sesal-menyesali | bersesalan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesal | perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada berguna prb sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habishabis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-menyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduhmenuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakanakan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar manusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg disesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk membuktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesal | menyesali menyesal akan; berasa tidak senang kpd; berasa sesal terhadap: Kebanyakan pegawai di jabatan itu ~ tindakan ketua mereka menaikkan pangkat seorang pegawai yg bukan saja tidak pernah menghasilkan apa-apa tetapi juga tidak berdisiplin | Kamus Pelajar |
menyesali | 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakanakan tidak tahu menjalankan tugasnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesal | perasaan tidak senang dsb kerana telah melakukan sesuatu yg salah dll; perasaan insaf setelah membuat kesalahan. menyesal berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus, jangan ~ nanti. menyesali menyesal akan; berasa tidak senang kpd; berasa sesal terhadap: Kebanyakan pegawai di jabatan itu ~ tindakan ketua mereka menaikkan pangkat seorang pegawai yg bukan saja tidak pernah menghasilkan apa-apa tetapi juga tidak berdisiplin. menyesalkan menyebabkan atau menimbulkan rasa sesal: Perbuatanmu itu sangat-sangat ~ hatiku. sesalan perasaan menyesal; sesuatu yg disesali: Timbullah ~ serta takut dan ngeri dlm hatinya. penyesalan hal (perbuatan dsb) menyesal atau menyesali: ~mu itu tidak bererti apa-apa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyesali | menyesal akan; berasa tidak senang kpd; berasa sesal terhadap: Kebanyakan pegawai di jabatan itu ~ tindakan ketua mereka menaikkan pangkat seorang pegawai yg bukan saja tidak pernah menghasilkan apa-apa tetapi juga tidak berdisiplin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyesali | menyesal akan; berasa tidak senang kpd; berasa sesal terhadap: Kebanyakan pegawai di jabatan itu ~ tindakan ketua mereka menaikkan pangkat seorang pegawai yg bukan saja tidak pernah menghasilkan apa-apa tetapi juga tidak berdisiplin. | Kamus Pelajar |
sesal | penyesalan hal (perbuatan dsb) menyesal atau menyesali: ~mu itu tidak bererti apa-apa. | Kamus Pelajar |
menyesalkan | 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar manusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taubat | 1. sesal akan dosa (perbuatan jahat dll) dan berazam tidak akan berbuat dosa (jahat) lagi, perasaan tidak senang (rasa kesal) kerana telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi: ~lah kakanda, janganlah kakanda perbuat lagi spt yg telah lalu; 2. kembali kpd Tuhan (dgn meninggalkan perbuatan dll yg dilarang dan membuat apa-apa yg disuruh), kembali atau pindah agama kpd agama yg dianggap benar: dahulu ia seorang ateis, tetapi sekarang sudah ~ nampaknya, hendak naik haji pula; ~ nasuha taubat (rasa kesal) yg sesungguhnya; 3. bp sudah tidak berani berbuat lagi, sudah bosan, sudah jera: ~, aku tak pergi lagi; 4. kata seru utk menyatakan perasaan hairan (kesal, sebal, dll): ~, ~, bodoh benar budak ini! bertaubat 1. menyesal dan berazam mem-perbaiki diri, mengaku salah, berasa serik; 2. kembali kpd Tuhan atau agama; menaubatkan 1. membuat orang taubat (menyesali dosanya dan kembali kpd Tuhan); 2. menjerakan, mengalahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |