sepuh | 1 menuakan warna emas dgn mencelupkannya ke dlm campuran tawas, garam dsb. | Kamus Pelajar |
sepuh | 1 campuran tawas, garam dll utk menuakan warna emas. 2 lapisan logam yg tipis pd logam lain; sadur. 3 cara mengeraskan besi (pisau, cangkul dll) dgn membakarnya dan mencelupkannya ke dlm air. bersepuh berlapis atau bersadur dgn sesuatu. menyepuh 1 menuakan warna emas dgn mencelupkannya ke dlm campuran tawas, garam dsb. 2 menyalut sesuatu logam dgn logam lain; menyadur. 3 mengeraskan besi dgn membakarnya dan mencelupkannya ke dlm air. ~ lindap memanaskan logam (kaca dll) dan menyejukkannya perlahan-lahan supaya bahan tsb menjadi keras dan tidak rapuh. sepuhan sesuatu yg disepuh; hasil drpd menyepuh; saduran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sepuh II | 1. sj tumbuhan (pokok kecil yg biasa dijadikan kayu api), kecapi, tumbit kayu, Allophylus fulvinervis; 2. = ~ puteri sj tum-buhan (pokok), kedi, leban condong, melampai bukit, mengkedi, Engelhardtia nudiflora; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), derumun babi (hitam), medang keli (manih, musang, tanjung), Elaeocarpus petiolatus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepuh | 1 campuran tawas, garam dll utk menuakan warna 2 lapisan logam yg tipis pd logam lain; sadur. | Kamus Pelajar |
sepuh I | 1. campuran (drpd tawas, sendawa, garam, dll) utk menuakan warna emas; 2. lapisan logam (yg nipis) pd logam yg lain, sadur: ~ emas; 3. cara mengeraskan besi (pisau, cangkul, dll) dgn membakarnya dan kemudian mencelupkannya ke dlm air; 4. Jk pewarna (pencelup) kuih; hilang ~ tampak senam prb ketahuan kejahatannya (sesudah terbuka rahsianya); 5. bahan yg disapukan pd seramik dll utk menjadikannya licin dan berkilat; bersepuh berlapis atau bersadur dgn: di kepalanya ada bunga sanggul drpd perak ~ emas; menyepuh 1. menuakan warna emas dgn mencelupkannya ke dlm cairan tertentu (spt campuran sendawa, tawas, garam, dll); 2. melapiskan sesuatu logam dgn logam yg lain, menyadur; 3. mengeraskan besi dll dgn membakar dan kemudian mencelupkannya ke dlm air; 4. Jk mewarnai kuih (dgn pen-celup); spt emas baharu disepuh prb peri keelokan seseorang perempuan; tersepuh sudah disepuh atau disadur: maka turun dewa dr keinderaan merupakan dirinya seekor lembu putih spt perak yg sudah ~; spt emas yg sudah ~ prb paras yg elok; sepuhan sesuatu yg telah disepuh, saduran; penyepuh air dll utk mencelupkan barang yg hendak disepuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senam II | 1 warna biru tua atau biru kehitam-hitaman: Airnya ~ alamat dalam. 2 warna asal pd barang-barang yg disadur: Hilang sepuh tampak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senam II | 1. warna biru tua atau biru kehitam-hitaman: airnya keruh bagai air kerak, warna-nya ~ alamat dalam; 2. ark biru pucat; 3. warna asal (pd barang-barang yg disadur); hilang sepuh nampak ~ prb sesudah terbuka rahsia, diketahui kejahatan (kekurangannya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sadur | lapisan (salutan) logam yg nipis pd logam lain, sepuh;~ elektrik sadur yg dibuat dgn elektrik; ~ timah sadur drpd timah; sbg ~ menimbulkan senam prb kelihatan keadaan yg sebenarnya; bersadur bersalut atau berlapis (logam); menyadur 1. menyalut (melapis) dgn logam (emas, timah, dll), menyepuh: kasa dawai dibuat drpd dawai besi yg disadur dgn timah; 2. mengarang atau mengolah kembali cerita dll yg isinya diambil drpd cerita lain: hingga sekarang pun masih ada pengarang yg ~ cerita-cerita drpd bahasa asing; 3. mengolah kembali (hasil penyelidikan dll), mengikhtisarkan; laksana barang yg disadur prb tidak tahan uji; saduran 1. sesuatu yg disadur (emas dll), sepuhan, lapisan (emas dll); 2. ki cerita yg isinya (pokoknya) diambil drpd cerita lain: terjemahan berbeza drpd ~; 3. hasil peng-olahan (drpd penyelidikan dll), ikhtisar; penyaduran perbuatan menyadur; penyadur 1. alat utk menyadur; 2. orang yg menyadur (meniru dll): sering kali ~-~ dgn sengaja atau tidak sengaja menyimpang drpd naskhah asalnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hilang | 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suaranya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemudian drpd makzulnya sembilan tahun, setelah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ dicari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk berganti kijang emas prb perempuan yg bercerai dgn suaminya yg hina kemudian berkahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan seseorang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb perbuatan baik atau jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani melakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikamnya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, kematian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang sesuatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, penghapusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: seteguk air ~ dahaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |