Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : serangan secara bersem­bunyi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : serang hendap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : serangan atau serbuan terhadap pihak lain atau musuh, yg dibuat dgn tiba-tiba setelah menghendap dan menunggu buat beberapa ketika. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serang
Kata Terbitan : menyerang, serangan, penyerangan, penyerang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
serang hendap, = serangan hendap serangan atau serbuan terhadap pihak lain atau musuh, yg dibuat dgn tiba-tiba setelah menghendap dan menunggu buat beberapa ketika. menyerang hendap menyerang pihak lain atau musuh dgn tiba-tiba setelah meng­hendap dan menunggu buat be­berapa ketika: Pasukan per­tahanan akan ~ pihak musuh. penyerang hendap orang atau pihak yg melakukan serang hendap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serangan hendapserangan atau serbuan terhadap pihak lain atau musuh, yg dibuat dgn tiba-tiba setelah menghendap dan menunggu buat beberapa ketika.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serangan hendapserangan secara bersem­bunyi;Kamus Dewan Edisi Keempat
serangan hendapserang hendap;Kamus Dewan Edisi Keempat
terkorbanterbunuh, termusnah (kepenti­ngan dll): sepuluh orang askar telah ~ dlm serangan hendap itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
turut1. pergi bersama: saya ~ ke mana dia pergi; 2. bersama-sama melakukan (ditimpa dll) sesuatu, tidak terkecuali drpd (sesuatu kejadian, perbuatan, dll), ikut serta: Ahmad yg ~ terbunuh oleh serangan hendap itu baru semalam ditemui mayatnya; ~ serta bersama-sama mengikuti (melibatkan diri dalam, melakukan, dll) sesuatu; 3. patuh kpd (undang-undang, janji, dll), taat kpd: sekiranya kamu ~ akan nasihat ini berbahagialah kamu; ~ campur mencampuri urusan atau hal orang lain; ~ serta ikut serta (melakukan sesuatu dll); pak ~ orang yg sentiasa mengikut (meniru dll) orang lain; seturut 1. sepanjang (yg dihebahkan, dicerita-kan, dll); 2. tidak bersalahan dgn, sesuai dgn (adat dll), selaras dgn; 3. langsung selepas, sebaik sahaja: Bujal menggeleng kepala ~ dgn keluhannya; berturut bersusun mengikut peraturan, berikutan dgn teratur (tidak ada antara): cari dua angka ganjil yg ~ dgn syarat selisih di antara ganda dua satu angka dgn yg lain itu 48; berturut-turut, berturutan 1. tidak ber-antara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~; berturuti Mn dipercayai dan dipakai (per-cakapan dll), diikuti (nasihat dll), dipatuhi; menurut 1. berjalan dll mengikut jalan (garis, hala, dll) yg tertentu, tidak menyim­pang dr jalan dll yg tertentu: ~ jalan yg benar; 2. mencontohi (perbuatan orang lain dll), meneladan, meniru: telah dilihat oleh Cina, diturutnya, sebab itulah maka Cina gemar makan kangkung sampai sekarang; 3. mengikut apa yg disuruh (diperintah dll), tidak melawan, patuh kpd: maka segala orang itu pun semuanya ~ spt kata penghulunya; 4. meluluskan (permintaan, kehendak, dll), memenuhi (syarat, ketentuan, dll), menyam-paikan (harapan dll): Balzac tidak akan dapat melahirkan karya-karyanya yg agung itu jika ia ~ kehendak orang tuanya utk bertugas sbg seorang ahli undang-undang; 5. mengikut (berjalan dll), meng­ekori (dr belakang): dia berjalan menuju ruangan yg di sebelah barat bangunan, aku ~nya dr belakang; 6. spt yg dikhabarkan (diberitakan, dihebahkan, dll), sepanjang (berita dll): ~ yg diketahui sebanyak satu suku juta ringgit harga saham telah terjual; 7. sesuai dgn, tidak bertentangan dgn, tidak melanggar (syarat dll), selaras dgn: hari ini ~ pendapat orang alim ialah hari yg baik; 8. tidak bersalahan drpd, serupa dgn: rupanya ~ rupa neneknya; 9. ikut serta (melakukan sesuatu dll), turut serta: Sultan Mansor Shah pun ~ menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana; 10. bergantung pd: maju mun­dur­nya dlm pelajarannya ~ kerajinan-nya; ~ lagu mengikut irama atau rentak lagu; ~ pusingan jam mengikut arah pusingan jarum jam; turut-menurut 1. saling menurut, ikut-mengikut, tidak tentang-menentang; 2. ark menurut sahaja (fikiran orang dll), ikut-ikutan; menuruti 1. mengikut dr belakang, meng-ekori, mengikut: Ismail berganding dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta, Bibah ~ mereka dr belakang dgn wajah usang; 2. tidak menegah (melarang), meluluskan (pem-berian dll), memberi: diturutinya sahaja ke-mahuan cahaya matanya yg tunggal itu; 3. menurut akan (nasihat dll), tidak menentang, mematuhi: ia ~ kehendak suaminya; 4. men-jadikan sesuatu sbg contoh (teladan), mencontohi: jangan dituruti, kerana ia orang yg tidak tahu bahasa; menurutkan 1. mengikut (berjalan dll) di belakang sesuatu, mengiringkan: mereka berjalan ~ orang tua mereka; 2. tidak mene-gahkan (melarangkan), mengikut (kehendak hati dll), melayani, memberi: dr satu bandar ke satu bandar yg lain dia berpindah-pindah ~ hati; 3. mendasarkan pd, menjadikan sbg dasar: kerendahan budi selama ini hanya diperintahi oleh perasaan hati, tidak ~ per-timbangan yg adil; memperturut sl mengejar dr belakang, menghambat: berundurlah mereka balik ke perkhemahannya diperturut oleh tentera Kembayat; memperturutkan 1. membiarkan bersama-sama (melakukan sesuatu dll), membiarkan turut, tidak mengecualikan; 2. tidak melarang-kan (menegahkan), mengikuti (kemahuan, ke-hendak, dll), mematuhi, menurutkan: sekali-kali jangan diperturutkan rasa kecewa, yg mungkin menjadikan orang putus asa; 3. = memperturut-turutkan melakukan sesuatu berkali-kali, mempertubi-tubi: perajurit itu pun segeralah berlari-lari serta menikam dada Tun Tuah, diperturut-turutkannya tikaman itu; turutan 1. = turut-turutan sesuatu yg diturut (dicontohi, diikuti, dll), contoh, teladan: maka iaitu patutlah menjadi ~ dan teladan bagi segala orang yg terkemudian; 2. yg berturut-turut (berikut-ikut); 3. yg ikut atau turut (bersama); orang ~ orang yg turut (ikut); turut-turutan 1. sesuatu yg diturut, contoh, teladan, turutan; 2. selalu menurut (kata dll) orang lain, ikut-ikutan: dia tidak mahu menjadi petani ~; perturutan 1. perihal berturut-turut (beruntun-runtun); 2. kelanjutan; seperturutan sl sama perbuatan (kelakuan dll) dgn, mengikut-ikut orang lain: jika engkau ~ dgn dia, engkau pun terbawa-bawa; penurut 1. tidak membantah (melawan dll), suka menurut, patuh, taat; 2. orang yg meng-ikut, pengikut.Kamus Dewan Edisi Keempat
makam II1. kubur (digunakan utk orang yg dihormati spt nabi, para wali, keluarga diraja, dsb): pd hari Jumaat yg lalu, Sultan pergi menziarahi ~ ayahandanya; 2. = permakaman perkuburan: mayat askar-askar yg terkorban dlm serangan hendap itu dikebumikan di ~ pahlawan; M~ Nabi Ibrahim bekas tapak kaki Nabi Ibrahim berhampiran dgn Kaabah, iaitu salah satu tempat yg doa pengunjungnya mustajab; memakamkan menanam mayat, menge­bumikan, menguburkan: istiadat ~ jenazah Sultan; pemakaman perihal memakamkan, pengu­buran: ~ Tok Engku telah dijalankan dgn penuh istiadatKamus Dewan Edisi Keempat
serang hendaptindakan menyerang atau menyerbu secara tiba-tiba terhadap musuh setelah menunggu dan menghendapnya di tempat yg tersembunyi: lanun itu tidak menyangka sama sekali ia terkena ~; menyerang hendap menyerang seseorang (musuh, lawan dsb) dgn tiba-tiba setelah menghendap dan menunggu beberapa ketika di tempat tersembunyi: pasukan keselamatan telah mengatur rancangan utk ~ pihak musuh; serangan hendap serang hendap; penyerang hendap pihak (orang atau kum-pulan) yg melakukan serang hendap.Kamus Dewan Edisi Keempat
hendap; serangan ~ serangan secara bersem­bunyi; menghendap merendahkan diri (membong­kok dsb) atau menyembunyikan diri (me­nyorok) supaya tidak kelihatan (dgn maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb menyem­bunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang; menghendapkan menyembunyikan supaya tidak diketahui orang, menyorokkan, meng­gelap­kan (wang dll); terhendap-hendap terbongkok-bongkok (kerana hendak bersembunyi, mengintai, dll), tersorok-sorok: ketika ia sedang ~ ia dilihat oleh askar-askar peronda.Kamus Dewan Edisi Keempat
korbanAr 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~; 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan; 3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll): kerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~; 4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa: kau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~; 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa; berkorban 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; mengorbankan 1. mempersembahkan sbg korban: ada orang Cina yg ~ makanan kpd topekong; 2. menyerahkan sesuatu (spt wang dll) utk sesuatu tujuan (kepentingan dll): ~ nyawa utk mempertahankan negara; 3. menyebabkan menderita, memusnahkan (me­rosakkan): mereka sanggup ~ bangsa utk mencapai kemahuan mereka; terkorban terbunuh, termusnah (kepenti­ngan dll): sepuluh orang askar telah ~ dlm serangan hendap itu; pengorbanan perihal mengorbankan (ber­korban): tugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yg terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas