sesak dada (nafas) | susah bernafas (kerana sakit, marah, dll), mengah-mengah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebu | 2 ki sesak dada (spt orang akan menangis). | Kamus Pelajar |
sebu | 1 penuh berisi dgn sesuatu; terĀsumbat (bkn hidung); terkambus (bkn parit); sendat: Perutnya ~. Parit yg ~ diperdalam. 2 ki sesak dada (spt orang akan menangis). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senak | 1 sesak dlm perut kerana terlalu kenyang (kena tumbuk dll); sesak dada kerana susah bernafas: Perutnya ~ kerana terkena bola. 2 (bkn air dsb) tidak dpt mengalir kerana terlalu penuh; tergenang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senak | 1 sesak dlm perut kerana terlalu kenyang (kena tumbuk dll); sesak dada kerana susah bernafas: Perutnya ~ kerana terkena bola. | Kamus Pelajar |
senak | 1. berasa sesak dlm perut (kerana terlalu kenyang, kerana ditumbuk dll): dia mem-percepat langkahnya sehingga terasa ~ pula perutnya; 2. berasa sesak dada (kerana susah bernafas dll); 3. ki berasa sesak (hati, fikiran, perasaan, dll); 4. tergenang dan menjadi penuh (air); menyenakkan 1. menjadikan senak (perut, dada, dll), menyesakkan: waktu malam, minumlah yg saya perbanyak, sehingga ~ perut; bau ikan bakar ~ hidungnya; 2. ki mendatangkan rasa senak (pd fikiran, perasaan, dsb): timbullah rasa hiba ~ dadanya; tersenak 1. = tersenak-senak tersesak (hingga tidak dapat mengeluarkan kata-kata dsb), tersedu-sedu: maka ia pun menangislah dgn teramat sangat tersenak-senak dan teresak-esak sehingga bercucuran air mata-nya; 2. = ~ hati berasa penuh hiba, terharu; 3. tersekat, tergenang dan menjadi penuh (air dll): lehernya ~ hendak menangis; kesenakan, kesenak-senakan menderita senak (perut, dada, perasaan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebak | 1. hampir akan bah (sungai), penuh dan banyak airnya, digenangi air: air sungai telah tenang tidak berarus lagi menandakan air sudah ~ pasang; rupa darah spt air ~, bang-kai berhantaran di bumi; 2. ki digenangi air mata (mata), hampir akan menitik (air mata); 3. ki sesak (dada dll): Maznah terhinggut-hinggut bahunya menahan ~ di dada; menyebakkan menyebabkan jadi sebak; kesebakan keadaan sebak (digenangi air mata, sesak di dada dsb): tidak pernah saya mengalami ~ sebegitu semasa tawaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebak | 3 ki sesak nafas (dada dll): Bahunya bergoyang-goyang kerana menahan ~ di dada. | Kamus Pelajar |
kesebakan | keadaan sebak (digenangi air mata, sesak di dada dsb): tidak pernah saya mengalami ~ sebegitu semasa tawaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebak | 1 penuh dan banyak airnya (bkn sungai); hampir melimpahi tebing (bkn air sungai): Air sungai ~. 2 ki penuh dgn air mata dan hampir akan menitik (bkn kelopak mata). 3 ki sesak nafas (dada dll): Bahunya bergoyang-goyang kerana menahan ~ di dada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |