serta-serta | = serta-menyertai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengambil bahagian | turut serta, menyertai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serta-menyertai | turut serta (dlm hal orang dll), ikut mencampuri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serta | 1. turut, bersama, ikut, mengikut: Australia telah menyatakan hasratnya utk ~ dlm persidangan itu; jikalau datang kpd had nyawa sekalipun yg pekerjaan tuan hamba ~lah hamba; apabila Tuan Raffles datang memukul tanah Jawa, maka ia hendaklah ~ bersama-sama dr darat; 2. = berserta bersama-sama (dgn): maka dipilihnya empat puluh anak peria yg baik-baik, dibawanya ~; 3. dan juga, juga: Encik Ramli dan Encik Ghani, ~ ketua pejabat di kementerian itu tidak datang bekerja; 4. sebaik sahaja, demi, apabila: maka baginda diam pd suatu tempat, ~ hari malam maka datanglah biawak terlalu banyak; 5. sambil, seraya: “Benar pula itu,” kata Datok Raja di Langit, ~ memandang kpd Sutan Baginda; 6. baharu sahaja, sesudah: ~ didengar Ramli ratap sedemikian, sekonyong-konyong ia pun berpaling kpd ibunya; serta-serta = serta-menyertai; berserta bersama-sama (dgn), mengikut, menurut: orang kaya-kaya yg ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; jika engkau mati dgn pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dgn kamu; menyertai 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn, menemani, mengawani (utk menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? serta-menyertai turut serta (dlm hal orang dll), ikut mencampuri; menyertakan, mempersertakan 1. mem-biarkan menyertai, memperikutkan; 2. me-ngembarkan bersama (surat dll), mengirimkan bersama (dgn); pesertaan perihal berserta; penyertaan perbuatan menyertai (menyerta-kan): ~ negara-negara anggota dlm ran-cangan-rancangan PBB; peserta orang yang mengikut serta (dlm sesuatu perkara spt pertandingan, pergerakan, dll), pengambil bahagian: seminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dr Asia Tenggara, Australia dan New Zealand; penyerta; kata ~ Id kata yg menyatakan ketentuan atau ketidaktentuan sesuatu kata nama (spt “the”, “a” dan“an” dlm bahasa Inggeris, atau “der”, “die” dan “das” dlm bahasa Jerman), kata sandang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendampingi | mengikut serta atau menyertai dekat-dekat; menemani: Dia selalu ~ gadis itu | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendampingi | mengikut serta atau menyertai dekat-dekat; menemani: Dia selalu ~ gadis itu. | Kamus Pelajar |
ambil | ; jangan ~ berat jangan pedulikan sangat; tidak ~ pusing tidak peduli; ambil-mengambil, berambil-ambilan 1. saling mengambil, saling menerima; 2. = seambilan kahwin-mengahwini (antara dua keluarga, kaum, dll); mengambil 1. memegang (memungut, memetik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyimpan sesuatu: dia ~ surat yg saya berikan itu dan menyimpannya di dlm laci; 2. memegang dan menarik dsb keluar (dr saku, beg, dll): ~ wang dr kocek; dia ~ sebentuk cincin dr kotak itu; 3. pergi ke sesuatu tempat dan kembali dgn membawa sesuatu atau seseorang yg dikehendaki (diperlukan dsb), mendapatkan atau memperoleh (sesuatu yg diperlukan): ~ rotan di hutan; ~ air di perigi; dia ke hospital utk ~ ubat; pergi ke sekolah utk ~ anak; 4. memperoleh (membawa pergi dsb) sesuatu kepunyaan orang tanpa pengetahuannya atau dgn tidak mendapatkan kebenarannya: siapa agaknya yg telah ~ fail yg terletak di atas meja itu tadi? 5. menerima seseorang dlm sesuatu hubungan yg tertentu: dia sedia ~ Milah sbg isterinya; ~ Ahmad sbg rakan kongsi perniagaan; 6. menuliskan (keterangan, penjelasan, dsb), mencatatkan: seorang pegawai polis sedang ~ keterangan drpd beberapa orang yg menyaksikan kejadian itu; 7. mengurangi: delapan diambil dua menjadi enam; 8. menerima (utk belajar, bekerja, dsb): syarikat itu akan ~ lebih ramai lagi pekerja bumiputera; 9. mempelajari, mengikuti: seseorang pelajar dikehendaki ~ sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; 10. menerima atau meniru (unsur kebudayaan asing dll): kalau mereka berbahasa Melayu, mungkin juga mereka akan ~ cara hidup Melayu; 11. menggunakan atau memenuhi (ruang, tempat, masa, dll): kisah perbicaraan itu ~ ruang melebihi dua halaman; ~ akan saudara menganggap spt saudara; ~ anak a) memungut anak, mengambil utk dijadikan anak; b) (Sumatera) peraturan perkahwinan dgn si isteri tidak perlu keluar dr rumah orang tuanya; ~ angin menghirup hawa yg baik; ~ bahagian turut serta, menyertai; ~ bena peduli, mengambil endah; ~ berat memberikan perhatian (minat, layanan) yg istimewa (kpd atau terhadap sesuatu atau seseorang); ~ berkat mengambil tuah atau pengaruh baik (drpd orang tua, orang suci, dll); ~ contoh = ~ ibarat a) memberi sbg umpama; b) mencontohi; ~ di hati = ~ ke hati memasukkan di hati; ~ gambar membuat (menghasilkan) gambar dgn menggunakan kamera; ~ haluan menentukan haluan, mengarah; ~ hati a) memikat hati; b) berasa tersinggung, berasa kecil hati; ~ ingatan memasukkan ke dlm ingatan; ~ jalan mengikuti (menempuh) sesuatu jalan; ~ keputusan memutuskan, menentukan; ~ kesempatan = ~ peluang menggunakan kesempatan (dgn sebaik-baiknya); ~ kira mempertimbangkan, memperhitungkan; ~ langkah a) mulai hendak berjalan (berlari, melompat, dll); b) mulai bertindak; ~ masa menggunakan (memerlukan, memakan) masa; ~ menantu menjadikan menantu; ~ muka berbuat sesuatu dgn maksud supaya dipuji; ~ nyawa menyebabkan mati, mematikan; ~ oper Id menerima drpd orang lain (utk dipakai, diberi, dll); ~ panjang a) menjadikan urusan panjang; b) memaafkan kesalahan-kesalahan; ~ peduli = ~ pusing mempedulikan, menghiraukan; ~ pekerja (kakitangan, pegawai) menerima atau mendapatkan pekerja (kakitangan, pegawai) baru; ~ ringkas (simpan, singkat) meringkaskan, mengikhtisarkan; ~ semangat menarik semangat drpd badan orang (bkn bomoh dll); ~ sempena mengambil berkat (dr), di samping terdapatnya (berlakunya dsb) sesuatu yg baik; ~ senang menganggap senang (mudah) sahaja; ~ tahu mencari maklumat (khabar) berkenaan sesuatu, mengetahui; ~ tanah a) = ~ kota = ~ negeri merampas (tanah, kota, negeri); b) upacara dlm perayaan Hassan Husain; ~ teladan mencontohi, mengambil contoh; ~ tindakan mulai bertindak; ~ ujian a) menduduki sesuatu ujian (peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dll); b) Id memberi peperiksaan, memeriksa (guru dll); ~ untung memperoleh (mendapatkan) keuntungan drpd sesuatu jualan; ~ upah mengerjakan (melakukan) sesuatu utk orang lain dgn atau utk mendapat upah; mengambilkan mengambil utk: ia ~ anak-nya buah-buahan; ambilan yg diambil, sesuatu (hasil) yg diambil: temasya Safar ialah ~ drpd adat Hindu; salah ~ salah sangka; pengambilan 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya; pengambil orang yg mengambil; ~ bahagian orang yg mengambil bahagian, peserta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serta | menyertai | Kamus Pelajar |
menyertai | 1 mengikut serta; turut bersama: Saya | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menemani | 1. turut serta, mengawani, mengiringi, menyertai: dia senang melihat kawannya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawankan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng; | Kamus Dewan Edisi Keempat |