Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.se.o.rang] | سسأورڠ

Definisi : mana-mana orang; sesiapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bunga dipetik,
     perdu ditendang.

Bermaksud :

Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya.

 

Lihat selanjutnya...(92)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
membuntutiberjalan atau berada di belakang seseorang; mengikuti seseorang: Adik ~ ibu ke mana sahaja ibu pergi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menjerumuskan1 membuat seseorang tersungkur. 2 memperdaya seseorang ke arah kesengsaraan; mencelakakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jerumus; menjerumuskan 1 membuat seseorang tersungkur. 2 memperdaya seseorang ke arah kesengsaraan; mencelakakan. terjerumus 1 jatuh tertiarap; tersungkur: Baik-baik meniti batas, nanti ~ ke dlm sawah. 2 jatuh dlm kesengsaraan (kehinaan dsb): Dia telah ~ ke lembah kehinaan akibat dadah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gugur hatiterpikat pd seseorang; jatuh cinta pd seseorang; jatuh hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mempesona1 mengenakan pesona kpd seseorang; menyihir. 2 menjadikan seseorang berasa terpikat (tergoda, kagum dll): Nyanyiannya telah ~ para penonton.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kompleks II/kompléks/ ist keadaan fikiran seseorang yg dipengaruhi perasaan megah, rendah diri dll yg menyebabkan sikap, perangai atau keperibadian seseorang menjadi tidak wajar: Setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ atau ‘aku wartawan’. ~ rasa bersalah keadaan fikiran seseorang yg diganggu perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan. ~ rendah diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya kurang penting, tidak bijak dsb hingga boleh mendorong dia menyisihkan diri atau melakukan sesuatu yg tidak wajar. ~ tinggi diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung utk bersikap sombong atau angkuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kesultanan1 kawasan yg diperintah oleh sultan; negeri. 2 istana sultan. 3 kekuasaan memerintah bagi seseorang sultan; pemerintahan seseorang sultan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sultanraja yg memerintah: ~ Pahang. kesultanan 1 kawasan yg diperintah oleh sultan; negeri. 2 istana sultan. 3 kekuasaan memerintah bagi seseorang sultan; pemerintahan seseorang sultan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
zuhudAr (bkn seseorang) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia; berzuhud mengamalkan sifat zuhud: perbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang drpd melakukan dosa dan menjadikannya ~ dlm urusan dunia; menzuhudkan menjadikan seseorang zuhud: mereka hanya mahu ~ diri kpd Allah; kezuhudan sifat zuhud: cinta kpd IIahi terbit drpd ~ jiwanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pesonaubat (jampi, sihir) yg digunakan utk memikat atau utk merosakkan orang: Dia telah mengenakan ~ kpd gadis itu. mempesona 1 mengenakan pesona kpd seseorang; menyihir. 2 menjadikan seseorang berasa terpikat (tergoda, kagum dll): Nyanyiannya telah ~ para penonton. mempesonakan menjadikan sesuatu sbg pesona. terpesona 1 terkena pesona (sihir, jampi, guna-guna); terpukau oleh jampi dll. 2 sangat-sangat terpikat atau tergoda oleh sesuatu: Kami ~ melihat kecantikan gadis itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas