makmur | banyak penduduk serta mewah serba-serbinya; serba cukup; tidak kurang apa-apa: Sekarang ini negara Jepunlah yg paling ~ di Asia. memakmurkan mengusahakan supaya makmur; menjadikan makmur: Kerajaan sedang berusaha utk ~ Malaysia. kemakmuran keadaan makmur: ~ sesebuah negeri bergantung pd kerajinan penduduk-penduduknya sendiri. pemakmuran perihal atau perbuatan memakmurkan: Sumbangan ini adalah utk ~ ummah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
makmur | 1. mempunyai hasil yg banyak (daerah, negeri, dll), mempunyai penduduk yg banyak dan cukup kehidupannya: negeri Jepun adalah negeri yg paling ~ di Asia pd masa ini; 2. bp hidup mewah (serba cukup dll), tidak kekurangan apa pun: nampaknya engkau ~ sekarang; persemakmuran persekutuan negara-negara yg pernah dijajah oleh British, iaitu Komanwel; memakmurkan memajukan supaya makmur: ia diberi tugas utk ~ daerah yg mundur itu; kemakmuran perihal makmur (mewah, serba cukup, sejahtera, dll): ~ sesebuah negeri bergantung terutama sekali pd kerajinan penduduk-penduduk negeri itu; pemakmuran perihal (perbuatan, tindakan dsb) memakmurkan: sumbangan ini amat membantu utk membina ~ budaya ummah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkain | memakai kain; ~ dua sudah cukup umur atau akil baligh (bkn anak perempuan); (bagai) ~ tiga hasta prb tiada cukup, serba tanggung; ~ tak cukup sebelit pinggang = tak ~ sehelai benang prb sangat miskin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lengkap | 1 cukup serba-serbi; tidak ada yg kurang: Kamus yg diterbitkan oleh mereka itu tidak ~. 2 beralat senjata dgn sempurna; segala-galanya telah sedia: Pasukan tentera itu bersenjata ~. berlengkap bersiap sedia dgn barang-barang yg perlu digunakan: Sebuah kapal disuruh ~ utk belayar. melengkapi menjadikan lengkap (oleh sesuatu): Buku ini diterbitkan utk ~ buku teks di sekolah. melengkapkan menyebabkan jadi lengkap; membuat jadi lengkap; mencukupkan: Dia mengulang kaji pelajaran utk ~ dirinya menghadapi peperiksaan. memperlengkap menjadikan lebih lengkap. kelengkapan 1 keadaan atau hal lengkap. 2 sesuatu yg sudah dilengkapkan atau yg sudah disediakan (utk angkatan tentera dll). perlengkapan 1 hal berlengkap. 2 segala alat atau perkakas (spt senjata dsb) utk berlengkap. pelengkapan perbuatan (hal dsb) melengkapi atau melengkapkan. pelengkap 1 apa-apa yg ditambahkan utk melengkapkan sesuatu. 2 kata nama, kata sifat atau frasa sendi nama yg letaknya sesudah kata kerja intransitif, misalnya kata kebaya dlm frasa berbaju kebaya, kata genting dlm frasa menjadi genting dan di bandar dlm frasa tinggal di bandar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekurangan | 1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senang- lenang | serba-serbinya cukup; bahagia dan mewah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lenang | /lénang/ tenang (bkn air). senang-~ serba-serbinya cukup; bahagia dan mewah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cukup | 1 tidak kurang (bilangannya, banyaknya dll) drpd yg sepatutnya; sempurna: Lebarnya sudah ~ tetapi panjangnya kurang sedikit. 2 tidak kurang dan tidak lebih drpd; genap (umurnya, waktunya dll): Tahun ini, umurnya ~ dua puluh tahun. 3 tidak ada apa-apa yg kurang; ada serba-serbi; lengkap: Rumah itu ~ dgn bilik tamu dan kolam renangnya sekali. 4 lebih drpd yg sepatutnya; sangat: Badannya ~ panas. 5 sudah pada dgn itu saja (tidak perlu dgn yg lain-lain lagi): ~lah dgn memberitahu saya saja, tidak perlu menemui guru besar. 6 ki tidak kekurangan apa-apa; agak kaya; berada. ~ bulan a. sudah sampai sembilan bulan mengandung. b. genap sebulan (umumnya hari gaji pd akhir bulan). ~ umur akil baligh. cukup-cukup tidak lebih dan tidak kurang; kadar yg cukup saja. mencukupi 1 tidak kurang utk sesuatu keperluan; cukup utk: Hasil beras negara kita hampir-hampir ~ keperluan dlm negara. 2 memadai atau memenuhi syarat-syaratnya dll: Asal ~ syaratnya, kita terimalah. mencukupkan menjadikan cukup; memadakan; menggenapkan: Dia berusaha ~ wang biasiswa yg diterimanya setiap bulan. pencukup sesuatu yg mencukupkan. ~ ayat ist kata-kata yg ditambahkan pd sesuatu ayat utk menerangkan ayat itu lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serba kekurangan | tidak cukup segala-galanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senteng | /sénténg/ 1 tidak cukup panjangnya (bkn baju, kelambu dll); singkat. 2 tidak cukup wang; kekurangan wang: hidup ~ hidup serba kekurangan. menyentengkan 1 menjadikan senteng; menyingkatkan; memendekkan. 2 menjadikan kurang atau tidak cukup; mengurangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |