siah palis | sj mantera utk menjauhkan (menolak) bahaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siah II | ; ~ palis sj mantera utk menjauhkan (menolak) bahaya; bersiah 1. berganjak ke tepi (utk mengelakkan sesuatu), menepi (utk memberi jalan dll): waktu berpapasan jalan denganku, dia akan ~ seolah-olah takut terkena najis; 2. ark berlari dgn tidak tentu arah, berlari tunggang-langgang; menyiah, menyiahkan 1. mengganjakkan ke tepi, mengetepikan; 2. menguakkan (menolakkan) ke tepi: ~ rambut; 3. ki mengelakkan bahaya dll: apabila hari hendak hujan, disiahkan pula hujan itu ke tempat lain dgn isyarat dan ilmu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siah layah | tergoyang-goyang (daun lalang ditiup angin dll), terhuyung-hayang (orang mabuk berjalan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siah I | ; ~ layah tergoyang-goyang (daun lalang ditiup angin dll), terhuyung-hayang (orang mabuk berjalan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersimbah | ditarik ke atas supaya pendek (kain, lengan baju, dll), disiah(kan), disingsingkan: ada yg berlari sambil ~ kain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simbah II | Mn; bersimbah ditarik ke atas supaya pendek (kain, lengan baju, dll), disiah(kan), disingsingkan: ada yg berlari sambil ~ kain; menyimbah, menyimbahkan 1. menyingsingkan (kain, baju, dll); 2. menyelak, menyingkap: ~ kelambu; tersimbah tersingsing, terselak, tersingkap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |