Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
serampang
1. Rujuk senjata

2. Bersinonim dengan garpu makan.



Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
serampang I1. sj tombak yg bercabang hujungnya (utk senjata, menangkap ikan, dll); 2. garpu makan; ~ dua mata a) ki sesuatu dasar, program, dsb yg mempunyai dua matlamat, kepentingan, objektif, dsb; b) prb orang yg menyebelahi dua pihak yg berlawanan; ikan biar dapat, ~ jangan pokah prb maksud biar tercapai tetapi jangan kerugian; menyerampang menikam dgn serampang (kpd musuh, ikan, dll); terserampang tertikam dgn serampang, kena serampangKamus Dewan Edisi Keempat
serampang III; menyerampang 1. membaling sesuatu (spt kayu dll) hampir dgn paras tanah; 2. bp menyerang (melanggar, merempuh) dgn sesuka hati sahaja, melakukan sesuatu dgn membabi buta sahaja, merambang; 3. bp mengambil dgn sewenang-wenang, mencuri, menyerobot; serampangan dgn sewenang-wenang sahaja, tidak berfikir panjang lagi (melakukan sesuatu dll), membabi buta: antara penulis-penulis kita, terdapat sikap yg melulu dan ~ sahaja dlm mempergunakan bahasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
serampang IIMn; terserampang 1. tersang-kut (terlekat, tertahan) pd, terkait; 2. ki ter-sekat, terhenti, tertahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
candat1. sauh yg bercabang banyak; 2. sj serampang utk menikam sotong (ikan); 3. sj kail yg banyak matanya; mencandat menangkap sotong dgn candat: ~ sotong.Kamus Dewan Edisi Keempat
strategi(stratégi) 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikansj binatang yg hidup dlm air dan bernafas melalui insang (bertulang belakang); ~ air tawar ikan yg hidup di dlm air tawar (spt sungai, paya, dll); ~ asap ikan yg diasinkan dan dipanggang; ~ asin = ~ masin ikan yg dibubuh garam dan dikeringkan; ~ bakar ikan panggang; ~ basah ikan yg tidak diawet; ~ belukang (bedukang) a) sj ikan laut; b) ki laki-laki yg suka memburu perempuan (tidak memilih bulu); ~ cabut Kl ikan yg dibahagi-bahagikan antara anak perahu (selain yg dijual); ~ darat ikan air tawar; ~ juara a) sj ikan darat; b) Kl, ki orang yg suka menyampuk percakapan orang lain (yg tidak kena-mengena dengannya); ~ kering ikan yg dikeringkan (dijemur) dan biasanya diasinkan; ~ laut ikan yg hidup di laut; ~ pekasam ikan yg dibubuhi garam dan asam dan disimpan agak lama; ~ pelaga = ~ sepilai = ~ tempilai sj ikan kecil utk diperlagakan; ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api; ~ belum dapat, airnya sudah keruh prb pekerjaan yg tidak bijaksana (keadaan menjadi buruk sebelum pekerjaan itu selesai); ~ biar dapat, serampang jangan pukah prb pekerjaan yg dibuat itu hendaklah mendapat faedah supaya jerih payah jangan hilang percuma; ~ di laut, asam di darat, bertemu juga dlm belanga prb biarpun tinggal berjauhan negeri, kalau ada jodoh akan menjadi suami isteri juga; ~ gantung, kucing tunggu prb kesal melihat barang yg diingini tetapi tidak mungkin diperoleh; ~ lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan prb membuat persediaan utk mengecap hasil drpd sesuatu perkara yg belum tentu akan diperoleh; ~ seekor rosakkan ~ setajau = sekembu rosak oleh ~ seekor prb sebab yg sedikit habis rosak yg banyak; ~ terkilat, jala tiba prb cepat menangkap maksud cakap orang (sebelum habis diperkatakan sudah dapat dijawab); ada air adalah ~ prb ada negeri adalah rakyatnya; anak-anak ~ kecil menjadi makanan ~ besar prb orang kecil (rakyat biasa) selalu di bawah perintah orang besar-besar; bagai ~ kena tuba prb banyak orang yg sakit atau mati dlm sesebuah kampung (negeri); dituba sajakah ~ dijala, dijaring bukankah ~? prb pd orang yg tidak malu sama saja bernikah atau berjahat; jangan disangka ~ lais-lais tiada menyengat prb jangan dipermudah-mudahkan orang yg lemah, ada kalanya ia dapat menyusahkan orang yg kuat; spt ~ pulang ke lubuk prb orang yg telah balik ke tempat asalnya payahlah hendak berdagang semula; terkilat ~ di dlm air sudah tahu jantan betinanya prb orang yg bijaksana dapat mengetahui maksud (dalam dangkalnya ilmu) seseorang itu drpd gerak-geri; tersaukkan ~, suka, tersaukkan batang, masam prb bersuka ria ketika mendapat untung tetapi lekas marah ketika mendapat kerugian; ular bukan, ~ pun bukan prb seseorang yg payah hendak ditentukan sama ada ia baik atau jahat; walau ~ yg diam di dlm tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dlm pukat juga prb sepandai-pandai atau sekuat-kuat manusia, ada kalanya silap juga; berikan 1. mempunyai ikan; 2. mencari atau menangkap ikan; pergi ~ pergi mencari ikan; perikanan urusan (penangkapan, pemeliharaan) ikan; pengikan Mn suka makan ikan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas