separa | tidak sepenuhnya atau tidak seluruhnya; sebahagian saja; separuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
separa | sebahagian sahaja, tidak sepenuhnya, separuh: ragum boleh diperbuat drpd keluli, ~ keluli atau besi tuang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
separa | tidak sepenuhnya atau tidak seluruhnya; sebahagian saja; separuh. | Kamus Pelajar |
gerhana separa | gerhana yg menyebabkan hanya sebahagian drpd permukaan bulan atau matahari terlindung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
yogurt | Makanan separa pejal yg disediakan melalui penapaian susu oleh bakteria (biasanya dibubuh perisa buah dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jeli petroleum | campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bes lemah | bes yg tercerai separa menjadi ion di dlm larutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peniup kaca | orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ombudsman | (Udg) pegawai atau badan rasmi ataupun separa rasmi yg bertanggungjawab menerima dan menyiasat aduan drpd orang ramai yg tidak berpuas hati dgn apa-apa perkara yg berkaitan dgn jentera kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kubisme | (S.Lukis) gaya seni lukis moden separa abstrak yg menggambarkan sesuatu objek dlm bentuk geometri tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |