seperkara lagi (pula) | satu hal lagi, tambahan lagi: ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seperkara | ; ~ lagi (pula) satu hal lagi, tambahan lagi: ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simbolisme | 1. penggunaan simbol (lambang) utk melahirkan atau menyampaikan sesuatu; 2. simbol(-simbol) atau lambang(-lambang) utk melahirkan sesuatu: seperkara yg begitu menonjol dlm tiga buah sajaknya yg lain ialah unsur ~, meskipun lambang-lambang yg diterapkan bukanlah baru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkara I | 1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dll), fasal, hal: sbg pengurus syarikat, banyak ~ yg harus diselesaikannya; Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengandungi seratus sebelas ~ yg pendek-pendek; ~ belakang urusan yg boleh diselesaikan kemudian; ~ besar hal yg penting; ~ kecil hal yg tidak penting (tidak sukar); habis ~ sudah beres segala-galanya (tidak ada yg hendak diuruskan lagi); 2. kejadian, peristiwa: wartawan yg memberikan ~ kemalangan itu sempat juga mengambil gambar; 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah, dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa: beberapa ~ menerima rasuah sedang disiasat oleh jabatan itu; masih dalam ~ sedang dibicarakan (oleh mahkamah); 4. bp berkenaan dgn, mengenai, tentang hal: lupakan sajalah dahulu ~ hutangnya yg belum selesai itu; 5. bp disebabkan oleh, kerana: ~ perempuanlah mereka berdua itu bergaduh; seperkara; ~ lagi (pula) satu hal lagi, tambahan lagi: ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman; berperkara 1. mempunyai perkara (urusan); 2. sedang dibicarakan (diadili); memperkarai ark menjadikan perkara (kes), membawa ke mahkamah; memperkarakan 1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili: kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan; 2. menjadikan perselisihan (pertengkaran, pergaduhan), mempertengkarkan, mendebatkan: tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |