Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : salah dlm segala hal, bagaimanapun salah juga; keserbasalahan keadaan serba salah: pan-dangan ini menggambarkan ~ di kalangan pengarang Afrika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ba­gaimanapun salah juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serba (kata tugas)
1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,

2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,

3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,


Puisi
 

Hujan lebat selalu bah,
     Bunyi berdentum tali temali;
Hendak balik serba salah,
     Baik kulangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Diiringkan menyepak,
     dikemudiankan menanduk.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
segala1. semua (tiada kecuali), sekalian, se-luruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, se­genap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki); segalanya termasuk apa sahaja (tidak ter-kecuali), semua sekali, semuanya, segala-galanya: ~ kabur dan dangkal; di kelab dangdut itulah ~ bermula dan berakhir; segala-galanya seluruhnya sekali, se­kalian-nya (tiada kecuali): mereka itu menguasai ~; disegalaapakan ark dilakukan dgn se­kehendak hati (sewenang-wenangnya); kesegalaan keseluruhan: ~ yg wujud dlm masyarakat Malaysia.Kamus Dewan Edisi Keempat
serba salahsalah dlm segala hal, bagaimanapun salah juga; keserbasalahan keadaan serba salah: pan-dangan ini menggambarkan ~ di kalangan pengarang Afrika.Kamus Dewan Edisi Keempat
keserbasalahankeadaan serba salah: pan-dangan ini menggambarkan ~ di kalangan pengarang Afrika.Kamus Dewan Edisi Keempat
segala salahserba salah;Kamus Dewan Edisi Keempat
serba salahba­gaimanapun salah juga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
resahtidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup: ia kelihatan ~ dan serba salah; mereka telah ~ menanti; ~ gelisah resah; beresah, beresah-resah berada dlm ke­adaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya; meresah menjadi resah: sebentar kemudian ia ~ lagi; meresahkan menyebabkan resah: panas yg ~ badan; keresahan 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: “teruk betulkah?” Karim ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
dilema(diléma) keadaan yg menyebabkan sukarnya membuat pilihan antara dua al­ternatif (benda, orang, situasi, dll) atau lebih; keadaan serba salah: ini kerana Soviet Rusia sendiri kini berada dlm ~ berkaitan dgn pelibatannya di Afghanistan.Kamus Dewan Edisi Keempat
resahtidak tenang hati kerana sesuatu kejadian dll; gelisah; risau; gugup: Oleh sebab bapanya belum juga pulang, dia kelihatan ~ dan serba salah. meresahkan menyebabkan berasa resah: Peristiwa itu telah ~nya. keresahan keadaan resah; perasaan resah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
resahtidak tenang hati kerana sesuatu kejadian dll; gelisah; risau; gugup: Oleh sebab bapanya belum juga pulang dia kelihatan ~ dan serba salah. meresahkan menyebabkan berasa resah: Peristiwa itu telah ~nya. keresahan keadaan resah; perasaan resah.Kamus Pelajar
kepantanganpantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~ orang tua-tua; bagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa prb serba salah; pejatian awak ~ orang prb berbeza (berten­tangan) pendapat dgn orang ramai;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas