setempuh | ~ lalu, sebondong surut prb adat orang bersahabat sentiasa semua-fakat dan bersatu hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempuh I | setempuh; ~ lalu, sebondong surut prb adat orang bersahabat sentiasa semua-fakat dan bersatu hati; bertempuh-tempuh, tempuh-menempuh sl langgar-melanggar (orang berperang dll), serang-menyerang, serbu-menyerbu; menempuh 1. mara melanggar (musuh dll), menyerang, menyerbu (ke): maka ia pun ~ ke dlm rakyat Pasai yg spt laut itu; 2. melanggar (angin, ombak, dll), melanda, memukul: sebentar kain penutup jendelanya berkibar-kibar perlahan-lahan ditempuh angin; 3. menimpa (kemalangan dll): maka ia pun ditempuh kemalangan; 4. melalui (jalan dll), mengikut (jalan dll): inilah kali yg ketiga aku ~ jalan ini; 5. melalui, melintasi: ketika ~ di hadapan Kuala Singapura itu, Wan Derus telah berkata sesuatu kpd Dah Jali; 6. berjalan masuk (lalu dll) di tempat yg sulit-sulit, mengharung (lautan dll), meredah (belukar dll): selang antara beberapa lamanya ~ hutan rimba yg besar dgn takdir Allah Subhanahuwataala sampailah kpd suatu padang; 7. sengaja menghadapi bahaya dll, menanggung kerugian dll, menyongsong (angin, ribut): dlm masa ~ gelora, ketika kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang, beliau sentiasalah sibuk; 8. = menempuhi mengalami (kesukaran dll), menderita (kesulitan dll): mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan; ~ hidup; 9. mendatangi sesuatu tempat (rumah dll), masuk ke, memasuki: kita sekalian semaksud, secita-cita ~ negeri orang hendak mencarikan perut yg tidak berisi; 10. = menempuhi memasuki (peperiksaan, ujian, dll), mengikuti, menyertai (kursus dll): Malaysia baru sahaja ~ ujian jasmani dlm pesta sukan Asia Tenggara; 11. sudah menamatkan (pelajaran, persekolahan, dll), mengikuti (kursus dll); 12. memasuki dan melalui atau mengalami (penghidupan baru, pekerjaan baru, dll): mulai hari itu mereka berdua ~ penghidupan baru; 13. melakukan sesuatu yg sukar atau sulit; penempuhan proses menempuh(i) sesuatu: ~ berbagai-bagai bala bencana sbg ujian mematangkan usia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |