sepermainan | sama-sama bermain: kami ~ semasa kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakanan | rakanan 1. sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll): kanak-kanak yg menjadi ~ sepermainan anaknya; 2. kawan dlm sebuah perkongsian (persatuan, persekutuan, jabatan, dll) atau sesuatu kegiatan: ~ sejawat; ~ niaga; ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb); ~ masjid program yg bertujuan utk melibatkan orang ramai dlm pelbagai aktiviti peribadatan dan pendidikan keagamaan yg dijalankan di masjid; ~ muda program utk membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji spt berdisplin, bertanggungjawab, amanah, bermotivasi dan berdaya maju; ~ sejawat = ~ sejawatan orang yg sejajar kedudukan, jawatan, fungsi, atau tugasnya dgn orang lain (di tempat kerja, antara kementerian, antara negara, dsb); ~ sekerja orang yg bekerja setempat dgn seseorang, spt dlm sesuatu bahagian, jabatan, dsb; ~ sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan; ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb); ~ masjid program yg bertujuan utk melibatkan orang ramai dlm pelbagai aktiviti peribadatan dan pendidikan keagamaan yg dijalankan di masjid; ~ muda program utk membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji spt berdisplin, bertanggungjawab, amanah, bermotivasi dan berdaya maju; ~ sejawat = ~ sejawatan orang yg sejajar kedudukan, jawatan, fungsi, atau tugasnya dgn orang lain (di tempat kerja, antara kementerian, antara negara, dsb); ~ sekerja orang yg bekerja setempat dgn seseorang, spt dlm sesuatu bahagian, jabatan, dsb; ~ sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakan I | = rakanan 1. sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll): kanak-kanak yg menjadi ~ sepermainan anaknya; 2. kawan dlm sebuah perkongsian (persatuan, persekutuan, jabatan, dll) atau sesuatu kegiatan: ~ sejawat; ~ niaga; ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb); ~ masjid program yg bertujuan utk melibatkan orang ramai dlm pelbagai aktiviti peribadatan dan pendidikan keagamaan yg dijalankan di masjid; ~ muda program utk membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji spt berdisplin, bertanggungjawab, amanah, bermotivasi dan berdaya maju; ~ sejawat = ~ sejawatan orang yg sejajar kedudukan, jawatan, fungsi, atau tugasnya dgn orang lain (di tempat kerja, antara kementerian, antara negara, dsb); ~ sekerja orang yg bekerja setempat dgn seseorang, spt dlm sesuatu bahagian, jabatan, dsb; ~ sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan; ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb); ~ masjid program y | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakan sepermainan | rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan (biasanya dlm permainan semasa zaman kanak-kanak). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rakan sepermainan | rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakan | orang yg dikenal rapat; sahabat; teman; kawan. ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb). ~ muda program utk membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji spt berdisiplin, bertanggungjawab, amanah dan berdaya maju. ~ sekerja orang yg menjadi rakan kerja, terutamanya dlm sesuatu jabatan, profesion dsb. ~ sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan (biasanya dlm permainan semasa zaman kanak-kanak). berakan bersahabat; berteman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saudara | 1. orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat (sekutu, segolongan, dll): ~ sekampung; 4. kawan, sahabat, teman: ~ sepermainan; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yg digunakan ter-utamanya pd lelaki: ~, boleh saya tumpang bertanya? 6. tembuni, uri (yg keluar meng-iringi bayi yg lahir); 7. ki sesuatu yg hampir sama (keadaan, sifat, dll): menipu itu ~ mencuri; ~ angkat orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang atau yg diakui sbg saudara sendiri; ~ anjing saudara seibu tetapi berlainan bapa; ~ baru (panggilan yg ditujukan kpd) orang yg baru memeluk agama Islam; ~ bau bacang (embacang) saudara yg telah jauh pertaliannya; ~ belahan saudara yg sama nenek moyangnya; ~ daging semua kaum keluarga jauh dan dekat; ~ dekat = ~ rapat saudara yg masih dekat; ~ dua pupu saudara yg datuk atau neneknya adik-beradik; ~ jauh = ~ renggang saudara yg telah jauh; ~ kandung (sekandung) saudara sendiri, saudara seibu sebapa; ~ kembar adik-beradik yg dilahirkan sbg anak kembar; ~-mara semua kaum keluarga (jauh dan dekat); ~ pungut saudara angkat; ~ pupu saudara yg masih dekat; ~ sejalan sejadi saudara yg sama ibu bapanya, saudara kandung; ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang (berusaha, berjerih payah) utk sesuatu; ~ sepupu saudara yg datuk atau neneknya sama; ~ susu = ~ susuan = ~ setetek saudara yg bukan saudara sendiri tetapi menyusu pd perempuan yg sama; ~ tiri a) anak ibu atau bapa tiri; b) Id saudara drpd bapa (ibu) yg sama tetapi ibu (bapa) yg berlainan; bersaudara 1. mempunyai saudara: aku tidak ~ dan tidak berkeluarga; 2. adik-beradik: maka datang pula raja beruk empat ~; 3. ki mempunyai sifat (keadaan dll) yg hampir serupa: bakteria ialah sejenis tumbuhan yg ~ rapat dgn kulat; badan ~, emas takkan ~, kasih saudara sama ada prb bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dgn mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda; saudara-bersaudara sl sesama saudara, adik-beradik: apa kerja kita berkelahi ~? bersaudarakan mempunyai (seseorang) sbg saudara: dia lebih rela ~ orang miskin drpd saudara-saudaranya yg hidup mewah dan angkuh itu; mempersaudarakan menjadikan (spt) ber-saudara: anakanda ini ayahanda persaudara-kan dgn anak ayahanda sekalian ini; persaudaraan perihal bersaudara, perhu-bungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
main I | 1. sesuatu yg dilakukan utk bersenangsenang atau bersuka-suka (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): ~ bola; ~ gasing; ~ guli; ~ jongkang-jongket; ~ tenis; 2. = bermain berbuat sesuatu utk menyukakan atau menyenangkan hati (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): jangan ~ di tengah hujan nanti demam; 3. bp melakukan sesuatu dgn sesuka hati (tidak bersungguh-sungguh, sewenang-wenang): dia kini telah pandai ~-~ sabar; 4. berjudi: ~ judi; ~ tikam ekor; 5. mempertunjukkan wayang (sandiwara dll); 6. Id bp bekerja (utk mencari nafkah); 7. sl kebijaksanaan (dlm mengerjakan sesuatu), kepandaian, muslihat: tiada mengapa, lihatkan juga oleh sau-daraku ~ si Tuah dgn seterusnya; ~ angin selalu berubah (berputar belit) percakapannya; ~ gila berkelakuan (berbuat sesuatu) tidak senonoh atau kurang sopan; ~ kasar bp bertindak atau bercakap kasar; ~ kayu = ~ muda bp bersuka-sukaan (berseronok-seronok) dgn perempuan; ~ kayu tiga berpura-pura berbuat baik dgn tujuan berbuat jahat; ~ mata a) mengerling-ngerling (menjelingkan) mata; b) memberi isyarat dgn mata; ~ pantai sj perayaan memuja pantai; ~ pe-rempuan bermukah dgn perempuan; ~ re-butan berebut hadiah yg digantungkan pd tiang yg dilicinkan; ~ siku (sikut) a) menyinggung dgn siku; b) menipu dll ke sana sini; ~ sunglap a) main silap mata; b) mengenakan tipu muslihat (kpd), memperdaya; ~ tangan memukul dgn tangan; ~ tempel bp meminta pertolongan kpd orang yg berkuasa; ~ undi a) main loteri; b) ark main dadu; bukan ~ sungguh, sangat; bermain 1. melakukan sesuatu utk bersenang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan mengganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan menggunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) perempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; bermain-main 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguhsungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja; memainkan 1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan nyanyian dgn bunyibunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan alat bunyi-bunyian: budak itu telah pandai ~ piano; 4. menayangkan (wayang dll): filem ini pernah dimainkan tahun lepas; 5. melakonkan (sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; 6. memegang peranan sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak ayah dlm drama itu; ~ peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil bahagian dlm; mempermainkan, memain-mainkan 1. bermain-main dgn, menggunakan sesuatu utk bermain-main (sbg permainan): ia tunduk dan jarinya kelihatan sedang memain-mainkan tepi tikar mengkuang; datuk itu bermisai panjang, tiada lepas tangannya dr misai, dimain-mainkannya; 2. memperlakukan utk bersenang-senang (mencari untung dll): jangan ~ anak gadis orang; mereka dipermainkan sahaja oleh majikan mereka; 3. memainkan (sandiwara, wayang, dll): Dalang Surung Rana pun berhenti di bawah pohon beringin, serta ~ wayangnya; 4. memperolok-olokkan, mempersendakan, menyindir-nyindir, mengeji-ngeji: maka ba-nyaklah tingkah lakunya yg jenaka di-permainkan oleh orang kampung akan dia; awak banyak dosa, awak selalu ~ Islam; mainan, main-mainan 1. benda yg digunakan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anak-nya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg kelihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~;3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajar-lah dibantu dgn ilmu; permain sl teman bermain, orang yg menyukakan hati orang lain (dlm istana dll): kanak-kanak itu diambil akan ~ supaya ramai istana hamba; maka ada seorang budak bongkok ~ mandudari, maka budak bongkok itu dipanah Seri Rama; permainan 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan bermain (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadikan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (memakai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; sepermainan sama-sama bermain: kami ~ semasa kecil; pemain 1. orang yg bermain (bola, piano, dll), pelakon (drama dll): ~ biola; 2. orang yg suka bermain judi: wang permulaan di-terima lebih banyak drpd yg biasa, yg ~ boleh bermain di tikar judi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |