Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.mang] | سيامڠ

Definisi : sj beruk yg besar (bertangan panjang dan tidak berekor), Hylobates syndactylus; bagai ~ kurang kayu prb bersusah hati kerana ketiadaan keperluan sehari-hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.mang] | سيامڠ

Definisi : sj logam berwarna kelabu, tung­sten. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.mang] | سيامڠ

Definisi : beruk besar yg bertangan panjang, berbulu hitam dan tidak berekor, Symphalangus continentis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siamang

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Siamang rabun katak melompat;
Bubu dipasang merata tempat,
     Air banyak susah mahu dapat.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai bunyi siamang kenyang.

Bermaksud :

Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. (Bandingkan dengan: Bagai siamang kurang kayu).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
siamangberuk besar yg bertangan panjang, berbulu hitam dan tidak berekor, Symphalangus continentis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
siamang IIsj logam berwarna kelabu, tung­sten.Kamus Dewan Edisi Keempat
siamang Isj beruk yg besar (bertangan panjang dan tidak berekor), Hylobates syndactylus; bagai ~ kurang kayu prb bersusah hati kerana ketiadaan keperluan sehari-hari.Kamus Dewan Edisi Keempat
siamangberuk besar yg bertangan panjang, berbulu hitam dan tidak berekor, Symphalangus continentisKamus Pelajar
kayu rembutsj tumbuhan (pokok renek), janggut baung, jintik-jintik, rambutan siamang, Rinorea anguifera (Alsodeia enchinocarpa).Kamus Dewan Edisi Keempat
rembut III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), janggut baung, jintik-jintik, rambutan siamang, Rinorea anguifera (Alsodeia enchinocarpa).Kamus Dewan Edisi Keempat
bunyi I1. sesuatu yg kedengaran atau dapat didengar selain suara manusia: ~ senapang; ~ burung; 2. suara alat muzik atau orang menyanyi (laras nada): ~ biola; alat ~; 3. lafaz, sebutan, pengucapan (dgn alat pertuturan): dua perkataan ini sama sahaja ~nya; 4. bacaan (surat dll), isi (surat, permintaan, dll): apa ~ surat ayah kita?; sungguhpun permintaan itu kecil ~nya, tetapi berat juga utk memenuhinya; ~ bahasa Id bunyi yg dipakai dlm sesuatu bahasa; ~ geser bunyi yg terjadi kerana udara keluar melalui celah yg sempit dll, geseran; ~ kembar (rangkap) Id dua bunyi yg diucapkan merangkap satu bunyi (bunyian dll); ~ letus bunyi yg terjadi kerana udara keluar dgn tiba-tiba (bunyi p dll), letusan; ~ sengauan bunyi yg keluar melalui hidung (bunyi ng dll); bagai ~ siamang kenyang prb banyak cakap kerana mendapat kesenangan; kerana mendengar ~ prb terpedaya kerana mendengar berita baik; setengah bagai ~ enggang, setengah bagai ~ kuau prb pendapat orang bermacam-macam (berlain-lainan); sebunyi serupa bunyinya: kata ~; surat ini ~ dgn surat yg sudah kita terima; berbunyi 1. mengeluarkan bunyi, memberi bunyi: bertepuk sebelah tangan manalah boleh ~; genderang serunai pun ~lah; 2. bacaannya, isinya, lafaznya, ucapannya: surat itu ~ spt berikut;berbunyi-bunyi berbunyi berulang-ulang; membunyikan 1. menjadikan berbunyi, memainkan alat muzik: ~ loceng; 2. melafazkan, menyebut: ~ perkataan dgn jelas;bunyi-bunyian alat muzik.Kamus Dewan Edisi Keempat
akar I1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazim­nya tumbuh ke dlm tanah; jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menen­gah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya sedar akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti kata yg menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri drpd dua atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg diperoleh drpd huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis Ö4 = 2; 3Ö125 = 5; 5Ö243 = 3; ~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~ tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh di atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar anggerik); ~ umbi a) akar tunjang; b) kese­luruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya mem­bezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu; membong­kar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik; ~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd ~ lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau pandai mencen­cang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pan­dai, dgn satu tindakan sahaja dapat mengalah­kan semua orang lain; tiada rotan ~ pun ber­guna prb sementara belum ada yg lebih baik bolehlah dipakai yg ada dahulu; berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi ber­tapak atau berasas kpd (sesuatu) dan se­terus­nya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu perlu dikikis; mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian, pegangan, dll): kecenderung­an ini semakin ~ dlm masyarakat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas