Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ran.tau] | سرنتاو

Definisi : dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serantau

Peribahasa

Malu bertanya sesat di jalan,
     malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Segan bergalah, hanyut serantau, b. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut, c. Segan bertanya sesat jalan).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
serantaudlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
keserantauanperihal berada dlm keadaan serantau: semangat ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
bergalahmenggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dsb) dgn memakai galah; segan ~ hanyut serantau prb kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian besar dlm kehidupan;Kamus Dewan Edisi Keempat
rantau I1. = rantauan pantai sejauh teluk (sungai), pesisir: berkelana sepanjang ~; anak (orang) ~ a) orang pesisir; b) orang dagang, orang asing; ceruk ~ segala pelosok (daerah); teluk ~ = teluk dan ~ = daerah ~ daerah dan takluknya; 2. daerah (negeri) di luar daerah (negeri) sendiri, negeri asing, negeri tempat mencari penghidupan: ia telah meninggalkan kampung halaman dan mem­-bawa hidup di ~ orang dgn berserah kpd suratan takdir; siapa gerangan yg pulang dr ~?; tanah ~ negeri lain (asing); 3. daerah, kawasan (yg luas): penambahan tentera negeri itu boleh membahayakan keamanan di ~ ini; yg ia tahu ia masih dlm lingkungan bandar London, tetapi di mana ~nya dan apa nama tempatnya, tidak ia ketahui; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendanai prb harta benda (jauh mahupun dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat; ~ jauh tidak terulangi, ~ dekat tidak terkendanai prb perihal seseorang yg sangat tua yg tidak terturutkan lagi oleh sanak saudaranya; segan bergalah hanyut se~ prb kalau malas berusaha bencanalah akibatnya; teluknya dalam, ~nya sakti prb sukar dialahkan; serantau dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~; keserantauan perihal berada dlm keadaan serantau: semangat ~; merantau 1. berjalan, belayar, atau me­ngem­­bara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh; perantauan 1. negeri lain tempat mencari penghidupan, daerah (negeri) yg didiami oleh orang luar (orang yg datang dr negeri lain): kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~; orang ~ a) orang yg mencari penghidupan ke negeri lain, orang asing (luar); b) pengembara, kelana; 2. perjalanan: moga-moga engkau akan selamat dlm ~mu; ia ber­-pesan juga supaya anak muda itu memberi khabar dlm ~nya; perantau 1. orang asing, pengembara, kelana; 2. orang yg pergi ke negeri lain, orang yg mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang): kira-kira tujuh puluh tahun yg lalu, tibalah di negeri ini sekumpulan orang ~ dr Minangkabau.Kamus Dewan Edisi Keempat
segan I1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; segan-segan malu-malu: janganlah ~, jem-putlah masuk; segan-menyegan saling berasa segan: rasa ~ antara jiran sebelah-menyebelah rumah masih menebal di kalangan masyarakat kita; menyegani berasa segan (hormat, malu, takut) kpd, memalui, menghormati serta menakuti: ia sangat disegani oleh teman-temannya; pahlawan perang dan anggota dewan per-wakilan rakyat yg disegani; segan-menyegani saling menghormati, malu-memalui, harga-menghargai (antara satu dgn lain); menyegankan berasa segan (hormat, malu, takut) akan: kalau begitu apalagi yg kakak segankan; keseganan 1. yg disegani (ditakutkan, di-malukan): tetapi ada anaknya yg mulia dan gagah ~ orang banyak; 2. perihal segan (malu, takut, malas, dll), keengganan, ke-malasan; penyegan orang yg segan (malas, malu, dll), pemalas, pemalu: dahulunya saya perawan yg pendiam lagi ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
galah1. kayu panjang (utk menjolok buah-buahan, menolak sampan, dll); 2. sj tombak atau lembing pemburu babi hutan; ~ canggah galah yg bercabang hujungnya; ~ jemur kayu yg dipasang melintang antara dua tiang dgn pacakan beberapa batang paku padanya, digunakan sbg tempat menyangkut, meregangkan, dan menjemur kain; ~ pancang (unjam) galah yg ditancapkan utk menambat perahu; (main) ~ panjang permainan kanak-kanak (dgn membuat petak-petak atau garis-garis di tanah); ~ sanggamara galah yg berkait utk menolak atau meraih perahu; bagai ~ dijual prb Mn sudah habis hartanya (kerana berjudi dll); bagai ~ di tengah arus prb a) sangat gementar; b) sentiasa gelisah (berkeluh-kesah dll); bergalah menggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dsb) dgn memakai galah; segan ~ hanyut serantau prb kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian besar dlm kehidupan; menggalah amat tinggi: tinggi ~;menggalah(kan) menolak (sampan) dgn memakai galah;sepenggalah sepanjang atau setinggi galah; matahari ~ tingginya lebih kurang pukul 7 pagi hingga 8 pagi.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas