rantau | 1 kawasan di sepanjang sungai: mengembara sepanjang ~; ceruk ~ di mana-mana saja. 2 negeri asing (bukan negeri sendiri): Sudah sepuluh tahun aku hidup di ~ orang. 3 daerah atau kawasan luas yg meliputi beberapa buah negara: Negara-negara Asean memperkuat pertahanan di ~ ini. merantau 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. perantauan 1 negeri lain tempat mencari penghidupan: Kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~. 2 perjalanan: Moga-moga engkau selamat dlm ~. perantau orang yg pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); orang asing (dlm sesebuah negara). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengambilan | 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepanjang pengambilan saya | sepanjang pengetahuan saya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rantau | 1 kawasan di sepanjang sungai: mengembara sepanjang ~; ceruk ~ di mana-mana saja 2 negeri asing (bukan negeri sendiri): Sudah sepuluh tahun aku hidup di ~ orang. 3 daerah atau kawasan yg luas yg meliputi beberapa buah negeri: Negara-negara Asean memperkuat pertahanan di ~ ini. merantau 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 Belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. perantauan 1 negeri lain tempat mencari penghidupan: Kalau layu selasih di kanan alamatnya aku sakit di ~. 2 perjalanan Moga-moga engkau selamat dlm ~. perantau orang yg pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); orang asing (dlm sesebuah negeri). | Kamus Pelajar |
penggalan | 1. keratan, potongan; 2. bahagian (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telusur | ; menelusur bergerak atau berjalan di sepanjang tepi jalan, sungai, dll: Pihak polis ~ di sepanjang sungai utk menjejaki bukti kejadian bunuh itu. menelusuri 1 mengikut sepanjang tepi jalan, sungai, dll: Mereka ~ sungai itu utk ke tempat yg dijanjikan. 2 menjejaki sesuatu peristiwa, cerita dsb: Mereka cuba ~ sejarah ttg peristiwa pahit itu. 3 mengikuti atau selaras dgn perkembangan atau kemajuan sesuatu: Kemajuan pendidikan sedang ~ era teknologi komunikasi yg serba canggih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suntuk | 1. sampai hadnya, telah habis waktunya (tempohnya), terlambat, terlewat: sia-sia sahajalah kalau ia singgah, tambahan pula masa telah ~, hampir pukul lima; tua ~ tidak mengaku dirinya tua; 2. selama, sepanjang, seluruh (hari, malam, dll); sehari ~ sepanjang hari; semalam ~ sepanjang malam; 3. Mn tidak panjang, pendek, picik, singkat; ~ akal pendek (singkat) akalnya; fikirannya ~ cetek pengetahuannya; tersuntuk tidak dapat bergerak (maju dll) lagi, terhalang, tertahan, tertumbuk atau tersundak kpd; kesuntukan perihal suntuk, kehabisan, kekurangan (wang dll), kesempitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepanjang | 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sepanjang tahun | selama setahun penuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepanjang | 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |