Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Peribahasa

Berpesan berturuti,
     harap ada percaya tidak.

Bermaksud :

Mempercayai sesuatu kepada seseorang tetapi tidak dengan sepenuh hati.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersungguh-sungguhbekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersungguh-sungguhbekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun.Kamus Pelajar
tawakalberserah kpd Tuhan setelah ber­ikhtiar, percaya dgn sepenuh hati kpd Tuhan (dlm penderitaan, kesusahan, dll): fikirannya menjadi amat sabar, ~ dan menyerah; habis akal baru ~ sesudah dijalankan ikhtiar (dan jika tidak berjaya) barulah berserah kpd Allah; bertawakal berserah kpd Tuhan setelah ber-ikhtiar, tawakal: manusia hanya perlu ber-usaha, bersabar dan ~, pesan Ustaz Aminudin; ketawakalan keadaan tawakal: hal tersebut diandaikan sbg suatu ~ kpd kekuasaan Allah.Kamus Dewan Edisi Keempat
sungguh bersungguh-sungguh bekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun.Kamus Pelajar
jangan tidaka) mesti, tidak boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (mem­buat sesuatu pekerjaan dsb), acuh tak acuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
dgn tunggal hatidgn sepenuh hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggal2 tidak berbelah bagi; dgn sepenuh-penuhnya (ttg perasaan, fikiran dll): dgn ~ hati dgn sepenuh hati.Kamus Pelajar
khusyukAr 1. dgn penuh minat atau sepenuh hati (ketika mendengar atau berbuat sesuatu), dgn sungguh-sungguh (ketika berbuat ibadat dll), dgn menumpukan perhatian dan minat yg sepenuhnya (kpd sesuatu): ahli jemaah sedang duduk dgn ~ mendengar bang; mereka sedang ~ bersembahyang; 2. (dgn) kerendahan hati (diri): manusia akan menghadap Tuhan dgn penuh hormat, ~ dan tawaduk; 3. Jk niat, tujuan, kasad; mengkhusyukkan menjadikan seseorang khusyuk: suasana malam yg sunyi itu sangat ~; kekhusyukan perihal atau keadaan khusyuk (ketika bersembahyang, berdoa, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
lahir1. yg (kelihatan) di luar: kasih sayang yg ~; pd ~nya, ia sihat tetapi sebenarnya ia berpenyakit; ~ batin yg kelihatan dan yg tidak kelihatan, luar dalam, sepenuh hati; 2. berupa benda yg nyata, jasmani, maujud, keduniaan: perbezaan antara bentuk prosa dan puisi tidak terletak pd bentuk ~ sahaja, malahan pd batin; pengetahuan ~; 3. keluar dr kandungan (ibu dll), jadi, terbit: sejak dr ~nya lagi, dia bersifat begitu; hari ~ hari ketika seseorang itu diperanakkan; ~ mati (kanak­-kanak yg) mati ketika lahir; di ~ serupa tidak, di batin menggunting angin prb orang yg menyembunyikan tabiat yg sebenarnya (tidak jujur); yg ~ menunjukkan yg batin prb drpd gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu ketahuan isi hatinya; melahirkan 1. mengeluarkan perasaan (per­kataan, fikiran, dll), meluahkan: yg penting pd pengarang ialah ~ berbagai-bagai perasaan sehingga pembaca tertarik kpd tulisannya; marahnya sekadar dlm hatinya sahaja, tidak dilahirkan; 2. mengeluarkan anak (dr kandungan), beranak, bersalin: ia hendak pulang ke kampung utk ~ anaknya di sana; 3. mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan: berlainan edisi akan ~ berlainan jalan cerita; terlahir 1. keluar (dr), terkeluar: sesuatu yg tidak direlakannya ~ dr mulut ibunya; 2. lahir (anak); kelahiran 1. perihal keluar dr kandungan ibu, lahirnya (anak): pd saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; 2. (sesuatu) yg berkaitan dgn perihal lahir: hari ~; 3. perihal keluar (terbit dsb), terhasilnya: sejambak bunga haruslah dihadiahkan kpd usaha gigih penyusunnya dan sekali gus kpd Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memung­kinkan ~ antologi ini; dlm bulan April tahun ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita; pelahiran perihal atau perbuatan melahir­kan: ~ golongan-golongan tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggal1 tidak ada yg lain lagi; hanya satu: anak ~ anak yg seorang saja; wakil ~ wakil yg hanya satu. 2 tidak berbelah bagi; dgn sepenuh-penuhnya (ttg perasaan, fikiran dll): dgn ~ hati dgn sepenuh hati. menunggalkan 1 menjadikan satu. 2 membulatkan menjadi satu: ~ fikiran membulatkan atau memusatkan fikiran. ketunggalan 1 keadaan tunggal; keesaan. 2 kebulatan fikiran dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas