. ~ tidak mahu mengalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
usai | 1. sudah selesai (perayaan dll), berakhir, bubar: orang yg berjalan di jalan-jalan raya hanya seorang-seorang sahaja, panggung-panggung wayang sudah ~; 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut dll): dia membetul-betulkan rambutnya yg ~ dan sudah banyak putihnya; 3. sudah selesai (dikerjakan), beres, siap: Saufi meneruskan kerjanya hingga ~ lantas terus baring dgn melurus-luruskan kaki; 4. sudah lampau, sudah berlalu: suara auto tidak terdengar lagi dan pacu kuda sudah lama ~; mengusai 1. menjadi usai (perkumpulan dll), bercerai, bersurai, bubar: sekalian hadirin pun ~; 2. = mengusaikan menjadikan bercerai-berai (berselerak, bersepah-sepah), membongkar, mencerai-ceraikan, menguraikan (rambut dll): dibukanya almari itu, ia ~ baju-baju yg ada di dalamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demi | 1 dgn (atas) nama Tuhan dll utk bersumpah: ~ Allah, saya tidak melakukan pembunuhan itu. 2 lepas satu, satu: Direnungnya orang itu seorang ~ seorang utk mencari orang yg mencerobohi rumahnya. 3 kerana; untuk: ~ kepentingan rakyat, kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai projek. 4 sebaik-baik saja; selepas: Dia terus menangis ~ mendengar berita buruk itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |