Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesudah, sesudahnya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sudah1. telah siap sedia, lengkap, selesai: surat itu pun ~lah; 2. habis, berakhir; 3. = sudah-sudah telah lalu (lampau): bulan ~ keting lembu Dogol ditakik orang; 4. telah berlaku (terjadi), telah: dan lagi sekarang segala sampan pukat itu pun ~ keluar, tiada tinggal lagi dlm sungai; 5. = sudahlah cukuplah (dgn yg demikian itu), padalah: ~lah, jangan bertengkar-tengkar lagi! 6. memang begitu (keadaannya, halnya, dll), sememangnya: bagai­mana boleh kapalnya lalu, kalau ~ dilingkungi karang; 7. = sudahnya, sudah-sudahnya akhirnya, kemudiannya: yg hidup itu sedia akan mati juga ~nya; sesudah, sesudahnya setelah sudah, sehabis, selepas, setelah: ~ minum mereka pun ber­pisah; sesudah-sudah, sesudah-sudahnya seha­bis-habisnya (melakukan sesuatu), sekehen­dak hatinya, semahu-mahunya; bersudah ada sudahnya (akhirnya, peng­habisan); bersudah-sudah telah putus atau habis (per­sahabatan, perhubungan, keluarga, perkah­winan, dll); menyudahi 1. mengakhiri (percakapan, pekerjaan, dll), menghabisi: ia ~ nasihatnya dgn umpatan; 2. menunaikan (permintaan, keinginan, dll), memenuhi; 3. ki menamatkan riwayat, membunuh; ikhtiar menjalani, untung ~ prb utk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha tetapi berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib; menyudahkan, mempersudahkan 1. me­ngerjakan hingga habis (pekerjaan, tugas, dll), menyempurnakan, menyiapkan: mereka akan berlumba-lumba utk ~ sesuatu kerja; 2. menjadikan berakhir, menamatkan: patik hendak pergi ke Inderapura, supaya patik persudahkan pekerjaan Megat Panji Alam itu; 3. mencari penyelesaian (masalah dll), menyelesaikan: salin dan sudahkan kira-kira di bawah ini; kesudahan 1. penghabisan, akhir, akibat: maka diceritakannya dr mula perbuatannya membunuh itu hingga sampai ~nya; 2. keputusan (drpd sesuatu), kesempurnaan, keselesaian; 3. akhirnya, kemudiannya: ~nya rumah di kawasan itu habis musnah; berkesudahan berakhir (dgn), berkeputus­an, berakibat: Ramlah sakit keras kerana sedih, rindu, dan sesal tidak ~; kesudah-sudahan akhir-akhirnya, kemudian­nya: maka ~ iaitu kelak memberi mudarat kpd nyawa; penyudahan perihal menyudahkan, penye­lesaian, penyempurnaan; penyudah yg akhir sekali, penutup (per­cakapan dll): barangkali keluhan itu sampai juga ke telinganya sebab pd ~ cakapnya ia kelihatan marah-marah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemudian1 selepas atau sesudah itu; akhirnya; kesudahannya: ~ mereka pun pulang ke rumah masing-masing. 2 sesudahnya; selepasnya: Adiknya berkahwin dahulu, dia ~. 3 pd masa yg akan datang; kelak: ~ hari masa yg akan datang. mengemudiankan melakukan sesuatu selepas (sesuatu) yg lain; menempatkan (meletakkan) sesuatu di belakang atau selepas yg lain: Dia mendahulukan kerja-kerja yg penting dan ~ kerja yg kurang penting. terkemudian di belakang sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di garisan penamat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemudian1. selepas atau sesudah itu; akhirnya; kesudahannya: ~ mereka pun pulang ke rumah masing-masing. 2. sesudahnya; selepasnya:Adiknya berkahwin dahulu, dia ~. 3. pd masa yg akan datang; kelak: ~ hari masa yg akan datang. mengemudiankan melakukan sesuatu selepas (sesuatu) yg lain; menempatkan (meletakkan) sesuatu di belakang atau selepas yg lain: Dia mendahulukan kerja-kerja yg penting dan ~ kerja yg kurang penting. terkemudian di belakang sekali; terakhir:Dialah yg ~ sampai di garisan penamat.Kamus Pelajar

Kembali ke atas