sia; sia-sia | 1 memandang sbg tidak berguna; membuang-buang dgn percuma; tidak mahu menggunakan sesuatu baik-baik: Saya tidak akan ~ nasihatmu itu. | Kamus Pelajar |
sia-sia | 1. tidak berguna, tidak bermanfaat, tidak mendapat apa-apa hasil, percuma, sesia: membuang wang dgn ~; ~ berbuat baik kpd orang yg tidak berbudi; dia tidak membuang masanya dgn ~; 2. kurang berhati-hati (ketika melakukan sesuatu), dgn sembarangan sahaja: menuduh orang dgn ~ sahaja; ~ hutang tumbuh prb jika terlalu berani membuat sesuatu, akhirnya hutang akan bertimbun; ~ negeri alah prb pekerjaan yg dilakukan dgn kurang hati-hati itu akan mendatangkan bahaya dan kerugian; bersia-sia tidak berguna, percuma; mensia-siakan 1. menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, menganggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga, dll) dgn percuma: sayang hari mudamu kausia-siakan dgn menunggu orang yg telah meninggalkan engkau; mereka sanggup ~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yg maksum; 2. tidak mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dll), mengecewakan (harapan dll), mengabaikan: aku tidak akan ~ kau apabila kau jadi isteriku; ~ hidup merosakkan hidup; ~ nyawa a) membuang nyawa dgn sia-sia; b) merosakkan hidup; ~ umur menjadi tua dgn tidak menghasilkan apa-apa; tersia-sia tidak berguna: kerana tidak mendapat pelajaran dan latihan yg sempurna, banyak anak muda kita yg ~ hidup mereka; kesia-siaan hal yg sia-sia: sudah ngeri hamba mengira-ngirakan ~ hamba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mensia-siakan | 1. menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, menganggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga, dll) dgn percuma: sayang hari mudamu kausia-siakan dgn menunggu orang yg telah meninggalkan engkau; mereka sanggup ~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yg maksum; 2. tidak mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dll), mengecewakan (harapan dll), mengabaikan: aku tidak akan ~ kau apabila kau jadi isteriku; ~ hidup merosakkan hidup; ~ nyawa a) membuang nyawa dgn sia-sia; b) merosakkan hidup; ~ umur menjadi tua dgn tidak menghasilkan apa-apa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sia | ; sia-sia tidak ada gunanya; tidak mendatangkan apa-apa hasil; terbuang saja: ~ berbuat baik kpd orang yg tidak bertimbang rasa. membuang wang dgn ~. mensia-siakan, menyia-nyiakan 1 memandang sbg tidak berguna; membuang-buang dgn percuma; tidak mahu menggunakan sesuatu baik-baik: Saya tidak akan ~ nasihatmu itu. 2 tidak mempedulikan atau tidak mengendahkan; mengabaikan janji dll; mengecewakan harapan: Aku tidak akan ~ engkau apabila engkau menjadi isteriku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
batil II | Ar 1. batal, sia-sia; 2. tidak benar; 3. palsu; 4. lawan pd hak;kebatilan perihal tidak benar, lwn kebenaran: hanya dgn berbuat demikian, ~ akan hapus dan kebenaran akan muncul; berani berjuang dan berjihad utk menegakkan kebenaran dan menentang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percuma | 1 tidak ada gunanya, sia-sia: Kalau begitu, ~ saja saya datang ke mari. 2 tidak | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terbuang | 1. sudah dibuang; 2. sia-sia, tidak berguna; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cuma-cuma | , percuma 1 tidak ada gunanya, sia-sia: Kalau begitu, ~ saja saya datang ke mari. 2 tidak dikenakan bayaran: Ubat-ubatan diberikan kpd mereka dgn ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
percuma | 1. tidak ada faedahnya (gunanya, hasilnya), sia-sia: guru tidak harus membuang masa dgn ~; ~ sahaja menasihatkan budak-budak yg tidak berakhlak itu; 2. (dgn) tidak meminta bayaran: tidak seorang pun mahu bekerja ~ sahaja, semua menuntut upah; 3. diperoleh dgn tidak perlu membayar, tidak dikenakan bayaran: pemenang peraduan tersebut diberi tiket ~ utk melancong ke Tokyo; pekerja-pekerja diberi gaji yg agak rendah tetapi diberi makan ~; ®cuma I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percuma | 1. tidak ada gunanya, sia-sia: Kalau begitu, ~ saja saya datang ke mari. 2. tidak dikenakan bayaran: Ubat-ubatan diberikan kpd mereka dgn ~. | Kamus Pelajar |