Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siaga;


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
siagaJw = siap ~ siap sedia; kesiagaan keadaan siap sedia: ~ orang Melayu utk menarik kerisnya dlm membela diri.Kamus Dewan Edisi Keempat
siap siagasudah bersedia utk (melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas;Kamus Dewan Edisi Keempat
siap siagasiap sedia;Kamus Dewan Edisi Keempat
siap sedia= ~ siaga sudah bersedia utk (melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas;Kamus Dewan Edisi Keempat
siap1. sudah sedia (pakaian, makanan, dll), sudah disediakan, mustaid: makanan sudah ~; 2. selesai (dibuat dll): ibuku sudah ~ bertanak dan menggulai; 3. = ~ sedia = ~ siaga sudah bersedia utk (melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas; 4. = bersiap Id jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dlm tentera); bersiap 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, ber­waspada: setelah kelihatan itu, maka masing­masing pun ~lah menghadapi perahu perom­pak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera); bersiap-siap, bersiap-siapan membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersedia­sedia: negeri Kuripan sedang ~ utk per­kahwinan tuan puteri; bersiapkan sl = mempersiapkan: Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya; menyiapkan, mempersiapkan 1. menye­diakan, mengadakan: isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemas­kan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan mencegah perbuatan rasuah; persiapan 1. perihal bersiap-siap (memper­siapkan): empat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sbg ~ utk merebut gelaran johan; 2. segala sesuatu yg disiapkan, kelengkapan, persediaan: ia pun pulang utk membuat ~ belayar; beberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat; penyiapan perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu (bangunan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
rapi1. bersih dan elok, apas, apik: wajahnya ~ dan manis; seorang lelaki berpakaian ~ turun; 2. teratur baik, tertib: buku-buku ter­susun ~ dlm almari; semua pegawai bekerja­sama dgn ~; 3. serba beres, serba selesai, ha­bis: semua kerja diselenggarakan dgn ~ dan memuaskan; 4. siap sedia, ketat, siaga: kawasan itu dikawal dgn ~; 5. kemas, kukuh, teguh: pintu bertutup dan berkunci ~; per­paduan yg teguh dan ~; 6. cermat, saksama, teliti: buku-buku resit dikawal dgn ~ utk men­cegah drpd digunakan oleh orang yg tidak bertanggungjawab; ubat ini dibuat dgn cukup ~ dan cermat; suatu penyelidikan yg ~ harus dijalankan; merapi menjadikan (rambut, kulit, dll) sihat dgn menggunakan perapi: ia bukan sahaja ~ kulit tetapi menjadikannya kelihatan segar dan bermaya; merapikan menjadikan rapi, membereskan, mengemaskan, menyelesaikan, menyem­pur­na­­kan: dirapikannya pakaian suaminya; ia membantu isterinya ~ dapur; Aristotles yg ~ kaedah-kaedah sains; kerapian perihal rapi: sajak itu di­maksud­kan sbg anasir yg menambah ~ bentuk dan mempertinggi tingkatan muzik bahasa; di­susun bantal-bantal itu dgn penuh ~; perapian proses merapikan sesuatu: dgn kesan ~, Kao Merit baru meninggalkan suatu sensasi yg menyegarkan; perapi cecair pekat yg dibubuh pd rambut selepas dicuci utk menjadikannya lebih lem­but.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuda-kuda1. penyangga (penopang) papan hitam yg berkaki tiga; 2. kayu penyangga tulang bumbung rumah; 3. kayu palang utk menyangga (kayu yg akan ditarah dll); 4. bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru; 5. (Muz) penyangga pd alat bunyi­-bunyian (spt biola dll) utk meregangkan tali; 6. kuda-kudaan; 7. (dlm seni mempertahan­kan diri) sikap siaga dgn kedudukan tubuh dan kaki yg bersedia menerima serangan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas