Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesalan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sesalan1. perasaan sesal, (sesuatu) yg di­sesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
sesalperasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada ber­guna prb sebelum mengerjakan atau me­lakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis­habis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-me­nyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduh­menuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakan­akan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar ma­nusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg di­sesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk mem­buktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i).Kamus Dewan Edisi Keempat
umpat I= umpatan 1. kata-kata yg ber-maksud utk menodai nama orang (merugikan orang), fitnah: aku dibuang negeri ini kerana ~ orang; 2. kata-kata mengeji (mengejek) kerana marah (menyesali sesuatu dll) terhadap orang yg bersalah dll, cercaan, sesalan: Mak Guna menyudahi nasihatnya dgn umpatan, ‘Seolah-olah kehendak dan perintahku itu bukan utk kebaikanmu sendiri semata-mata’; 3. perasaan kesal yg amat sangat (kerana kata-katanya tidak dipedulikan orang dll), geram, jengkel; tidak ~ yg membunuh, tidak puji yg mengenyang prb jangan dihiraukan sangat umpat atau puji orang kerana kedua-duanya tidak merugikan atau menguntungkan; umpat-umpatan segala macam umpat, pel-bagai kata yg melahirkan rasa kesal (marah dll): dia selalu mendengar ~, bangkit-bangkit­an ibunya; mengumpat 1. mencela-cela (memburuk-burukkan) orang lain di belakangnya, mengatai (orang) di belakang: mereka bergunjing dan ~ iaitu menyiarkan kesalahan dan aib manu-sia kpd orang lain di belakang; 2. mencela, mengejek, mengeji: berdosa mencela dan ~ orang; 3.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas