Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ta.ra] | ستارا

Definisi : 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ta.ra] | ستارا

Definisi : sama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); seban­ding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tara (kata nama)
Bersinonim dengan bandingan, tandingan, tolok, padanan, lawan, kufu, imbangan, timpalan, babat;,
Kata Terbitan : setara, menarakan, menyetarakan, tertara, tara2, mentara,

Puisi
 

Nak mandi di pangkalan mana,
     Ingat sedikit disambar buaya;
Adik nak cari setara mana,
     Carilah yang serupa saya.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
setarasama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); seban­ding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
setara1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat;Kamus Dewan Edisi Keempat
setarasama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); sebanding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~.Kamus Pelajar
tarayg sama tingkat atau kedudukannya; banding; imbangan: tidak ada ~nya tidak ada bandingnya. bertara ada taranya; berbanding; berimbang; ti­dak ~ tidak ada bandingnya. me­narakan menjadikan sama (bkn keadaan, tingkat atau kedudukan); menyamakan. setara sama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); seban­ding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~. menyetarakan menjadikan setara. kesetaraan kedudukan atau keadaan setara. penyetaraan perbuatan atau perihal menyetarakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perpuluhan berkod perduaan(binary coded decimal)Sistem mengekod data dengan angka perpuluhan asas 0 hingga 9 diwakili oleh angka perduaan empat bit yang setara (misalnya, 1 = 0001 dan 9 = 1001). Mengikut sistem ini, sebarang angka perpuluhan akan diceraikan kepada angka yang berasingan dan kemudian digantikan dengan nombor perduaan yang setara. Misalnya, 473 dalam sistem perpuluhan = 0100 1001 0011 perpuluhan berkod perduaan. Sistem ini digunakan untuk memudahkan penukaran nombor perpuluhan kepada bentuk nombor yang lebih sesuai untuk mesin dan penukaran sebaliknya. Singkatan BCD.Kamus Komputer
menyetarakanmenjadikan setara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sebandingseimbang, setara, setanding, setaraf: kemajuan kaum wanita haruslah ~ dgn kemajuan kaum lelaki;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyetarakanmenjadikan setara.Kamus Pelajar
tarasetara sama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); sebanding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~.Kamus Pelajar
menyetarakanmenyetarakan menjadikan setara (seban­ding, seimbang, setimbal, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas