rangkap | 1 lipat dua (tiga, empat dst); dua tiga helai melekat menjadi satu: huruf ~ dua huruf (spt kh, ng, sy) yg melambangkan satu bunyi. 2 beberapa baris ayat yg merupakan sebuah pantun (sajak) yg lengkap. berangkap 1 berkembar; berpasangan. 2 bersajak: karangan ~ karangan dlm bentuk puisi. merangkap memegang dua tiga jawatan sekali; menjalankan dua tiga tugas sekali: guru besar ~ guru sains. merangkapkan melekapkan supaya menjadi rangkap; mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: Dua keping plastik dirangkapkan utk dibuat penutup kereta. serangkap 1 sepasang: ~ lembing. 2 satu rangkap (pantun, sajak dll): ~ pantun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rangkap II | 1. lipat dua (tiga dll), dua tiga helai melekat menjadi satu, kembar; huruf ~ dua huruf yg melambangkan satu bunyi, mis gh, kh dan ng, digraf, dwihuruf, dwilambang; kelas ~ dua tiga kelas yg sedarjah; pintu ~ a) pintu dua lapis (deret, saf); b) pintu yg daun pintunya dua lapis; 2. beberapa baris (dlm pantun, sajak, dll) yg merupakan satu kesatuan: beberapa ~ ayat Quran; ~ pantun dua bait atau empat baris; 3. (Mat) rangkaian ilmu hisab yg mengandungi lambang-lambang dan boleh ditentukan nilainya (spt y = 3x4 – 4x3 + 12x2 + 6); serangkap 1. sepasang: lembing ~; 2. satu rangkap (pantun, sajak, dll); ~ pantun empat baris pantun; berangkap 1. berkembar, berpasangan; 2. bersajak: hendaklah kanak-kanak itu tertarik kpd karangan-karangan yg baik, sama ada drpd karangan natar atau ~; berangkap-rangkap berdua-dua, berpasang-pasang: berdansa ~; merangkap 1. memakai dua atau tiga lapis (baju dll), mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: dua helai kain dirangkap utk penutup motokar ini; kuliah-kuliah itu boleh dirangkap beberapa kuliah disatukan; 2. yg juga (memegang dua atau tiga tugas sekali gus, atau mempunyai dua atau tiga fungsi sekali): Timbalan Perdana Menteri ~ Menteri Pertahanan; pengarah baru Proton ~ pengu-rus besar bahagian korporat; bilik tidur ~ bilik makan; bilang ~ Pr membilang dua-dua sekali (sekali sepasang); merangkapkan 1. menjadikan berangkap: cadar yg lama nipis itu dirangkapkan pd kain tebal; 2. menyuruh (membiarkan) orang mengerjakan dua atau tiga pekerjaan: waktu ketiadaan Tun, Kementerian Pertahanan di-rangkapkan kpd Timbalan Menteri Dalam Negeri; rangkapan sesuatu yg dirangkap(kan): ~ syair itu adalah petikan drpd naskhah Syair Panji Semirang; ayat ~ beberapa ayat yg dijadikan satu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serangkap | 1 sepasang: ~ lembing. 2 satu rangkap (pantun, sajak dll): ~ pantun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serangkap | 1. sepasang: lembing ~; 2. satu rangkap (pantun, sajak, dll); ~ pantun empat baris pantun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serangkap | 1 sepasang: ~ lembing. 2 satu rangkap (pantun, sajak dll): ~ pantun. | Kamus Pelajar |
gubah I | ; menggubah 1. mengatur atau menyusun bunga (utk perhiasan sanggul dll); 2. mengarang (cerita, sajak, dll), mencipta (lagu dll), membentuk atau menyusun (sesuatu): nasihat itu telah digubah dlm serangkap pantun; gubahan 1. bunga dll yg digubah; 2. karangan (cerita dll), ciptaan lagu: banyak cerpen ~nya disiarkan dlm majalah mingguan; penggubahan perbuatan (usaha dsb) menggubah: kita harus meninjau sejarah perkembangan sains moden serta dasar-dasar ~ falsafahnya; penggubah orang yg menggubah, pencipta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggubah | 1. mengatur atau menyusun bunga (utk perhiasan sanggul dll); 2. mengarang (cerita, sajak, dll), mencipta (lagu dll), membentuk atau menyusun (sesuatu): nasihat itu telah digubah dlm serangkap pantun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untai | 1. benang atau tali yg digunakan utk mencucuk buah tasbih (manik dll); 2. pen-jodoh bilangan utk rangkaian benda yg dicucuk (spt rantai manik, kalung mutiara, dsb), utas: dua ~ kalung mutiara; 3. = untaian karang-an, rangkaian; 4. serangkap (pantun, sajak, dll), serangkai: sajak empat se~ ini barangkali memang agak umum sedikit; beruntai, beruntaian, menguntai tampak menjuntai, berjuntai-juntai; beruntai-untai banyak untainya, beberapa untai (kalung dll), berangkai-rangkai: maka larilah ikan-ikan itu menyelam menyusupi akar-akar teratai yg berjuntai ~; teruntai tergantung beruntai-untai; untaian 1. sesuatu yg bersambung-sambung spt rantai, karangan, rangkaian; 2. sesuatu yg berturutan (bkn peristiwa dll), rentetan: hidup kita ini adalah ~ perubahan, tidak ada yg diam, tidak ada yg kekal; kenapa ~ katanya tidak begitu kemas dan teratur lagi? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudah | 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak dikatakan. 4 = sudahlah cukuplah; berhentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhirnya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah setelah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi memberikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Rangkap | 1 lipat dua (tiga dan seterusnya); dua tiga helai melekat menjadi satu: huruf ~ dua huruf (spt kh, ng, sy dll) yg melambangkan satu bunyi. 2 Beberapa baris ayat yg merupakan sebuah pantun (sajak) yg lengkap berangkap 1 berkembar; berpasangan. 2 bersajak: karangan~ karangan dlm bentuk puisi. merangkap memegang dua tiga jawatan sekali; menjalankan dua tiga tugas sekali: guru besar ~ guru sains. merangkapkan melekapkan supaya menjadi rangkap; mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: Dua keping plastik dirangkapkan utk dibuat penutup kereta. serangkap 1 sepasang: ~ lembing. 2 satu rangkap (pantun, sajak dll): ~ pantun. | Kamus Pelajar |